Sebenarnya dah lama perkara ni bermain di dalam kotak fikiran saya. Tentang pemahaman agama islam oleh segelintir  org melayu. Bagi saya fahaman yang tak berapa betul. iaitu fahaman yg meletakkan perkara agama hanya golongan ustaz dan ustazah saja yg patut ambil tahu. Lebih2 lagi kalau dalam bab pakaian. kalau ustaz ke ustazah ke mesti org imagine berjanggut, berkopiah, berjubah, bertudung labuh. kalau bukan ustazah tak pe pakai buka2, tudung singkat, kepala tak tutup. Ini fahaman apa ni? bukankah Islam dan ajarannya untuk semua!. Tak kira ustaz ke ustazah ke pengetahuan islam , cara hidup Islam semua kena ikut. pakai semua mesti tutup aurat. fesyen tak kisah yang penting tutup aurat, tudung mesti menutupi dada, seluar  bagi lelaki mesti bwah dprd lutut. Even kalau nak main sukan apa sekali pun kena tutup aurat ikut syariat.
Saya sedih dgn pemikiran orang melayu islam kita yang berfikiran seperti ini. Kalau ada kematian sibuk cari org masjid, org bukan masjid macam tak tau apa pasal pengurusan jenazah. Apa ni? sepatutnya ahli keluarga, semua org islam kena tahu pengurusan jenazah.
Saya paling sakit mata tengok perempuan islam yang tak pakai tudung, berserabai je. Besar nya dosa tu. Bila tanya bila nak pakai? nak tunggu sampai seru. Apa punya jawapan macam tu. macam dah tahu bila tarikh mati, sempat nak taubat. maunya kalau ajal sampai sebelum sempat pakai tak ke naya, seksa dalam kubur, seksa kat padang mahsyar, seksa dalam neraka.
Saya amat berharap pemikiran orang melayu Islam kita berubah. Kearah Islam yg sebenar yang diajar oleh Rasulullah.
sememangnya masjid dan surau semakin sepi dari jemaah. hatta rumah yang berada disebelah masjid pun penghuninya tak pergi berjemaah di masjid. Amat sedih apabila masjid dan surau tidak diimarahkan.
Wahai saudaraku, kembalilah kejalan yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. dan kita suci kita yakni Al-Quran. Mudahan kita semua mendapat petunjuk. Harapan saya agar tak kira ustaz ustazah ke atau bukan semuanya  take islam as a way of life. Mendalami ajaran islam kita dengan mendalam dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Nasihat ini untuk semua termasuk diri saya sendiri. Kerana saya juga insan yg serba kekurangan .masih belajar memperbaiki diri dan kehidupan.
 
 
No comments:
Post a Comment