Cemburu..
Itulah sifat yang terlalu akrab dengan seorang wanita. Sebab itu, hati para wanita ini perlu dibelai, dikasihi, dijaga sebaik-baiknya agar tidak terluka. Wanita, apabila hati sudah terluka sudah pasti lambat sembuhnya. Jika tidak kena pada caranya, hati wanita ini boleh bernanah dengan begitu teruk. Disinilah suami perlu bijak memainkan peranan. Memujuk tanpa jemu, ikutilah sunnah-sunnah nabi. Bagaimana Rasulullah S.A.W berjaya menggembirakan hati isteri-isteri baginda sebelum ini.
Lelaki juga apa kurangnya walaupun jarang-jarang cemburu tetapi apabila sesekali cemburu begitu hebat penangannya. Tetapi sangat sedikit lelaki yang mengaku bahawa dia sedang cemburu. Mungkin ego itu yang menghalang mereka daripada berterus terang. Mungkin kah?
Suami isteri selalunya bersengketa hanya kerana cemburu. Cemburu kadang-kadang boleh mendatangkan bahagia, tapi ianya lebih banyak cenderung kepada pergaduhan. Cemburu yang mendatangkan pergaduhan ini selalunya merupakan cemburu buta, jika tidak pun kemungkinan besar ada orang yang ketiga yang wujud dan sengaja menimbulkan pergaduhan antara suami isteri ini agar masing-masing bergaduh antara satu sama lain dan kemudian bercerai berai. Nauzubillah!
CEMBURU adalah hakikat fitrah kejadian lelaki dan perempuan. setiap manusia yang normal punya rasa cemburu. Namun aku telah pun redha andai dia punya yang lain...bahkan diri ini sendiri yang meminta dia mencari yang lain, yang lebih baik, yang lebih solehah yang mampu mencintai dirinya, menjaga dirinya dengan lebih baik kerana diri ini tak mampu lagi memaksa diri untuk menyintai dirinya, kerana luka yang lama, sejarah silam yang pahit yang tak mungkin akan hilang dari ingatan. Tidak mahu dihimpit dosa kerana cinta tak bisa dipaksa. Tiada rindu bersarang, tiada kasih berputik dihati,,,jiwa kosong tiada bererti. Izinkan aku sendiri merawat hati. Hanya AR-Rahman yang mengerti, akan bicara hati yang sukar dimengerti. Izinkan aku...keluar dari siksaan jiwa yang menekan rasa. kerana aku ingin keluar dari jalan dosa. Mencari redha yang Maha Memahami jiwa.

No comments:
Post a Comment