Saturday, January 16, 2010

KEMBAR 8 MASYA ALLAH

LOS ANGELES: Mereka mungkin kembar tetapi lapan kanak-kanak itujelas tidak serupa.
NADYA bersama lapan anak kembarnya 
di sebuah taman 
di California (gambar atas) dan turut membawa dua lagi anaknya (gambar bawah) untuk makan angin bersama.
NADYA bersama lapan anak kembarnya di sebuah taman di California (gambar atas) dan turut membawa dua lagi anaknya (gambar bawah) untuk makan angin bersama.
pix_topright
Walaupun wujud kebimbangan mengenai kesihatan mereka ketika dilahirkan, semua bayi itu kelihatan sihat dan ceria ketika dibawa makan angin di sebuah taman di California.

Ibu mereka juga kelihatan berseri walaupun terpaksa menjaga lapan anak bawah usia setahun dan enam lagi yang masih kecil untuk dijaga.

Dengan berpakaian jeans sendat, Nadya, 34, mempamerkan tubuh yang langsing sambil menolak dua kereta sorong yang dibuat khas.

Untuk memastikan tidak ada yang tertinggal, dia juga membawa satu lagi kereta sorong yang memuatkan dua lagi anaknya.



Kelahiran kembar lapan itu, dua perempuan dan enam lelaki mencetuskan kemarahan orang ramai Januari tahun lalu selepas Nadya yang tidak bekerja disahkan mempunyai enam anak lain.

Dia dituduh mempergunakan anaknya setelah dia menyertai satu rancangan realiti.

Nadya dipercayai memperoleh bayaran kira-kira 152,000 paun (RM827,000) untuk rancangan itu dan berpeluang memperoleh 2 juta paun (RM11 juta) lagi menerusi iklan dan perjanjian dengan syarikat televisyen.

Nadya, dalam temuramah sebelum ini, menolak dakwaan dia mementingkan diri dan tidak mampu membesarkan anaknya.

“Jika saya hanya duduk menonton televisyen dan tidak membuat sesuatu untuk masa depan anak saya, anda boleh kata saya pentingkan diri,” katanya.

Tunjuk perasaan diadakan di luar rumahnya. Keretanya rosak akibat diserang dan dua syarikat perhubungan awam yang bersetuju mewakilinya menarik diri selepas menerima ancaman bunuh.

Kanak-kanak kembar lapan itu akan menyambut ulang tahun kelahiran pertama mereka 26 Januari depan. - Agensi

No comments:

Post a Comment