Ya Rahim
Cinta dan rindu itu milik hakikiMu
tumpahkanlah walau setitis
kedalam hatiku
Agar dapat ku rasa erti cinta dan rindu
Yang telah hilang dari lubuk jiwa
Dek kerana hati yang terlalu kecewa
Oleh kedhaifan jiwa yang lara
Wahai hati, ku pujuk diri...sabarlah...walau selama mana pun, pasti ada sinar cahaya cinta dan rindu. Izinkan aku sendiri buat seketika...mencari erti kebahagiaan hakiki...ku sapu airmata, yang mengalir bersama duka dan luka.
Terima kasih teman
Atas nasihat dan pesanan, akanku cuba mengharungi ujian, hingga ke akhir nyawa detik nafas ini hilang. Ku cuba mencoret rindu di kertas jiwa, ku cuba melakar cinta di cebisan dedaun hati, ku terasa kelam tak berwarna, pudar tanpa rasa.
Izinkan aku pergi,
mencari cinta yang hilang
Rindu yang pergi
izinkan aku
mengecap setitis bahagia
menghabiskan penghujung usia
Hidup ini tidak lama
sekadar menunggu masa
maafkan diri ini
halalkan segalanya

No comments:
Post a Comment