Assalamualaikum,
Sekadar berkongsi pengalaman...
Malam semalam saya bermimpi membelek kitab kuning panjang...sayangnya kitab tu dah kena makan anak-anai..saya terfikir apa maksud mimpi tu. dua hari dok pikir, caghi dalam internet..tafsir mimpi...kut2 ada tapi tak jumpa lak. mimpi nampak kitab adalah, tapi mimpi kitab kuning dimakan anai2 ni tak ada la pulak.
Tiba-tiba malam tadi , tersedar pukul 4 pagi kakak yangberjiran semasa mengajar di Keningau dulu htr message memberitahu kawan serumah semasa di keningau sedang dalam keadaan kritikal. Dia memangada penyakit SLE...kurang darah merah. selalu bergantung kepada ubat, tak boleh kena panas.
Dia ditempatkan di hospital tuanku Jaafar Seremban.
Ya Allah , sekarang saya tahu , apa maksud mimpi tu, teman lama sedang sakit tenat.
Ya Allah sembuhkanlah teman ku. Ampuni dosanya. Rahmati hidupnya.
Ingin benar aku menziarahinya...tapi ada pula halangan. Ya Allah berikanlah aku kesempatan bertemu dengannya...makbulkanlah ya Allah.
No comments:
Post a Comment