Sunday, July 31, 2011

SEMANGAT PERJUANGAN

Bismillahirrahmanirahim,
Dah lama aku tak dengar ceramah dari pemimpin dari negeri Kelantan. sejak lepas berkahwin sampai la malam tadi. Aku memang berminat dengan ceramah politik sebab adri kecil aku membesar dengan mendengar ceramah dari Tok guru Nik Abdul Aziz dan tuan guru Hj Abdul HAdi. Dimanapun mereka buat ceramah ma dan wan akan bawa aku sama pergi mendengar ceramah mereka. Paling aku suka kalau dgr ceramah dua tok guru ni mereka akan mulakan dengan ayat2 suci Al-Quran sebagai muqadddimah. Aku lebih suka mengatakan ceramah mereka adalah ceramah agama sebab apa yang mereka sampaikan adalah perintah agama. Dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan dari agama.

Selepas berkahwin boleh dikatakan aku tak pernah menjejakkan kaki lansung ke majlis ceramah tok guru. Suami ku takut nak terlibat lagipun kami ni pekerja kerajaan. Bagi aku tak kira kita ni bekerja dgn kerajaan ke atau berkerja sendiri ke...wajib atas kita mengetahui ke arah mana pemimpin kita mahu bawa kita. Ke jalan menuju redha Allah atau sebaliknya...bukankah ini idea islah yg diperjuangkan oleh ulamak kita..sejak dari Syed Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Tahir Jalaluddin. Prof. Hamka, Tok Kenali, semua pejuang ISlam di tanah memperjuangkan agama Allah..maka apakah kita mahu duduk saja dan menerima tanpa berfikir siapa pemimpin kita???
Darah ahlul Bayt yang mengalir dalam tubuhku tidak sesekali akan membenarkan perjuangan ini terbiar begitu saja. Doa nenek moyangku dari wali tujuh atau wali songo akan termakbul jua. Aku yakin itu. Dan aku yakin , amat yakin,,,di akhir zaman ini..Islam akan kembali teguh dan utuh di tanah tumpah kelahiranku Ho la tan. kilatan, Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kelantan...biar apa pun namanya, kerana disitu lah Islam bermula di tanah Melayu. bahkan di ASIA TENGGARA.

No comments:

Post a Comment