Hari ni bagun dari tidur sambung kemas bilik stor, nak dijadikan pejabat suami, tempat menulis dan mengarang, spy tak diganggu anak2. sebelum ni dia mengarang kat anjung rumah ygg dijadikan tempat kerja. so semalam egi The Store beli 2 box besar 3 box kecil, utk isi barang. Then tukar dari bilik stor ke anjung. kira exchange place la. ok jugak. boleh letak meja anak belajar.
Sebelum anak bangun, saya bangun keluar pergi ke sekolah kebangsaan beli buku rampaian. Aku ingatkan kena beli buku latihan coz anak tak dapat lagi, rupanya sekolah akan bagi selepas buka sekolah nanti.kak yg jg kedai buku tu, marah2 lak, tanya kenapa nak beli buku latihan ni, cuba lah terangkan dgn elok, manalah aku tahu sekolah nak bagi, kalau tahu tak de la aku nak beli. so belanja buku hari ini utk anak dua org tahun 3 & 4 tu RM90.90sen. 
Then pegi beli nasi ayam kat kg melayu subang. sebab dah tengahari. rasa malas la nak masak. Dalam kepala ni dok terfikir pasal nak sambung isi novel. Jalan ceritanya makin panjang lah pulak.
Tapi aku tak sabar nak tulis bab yg ending tu. dok terbayang je bab yg ending...alahai
bukan apa sebab ada babak romantika diamor. hhmmm hhmmm. 
Aku rasa sedikit tertekan dgn sikap anak sulung yg suka mengamuk. kurang sabar. entahlah. tapi dia sensitif. Tak boleh tgk aku mengalirkan air mata mesti dia akan tanya, dan buatapa yg aku suruh. manja tapi kuat mengamuk. 
Paling aku terkejut dia ambil pisau sebab mengamuk dgn adiknya main game komputer . adiknya main lebih dari dia, bergaduh. sampai dia cabut wyr internet. lastly aku amik wayar tu, simpan...Ya Allah. ini yg paling aku tak suka sebab game bergaduh adik beradik. Macamana nak nasihat. doa selalu baca dah. tapi tu lah aku ingat kesan dari sikap abah diaorang yg kasar silap sikit pukul anak sampai jatuh, kesalahan anak bukan apa sgt pun tapi dia pukul sampai terbaring kat muka pulak tu, aku dah byk kali cakap kat dia, kalau nak pukul anak, nak ajar anak pukul la kat betis ke, punggung ke. Pukul ajar bukan pukul lepaskan geram. Setiap kali dia tampar anak terasa macam aku yg ditamparnya. Kdg rasa tak sanggup nak hidup dgn dia lagi coz cara dia tampal dan pukul anak. dah macam kes dera. Dia ayah yg baik cuma tak tahu nak ajar anak. Tak tahu nak tunjukkan kasih sayng kat anak. Aku bimbang bila dia tua nanti anak akan buat perkara yg sama pada dia. sejarah selalu berulang. Tapi dia tak fikir itu semua. Siapa aku nak tegur dia lebih2. Bukan dia dgr cakap aku. mak dia pun tak pernah tegur segala perbuatan dia. Entahlah. 
Sakit mata tgk bilik, berserabut aku kemaskan almari buku yg dah berterabur. Buku byk boleh buat library tapi kekurangan ruang coz rumah aku ni kecik je. Dah susun elok2 buku br rasa lega sikit. Then buka lah on9 face book, myspace, blog aku, blog kelas 3 amanah. belek semua. Chatting ngan hadzrin akmal, kelas 4 aktif. tahun depan dia SPM. Aku doakan semoga berjaya.
semalam pegi ke sekolah selepas balik dari daftar anak kuu yg ketiga Al-Ghazali kat sekolah integrasi di seksyen 7 kat masjid aas-sahabah tu. Then pegi sekolah, wow ada kerani baru la.En.Ghumiat pun ada. tgh melayan budak yg amik result PMR kut. Then terlintas lak nak belanja anak didik yg dok kat sekolah makan pizza. Call wan amirah, sheera byk kali tp tak angkat. sms luqman. dia bersemangat nak pegi tapi tula takkan nak kuar dgn dia je. cam dating la pulak. takjadi kuar. lain kali la belanja awak makan piza luqman. yg lain rumah agak jauh, malas la nak pegi amik. Luqman , wan amirah n sheera dok kat kondo De rozelle sebelah sekolah je. so aku pegi la makan piza sorang2. abih la RM10 . kenyang sangat sangat. Alhamdulillah.
terkadang dalam hidup kita satu hari tu macam2 cerita berlaku. cerita sedih, gembira. rojak. boleh dikarang jadi novel. tak percaya cuba kita tulis dari pagi bangun subuh sampai lah kita tidur balik, mesti panjang ceritanya. 
Apa pun hiudp kita adalah sejarah yg tidak terlakarkan. 
Aku lakarkan disini untuk dijadikankenangan suatu hari nanti.
 
 
No comments:
Post a Comment