Hari minggu ni nampaknya tak ada can nak dok kat rumah coz ada je aktiviti. hari sabtu aku ada kursus tahsin solat kat masjid kota damansara anjuran masjid kota damansara, tapi berbaloi pegi , selain sebagai aktiviti Ladap dapat juga tambahan ilmu untuk kesempurnaa solat. best juga ustaz firdaus bagi ceramah. Imam masjid Shah Alam.
Then aku memorong kat stall kat situ. beli susu kambing HI GOAT untuk anak aku yg ada asma tu. Zikry. Beli jus kurma, Habbatusauda', macam2 lagi la. abih gak kat RM200 la...tak terasa duit mengalir. Beli CD sami yusuf. Aku suka lagu dia. best dgr. islamic song. byk salawat dan puji kpd Allah. yang paling best suara dia memang sedap di dengar. kalaulah dia buat CD mengaji Quran tentu lagi best. Aku pasti beli punya.
HIjazi demam pulak. agaknya sebab terkena air hujan kut. hari ni hujan agak lebat pagi tadi. Ingat nak pegi lagi Masjid kota damansara untuk jamuan Hi-tea. aku beli tiketnya, tapi sebab dah nak pegi kat pesta buku so..terpaksa cancel yg tu. melayang la RM10. tak apalah kira sedekah je kat masjid. masa beli tu aku dah rasa yang aku tak dapat pegi. memang dah niat sedekah pun duit beli tiket tu. Aku halal la sapa yg makan hak aku kan.
Then time kat pesta buku aku seronok dgr lagu Maher zain di pasang di kebanyakan gerai. macam goreng pisang panas album dia. Album sami yusuf pun ada sama. tiga album dia dijual. Almuallim, My Ummah, dan the dispute one without you. Aku beli cd Maher zain. album SY dah beli semalam. dah pasang dalam kete aku pun. itu lah ubat mengantuk aku. dengar lagu dia hilang mengantuk. sambil nyanyi sambil selawat. ok la kan.
Balik dari pesta buku ..tak sabar nak tulis mail kat SY. so dah selesai masak nasi untuk dinner ..apa lagi online, buka SYO then...klik mailbox...then....aku mula menaip ..mail utk SY. cerita pasal album dia yang dijual kat pesta buku cam goreng pisang panas sekali dgn Maher zain album InsyaAllah yang tengah digilai ramai sekarang ni. selesai tulis...puas hati. harap SY baca malam ni. Dia selalu buka SYO and youtube dia..boleh kata setiap malam atau petang dia akan on9. Dia memang special. rajin melayan peminat. Susah nak cari artis macam dia. humble. cuma aku lebih suka kalau dia menyebut Assalamualaikum dari peace be with you all. sebab maknanya lebih mendalam. satu lagi "so much love" ayat dia yang paling aku suka baca.
Kalau dia faham bahasa melayu yang aku tulis ni..mesti dia senyum baca blog aku ni. Apapun aku memang nak ucap terima kasih banyak2 kat dia sebab buat aku rasa special sangat dengan klip video yang dia buat special ucap selamat pagi siap sebut nama aku. Antara ratus ribu peminat dia , nama aku yang terpilih. wah...bangga sangat..sangat...sangat....dan dia cakap bahasa melayu....itu yang paling penting. yang buat aku tersenyum sorang2. sepanjang hari..ha ha. kelakarnya. peristiwa tu lepas aku baru je dia hantar friend request kat aku di fb dia dalam bulan april baru2 ni. fuyooo...rasa macam nak menjerit seronok. siapa sangka..SY htr friend request kat aku. then siap buat klip video sebut nama aku. rasa terbang sekejap.
Aku rasa inilah kenangan aku paling manis tahun ni. menjadi kawan SY di fb. di myspace di youtube, di twitter...hmmm. menyertai forum di laman web dia. sungguh teruja bila dia ada bersama. membaca komen dia ...apa nak jadi ni yea...
Hubby tahu aku minat SY siap beli CD SY hadiah utk aku masa anniversary kitaorng 27 mei baru2 ni. he he...
Apa pun...aku sentiasa muhasabah diri agar jgn lupa diri. Dan Allah menilai apa yang aku lakukan. so jgn terlebih...ingatan buat diriku yang lupa...Astaghfirullahal 3zim.
Rasanya cukup lah utk hari ni.
segalamya akan menjadi kenangan .
No comments:
Post a Comment