Saturday, July 9, 2011

MAMAI

Khamis malam jumaat...lepas solat maghrib berjemaah dan membaca yasin dengan suami dan anak-anak aku relax kejap kat bilik sambil tunggu waktu isya'. Ambil buku 135 selawat NAbi SAW yangbaru aku beli di pesta buku di SACC shah Alam...tak sedar lak..bila masa aku tertidur...mata memang berat jer kalau baca buku..selalunya  gitu la kan, tambah-tambah lagi kalau baca buku agama.Tertidur dalam telekung solat lagi..he he.

Aku tersedar tengok jam di handset , 15. 35..alamak..dah lewat la...aku bingkas bangun terus mandi...then kejutkan suami...abah! abah! bangun dah lewat ni..nanti lambat ke sekolah...sudah mandi aku gosok baju untuk ke sekolah then tengok jam kat ruang makan. Aik apsal lak jam ni kul  4.00pagi???hahaha  laaaaa 15.35..kan baru kul 3.35 am. adeihhhh. MAMAI ..tu la..Allah kejutkan suruh bangun tahajjud la  tu kan. So aku dah mandi, dah siap amik wudhu dan siap pakai baju nak gi sekolah..he he tapi heran lak apsal suami tidur balik lepas aku kejut...rupa-rupanya...hmmmm awal sangat lagi.

So aku tunaikan solat isya' then buat tahajjud dua rakaat, solat sunat taubat lastly witir 3 rakaat then baca  Doa "ya Allah kejutkan aku kul 5 pagi. " and then zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tidur balik. he he.

sedar semula kul 5 pagi kejutkan anak utk ke sekolah n siapkan sarapan.buat milo jer..he he.
Moral of the my story...jgn tidur sebelum solat isya'..hi hi...wajib husnu Zan(baik sangka dengan Allah) buat aku mamai sebab nak aku solat malam..tak gitu...Alhamdulillah syukur ya Allah...bukan apa sebab Allah nak aku istiqamah qiamullail...jgn tukar rutin masa kat mekah dan madinah. Alhamdulillah. Memang Allah sayangkan aku...bestkan...Kalau kita rasa Allah sayang kat kita semuanya menjadi motivasi untuk kita...jadi positiflah dalam berfikir dengan segala kejadian yang Allah dah tentukan untuk kita. PAsti kita akan rasa bahagia. JAngan sesekali mengeluh...sebab ujian yang sesetengah orang rasa pahit... akan rasa manis bagi kita seandainya kita sentiasa bersangka baik dengan Allah. INGAT!!!ALLAH SAYANG KEPADA KITA. :D

No comments:

Post a Comment