Sunday, July 3, 2011

Puasa GAnti

"Siapa belum habis ganti puasa tahun lepas? Aku bertanya kepada para pelajar ketika mengadakan P&P di surau untuk PAFA. Amali yang aku laksanakan solat fardhu dan solat jenazah. HMMMM...taktahu nak kata. Boleh kata 100% gagal dalam solat. Pelajar form 5. Umur dah 17 tahun. Solat tak tahu kemana hala lagi. Paling mereka tak hafal doa qunut. Memanglah doa qunut tu sunat tapi sebagai pengikut mazhab syafie doa qunut adalah sunat muakkad dan kalau tak baca kena buat sujud sahwi. Sunat itu sunnah Rasulullah SAW. Kalau kkita sebagai umat baginda tidak mengambil berat hal sunnah Baginda maka siapa nak kita harapkan melaksanakan sunngah Baginda SAW. Kita nakkan syafaat baginda SAW untuk ke syurga, tapi sunnah baginda???

Soalan tentang qadha puasa tadi aku tujukan kepada pelajar lelaki. Kelas yang aku ajar ni kelas pertengahan, cerdik tidak bodoh pun tidak. Tapi berlagak pandai. Memang aku tahu mereka tak cukup puasa sebulan.

"Ustazah!!! tiba-tiba seorangpelajar lelaki mengangkat tangan.
Saya jujur ustazah...tahun lepas saya tak puasa 29 hari..." Aastaghfirullahal 3azim...aku tak terkata apa.
"Bilanya awak nak qadha tu? ada ssebulan je lagi nih, sekarang bulan syaaban dah masuk. Gantilah cepat2 ya! takut nanti masuk ramadhan yang baru , tak pasal2 awak kena bayar fidyah pulak. lagi berat denda. Lagipun siapa tahu kutnya malam ni awak meninggal..Innalillahi wa inna ilaihi raji3un" lagi naya. tak sempat nak ganti, tak sempat nak taubat."


Begitula selalunya akunasihatkan mereka. KAlau amrah pun tak guna. Jadi biarlah secara soft tapi ada kesan pada hati.

Ustazah..sini kejap!!!"Seorang pelajar perempuan memanggil aku supaya mendekatinya.

"Berapa saya nakkena bayar fidyah ni.? Tanya Ain.
Kalau puas tahun lepas awak tak perlu bayar fidyah lagi sebab ramadan tahun ni belum masuk lagi, awak masih ada kesempatan untuk qadha. "jelasku

"Ini dari 2005 ni ustazah"!
"Ok..berapa hari awak tak ganti puasa tahun 2005?"
"Ntah saya pun dah lupa."
"Kalau lupa, biasanya berapa hari awak period? Tanyaku
"Dalam 14 hari la.."
"Ok!.kalau 14 hari awak kena fidyah dari 2006, 2007, 2008,2009 maknanya 14 hari darab 4..itulah jumlahnya fidyah yang awak perlu bayar untuk puasa tahun 2005. Awak kena puasa 14 hari dan fidyah dalam 56 cupak beras la."

Nilai Fidyah untuk sehari meninggalkan puasa ialah secupak beras. Secupak beras mengikut kiraan metrik terkini di Malaysia ialah bersamaan dengan 700 gram. Justeru, secupak = 700 gram beras. Nilaian harga beras bagi 100 gram adalah bersamaan 13.3 sen. Jadi nilaian bagi 700 gram adalah lebih kurang 93.1 sen. Namun begitu adalah lebih afdhal mengikut firman Allah Ta'ala untuk melebihkan bayaran tersebut sebagaimana yang difahami menerusi ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud:"....barangsiapa yang menambah (memberi) lebih dari (yang sepatutnya) itu adalah lebih baik baginya..."
Oleh itu pihak PPZ-MAIWP menetapkan untuk harga fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan setelah digenapkan nilainya sebanyak RM 1.20. Wallahu a'alam.
Sumber harga beras : Beras Nasional (BERNAS)
"oooooo...ok lah ustazah.terima kasih".
"Awak bayarlah sedikit-sedikit...jjangan nak tunggu bayar sekaligus memang akan terasa berat. bayar hari ni secupak esok dua cupak, kalau ada lebih bayar lebih, kalau tak ada, bayar dulu setakat yang mampu, jangan ditangguhkan nanti akan bertambah, ok?"
"Ok, ustazah,"..
"Baiklah, yanglain kalau tak faham boleh jumpa saya. Tak payah malu utk bertanya, perkara wajib tak wajar kita malu untuk bertanya. Sebelum terlambat..Ok masa dah tamat. Assalamualaikum."

No comments:

Post a Comment