Tuesday, August 23, 2011

BENINGNYA MALAM 22 OGOS 2011/22 RAMADHAN 1432H

MUNGKINKAH LAILATUL QADAR ITU MILIKKU

by Puteri Bongsu on Tuesday, August 23, 2011 at 8:22am
"Ummi, malam ni ziyad nak ngaji quran lah, ziyad nak baca dua muka..boleh tak?" tanya anak sulungku selepas selesai solat terawih di surau. "Boleh,,,nak baca 10 muka pun boleh"jawabku. Ya Allah, apakah malam ini malam lailatul Qadar? anak sulungku selalunya memang susah nak disuruh mengaji, tiba2 malam ni minta nak mengaji. AllahuAkbar. Ku lihat langit terang benderang cahayanya memenuhi seluruh alam.Subhanallah. Ya Allah, andainya malam ini malam yang lebih baik dari seribu bulan masukkan aku ke dalam golongan yang mendapat anugerah itu. Amin Ya Rahmanurrahim. Hatiku berbisik.Disudut hati terasa sayu. Allahummasolli 3ala saidina MUhammad wa3 ala a lihi wasahbihi wasallam.Assalamu3alaika ya Rasulullah saw. Lauka na bainana Rasulullah saw...La ila ha illa Llah Muhammad Rasulullah

Selesai mengajar anak2 mengaji quran, mataku terasa berat, tak sedar aku terlena di ruang tamu. Sedar2 pukul 2.45 pagi. Ya Allah kau tidurkan aku dan sekarang kau kejutkan aku disaat bening ini..apakah amalm ini adalah malam lailatul qadar, maka kau beri aku peluang utk beribadah. Subhanallah. Betapa kerdilnya aku. Terimakasih ya Allah. Betapa besar nikmat yang kau kurniakan ini. Ku pandang keluar rumah memandang ke dada langit yang cerah memancar. Subhanallah begitu indah. Lailatul qadarkah malam ini.

Tengkuk ku terasa begitu dahaga yang amat. pelik sungguh rasanya. Dah dua gelas air ku minum. Masih terasa dahaga.Allahu Akbar. Ku mulakan dengan sunnah bersugi. kemudian berwudhuk. Ku milai dengan solat sunat taubat. Ya Allah, Ku mohon keampunan dariMu. Terlalu banyak dosa yang menyeliputi diri yang kerdil ini. masukkan aku ke dlam golongan mustaghfirin. Ya Allah, dampingkan aku dengan para muttaqin. Ku melakukan sujud syukur kerana DIA memberikan aku peluang untuk beribadah pada amalam yang penuh barakah ini.

Ku teruskan dengan solat tahajjud. Allahu Akbar.Aku bersyukur kerana kau telah memberikan aku tenaga untuk beribadah. betapa hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan. berapa lamakah lagi aku diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi mu ini ya Allah. Apakah aku akan diberi kesempatan untuk melihat mentari esok pagi.

Jam menunjukkan pukul 3.45 pagi. Ya Alla berikan aku kesempatan untuk menunaikan solat sunat tasbih. Telah lama tidak ku tunaikan. berikan aku peluang pada malam yang mulia ini.

"AllahuAkbar" Ku mulakan dengan takbiratul ihram.
Setiap tasbih ku lafazkan dengan rasa perhambaan. Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illa lllah wallahu akbar , wala haula wala quwwata illa billahil 3aliyyil 3azhim...
Assalamualaikum warahmatullah...ku akhiri dengan salam selesai rakaat yang ke empat.
Ya Allah, Kurniakan kepadakau anak2 yang soleh, yang akan memperjuangkan agamamu sepenuh jiwa.Campakkan ke dalam hati mereka kecintaan kepada menuntut ilmu dunia lebih-lebih lagi ilmu akhirat . kurniakan kepada mereka kejayaan di dunia dan akhirat ."

Allahummaj3alni wa ahli min ahlil quran wa khasatih. Amin ya Rahman.

No comments:

Post a Comment