Sudah menjadi dasar syaitan mengganggu dan menggoda keturunan Nabi Adam  a.s bukan sahaja syaitan yang melakukannya tetapi begitulah juga halnya  dengan anak-anak syaitan. Mereka (anak-anak syaitan) ini sememangnya  mahir dalam menjalankan tugas-tugas mereka mengganggu dan menggoda  manusia. Anak-anak syaitan yang diberi tugas dan tempat pekerjaan mereka
berlainan diantara satu sama laun. Anak syaitan lima semuanya dan nama mereka ialah Tsabr,Al-A'war,Miswath, Dasim dan Zaknabur.
TSABR 
Tsabr adalah anak syaitan yang ditugaskan membawa maksiat,kesusahan dan  kesedihan hati kepada manusia. Kiranya ada yang mendapat musibat. Tsabr  pasti tiba serta membisikkan mereka yang berkenaan itu supaya melakukan  perkara-perkara yang boleh membawa kepada
kebinasaan seperti membunuh diri kerana tidak tertanggung berat musibat  itu. Sekecil-kecil bisikan pun Tsabr menyuruh mereka itu melompat dengan  tidak menentu sambil mengoyakkan pakaian yang dipakai, memukul pipi  atau mengetu kepala sendiri dengan penuh kekesalan. Bagi mereka yang  sedang menghadapi kekecewaan,merana kelukaan hati kerana kehilangan  sesuatu yang disayangi, Tsabr akan menghubungkan hati mereka kepada  kesayangan itu. Seseorang ibu yang kematian anak yang satu-satunya akan  meratapi siang dan amalam hingga lupa makan, lupa kewajipan,lupa pada  suami dan lama kelamaan akan hilang akal lalu jadi gila atau  setidak-tidaknya kurang daya ingatan (nyanyuk). Begitulah tugas Tsabr  menggoda manusia dan membawa musibat dan kebinasaan.
AL-A'WAR 
Al-A'war ialah anak syaitan yang kedua ini picing matanya sebelah atau  lebih tepat lagi erti Al-Awar itu buta sebelah matanya. Tugasnya pula  menyebarkan perzinaan dan perbuatan nista dan keji. Apabila seseorang  itu telah dibisikkan supaya masuk kedalam penzinaan,susah hendak keluar  balik. Sama ada perempuan,lelaki yang masih bujang mahupun sudah  bersuami atau beristeri. Sesiapa yang terbabit itu memanglah sesuai  dikatakan buta sebelah matanya seperti Al-Awar. Seorang suami yang  mempunyai isteri yang cantik boleh ditipu oleh Al-Awar sehingga suami  itu menjadi tertarik kepada orang gaji mereka yang
tidak secantik isterinya. Begitu juga yang brelaku kepada isteri yang  mempunyai suami yang gagah didalam aspek batin akan tertarik kepada  pemandu dan tukang kebun lantaran bisikan Al-Awar. Dihiasi dengan  kebaikan, keseronokan apabila melakukan perzinaan itu.
MISWATH 
Miswath tugasnya ialah menyebarkan dakyah yang tentunya dusta,khabar  angin serta berita yang bohong semata-mata mahukan manusia menjadi kalut  dan kacau bilau. Lebih-lebih lagi mengenai berita seharian atau berita  yang menakutkan dan menggemparkan. Terlalu banyak manusia rugi dan  melarat kerana percayakan berita bohong. Miswath akan menyampaikan  berita bohong kepada seseorang yang dijumpainya apabila dia dengar  bohong. Miswath bukan hanya membisikkan kehati seseorang manusia tetapi  menjelma menyamar sebagai manusia semata-mata mahu menjahanamkan umat  manusia sejagat. Miswath ertinya pengadun yang dibuat daripada kayu atau  lainnya digunakan untuk mengadun. Oleh itu sesuai jugalah nama Miswath  itu sebagai mengadun (mengocak) masyarakat yang sedang tenang damai  menjadi kacau bilau dengan berita-berita bohong.
DASIM 
Dasim ertinya menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. Tugas Dasim  ialah mengganggu rumahtangga supaya suami marah kepada isteri dan  sebaliknya atau bapa marah kepada ahli keluarga itu dan dibakar hati  mereka yang berkenaan supaya panas dan marah serta benci kepada suami  isteri atau ahli keluarga. Ini namanya marah dengan tiba-tiba kerana  tiba saja seseorang itu
meradang kepada ahli keluarganya. Marah yang datang dengan tiba-tiba ini  selalunya menjadi sengit dan seperti marah yang dipendamkan atau dengan  tiba-tiba. Ahli rumah yang mendengar atau melihat kemarahan dengan  tiba-tiba itu biasanya tidak mahu menerima dengan begitu saja tanpa  membela diri, sama ada anak-anak mahupun siisteri. Apabila ini berlaku  maka pertengakaran hebat akan terjadi. Sekiranya si bapa mengeluarkan  sepuluh perkataan dalam marahnya itu,ahli rumah akan mengeluarkan  seratus perkataan bagi membela diri. Jika dijawab lagi tentu  masing-masing pihak akan bertambah sengit yang akhirnya menjadi perang  mulut. Syaitan Dasim memerhati sambil membakar hati manusia terus  menerus. Jika dengan perang mulut tidak dapat diselesaikan, biasanya  berpindah menjadi pergelutan,tumbuk menumbuk,tampar menampar. Itulah  tugas atau kerja Dasim.
ZAKNABUR 
Zaknabur anak syaitan yang kelima ini ditugaskan untuk mengadu domba  antara pedagang dengan pembeli. Dia akan memancangkan benderanya dipasar  untuk menarik minat atau perhatian orang ramai kepadanya. Dibisikkan  kehati peniaga-peniaga supaya berlaku curang dalam sukatan, timbangan  dan hitungan. Tambahan pula Zaknabur akan membisikkan sipa peniaga  memastikan barangannya yang tidak elok supaya dicampur-kan kedalam yang  elok
supaya tidak kelihatan dan menjualkannya kepada pembeli demi untuk  mengaut keuntungan yang lebih serta banyak. Begitulah Zaknabur  mengajarkan kecurangan kepada pedagang. Bagaimana pula dengan pembeli?  Kepada pembelinya pula diajar supaya berhutang apa lagi yang sudah  menjadi langganan. Kemudian Zaknabur membisikkan supaya hutang piutang  itu jangan dibayar. Gaduh, bising, kacau bilau terjadi dipasar itu, ini  menandakan usaha Syaitan Zaknabur telah terhasil. Tugas-tugas yang  dijalankan oleh kelima-lima anak Syaitan itu adalah tugas utama mereka  dan mereka tidak menjalankan sendirian untuk menyesatkan umat manusia.  Mereka mengguna-kan pembantu-pembantu mereka yang menjalan-kan tugas  masing-masing melalui arahan mereka berlima. Diterangkan mengenai  anak-anak syaitan ini bukanlah bertujuan untuk mengingati namanya saja  tetapi memberi peringatan tentang Syaitan dan tugas-tugas mereka yang  telah diberikan oleh Iblis kepada mereka. Semoga kita sentiasa  berwaspada selalu dan tidak menjadikan Syaitan itu berkuasa membisikkan  kehati kita lalu mengikut ataupun mentaatinya tanpa sedar. Firman Allah  SWT ertinya: "Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam.  Yang melemparkan bisikan dan hasutannya kedalam hati manusia (iaitu  pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia." (Surah An-Nass  4.5 dan6)
 
 
No comments:
Post a Comment