Sunday, January 9, 2011

Perjalanan hidup 9 Jan 2011

Bismillahirrahmanirrahim,
Tiba2 tergerak hati nak menulis perjalanan hidup hari ini .
Pagi biasalah aku bangun untuk solat subuh, dah selesai amik wudhuk, kejutkan abah utk bangun dan dia seperti biasa memang liat nak bangun pagi, dua tiga kali aku kejut tak bangun lagi, lastly aku biarkan aje...akudah mula solat dia baru nak bangun. Kadang rasa sedih di hati..sudah lama aku mengharapkan dari mula perkahwinan agar dia yg mengejutkan aku bangun dan mengajak aku utk solat subuh berjemaah namun sehingga ke hari ini harapan hanya tinggal harapan, sudah masuk 12 tahun perkahwinan...Allahu Akbar. di manakah silapku. Dimanakah salahku. Aku tahu...ini adalah ujian Allah kepadaku. Dia telah memberikan aku jodoh yg terbaik pertama kali dulu namun aku menolak kerana dia adalah saudaraku, dan masa tu aku masih belajar dan aku berniat untuk bekerja dahulu membantu kedua ibubapa ku yg memang hidup susah.

Segalanya telah berlaku..untuk apa di kenang lagi. Inilah qadha dan qadarNYA. Aku terima dengan lapang dada. Memang terselit rasa kecewa kerana aku mengharapkan suami akan membimbing aku dan anak2 menjadi insan soleh. nampaknya aku sendiri yang kena berusaha mendidik diri dan anak2. Dia tidak mampu. dirinya sendiri pun dia tidak mampu untuk membimbing diri. Tak apalah. Serah saja kepada Allah.

Pukul lapan pagi aku ajak dia pegi stadium melawati. sesekali makan sarapan disana. berjalan di pagi hari menenangkan jiwa, melihat kesibukan manusia yang bermacam ragam. semjanya memberi aku pengajaran. Nampaknya meja makan semua gerai penuh. Terpaksa tunggu. beli kuih makan dulu sambil melawat gerai2 jualan. Lupa pulak ...hari ini aku tak bersedekah. Astaghfirullahal 'azim. Tak nampak pula org yg memerlukan bantuan hari ni. Tak apalah. Mungkin Malam ni. Ada ceramah oleh pemimpin PAS di stadium.

Perut dah kenyang, so apa lagi balik lah. dan tengahari. dok sekejap dah zohor. Chatting kejap ngan anak murid Fareez dan Luqman. mereka dah di tingkatan 5  sekarang ni. SPM. Semoga mereka berjaya.

Anak2ku sibuk dok mengajak akupergi TESCO...apa nak do beli tak tahulah. rasanya mainan lah.apa lagi.
aku malas nak pergi. Suami pulak bawa MYVI aku pegi mana aku tak tahu. Bawa Ghazali dan Hiiazi. Tak pulak beritahu aku mana nak pegi. Hmmm entahlah.

No comments:

Post a Comment