Pulang dari sekolah semalam aku tergesa-gesa ke tadika anak, dalam kepala nak kena cepat sebab nak daftar anak yg 5 tahun utk ke sekolah tahun satu nanti pada 2013. jam dah menunjukkan pukul 4 petang. ssampai sahaja di tadika amik anak aku tak terus gerakkan kereta, tangan terambil pula buku cenderamata konsert Maher Zain..dalam tu ada semua lirik lagu dalam albumnya. aku baca satu persatu tak tahu kenapa kaki tak terasa mahu tekan minyak, tangan tak mahu tukar gear...kata nak cepat...sedang aku khusyuk membaca booklet tersebut, tiba2 terdengar cermin kereta di ketuk. seorang perempuan india muslim berdiri dalam basah hujan renyai-renyai. Mulanya aku ingatkan cikgu tadika datangnak beritahu sesuatu..oooooooooh rupanya peremuan tu menghulurkan beberapa buku ilmiah berunsur islam kepadaku. HHMMM jual buku rupanya. Dalam hati nak beli ke tak nak beli sebab aku dan banyak beli buku utk bulan ni dekat RM200 dah rasanya...aku tgk harga di belakang buku...mahalnya.. selalunya kalau buku nipis macam tu ada la dam enam ringgit tapi kat situ harga diletak 12.50. Tengok muka dia ..kesian pulak..sedih je. agaknya belum laku lagi kut. nampak lemah je badannya. Mungkin belum makan. Tak apalah beli untuk sedekah.
Akhirnya aku memilih buku kisah para sahabat. Bolehlah anak-anak baca. Anak sulungku suka membaca buku-buku seperti itu. Akhirnya aku membeli dua buah buku dgn harga RM30.00 Dia bertanya kalau-kalau aku nak beli yang lain. Kalau ikut hati memang nak beli lagi tapi duit yang ada dalam dompet tinggal itu je. Selepas membayar aku terus tukar gear dan bergerak menuju ke SK subang. Dalam perjalanan aku terlintas...nampaknya Allah hendakkan supaya aku bersedekah. Kalau tidak aku pasti bergerak terus setelah mengambil anakku di tadika. Aku tersenyum sendiri. Subhanallah. Maha suci Engkau ya Allah. Dengan Rahmatmu kau telah menggerakkan hatiku dan tanganku untuk bersedekah.
Sesungguhnya betapa kerdilnya kita. Segalanya di bawah kekuasaanNYA. Jiwa kita minda kita..Apabila Allah hendakkan kita melakukan kebaikan maka ia akan mendorong kita ke arah itu. Aku bersyukur kepadamu ya Allah. Aku amat yakin akan segala ketentuanMU. Segala janjimu bahawa Engkau akan menggantikan apa yang telah aku sedekahkan dengan yang lebih baik. Aku amat mengharapkan Kau menggantikannya dengan mengurniakan kepada ku anak2 yang soleh yang berakhlak mulia, yang menjaga solatnya, bersungguh dalam menuntut ilmu, hafiz Al-Quran , beramal dengan sunnah kekasihmu Rasulullah
SAW.
SubhanaLlah wal Hamdulillah wala Ilaha IlaLLah Wallahu Akbar.
No comments:
Post a Comment