Tuesday, August 2, 2011

Kembara Jiwa

Malam terawih yg kedua..fikiran masih melayang-layang...khusyuk hilang..apa yang aku fikirkan???entahla...byk perkara dalam kepala...kerja sekolah menimbun...tak siap satu..dah datang yg lain, belum lagi masalah kat rumah...anak2 jadi penghibur.
Saat mahu ke surau malam semalam...aku berlumba lari dgn anak2...seronok membuatkan mereka gembira..hati aku juga gembira...dah lama tak berlari..lemak dah tepu..ha ha. hajat nak turunkan berat badan tapi makin naik la pulak. adeisss.. ha ha. Anak  no 3 siap bertanya dalam perjalanan nak ke surau malam tadi...
"Umi, ada makan tak nanti lepas solat? hmmmm perut masih lagi penuh dgn makanan berbuka...tanya bab makan lagi. alahai..anak sedang membesar...dalam kepala tak da lain..makan..makan...makan.
Kalau suruh mengaji ke solat ke..mak aihhh..liat semacam. ye la..namanya anak2. masih kecil , masih belajar...
sebab masih kecil la nak kena diajar. masih rebung. kalau dah jadi buluh..keras..mana nak masuk dah segala ajaran.
Jiwa masih resah..bilakah masalah ini akan berakhir. Dihimpit dosa yang tak mahu dilepaskan. aku memohon pengertian, cinta, sayang dan rindu tidak boleh dipaksa. ianya harus datang dari lubuk hati yang ikhlas. Dan aku masih tidak mampu merawat luka yang lama. kosong...tak berisi.
Ku ingin sendiri...mencari diri yang hilang
Biar diri ini terlepas dari dosa yang tidak diinginkan
Tapi sukarnya
Kerana impian tidak dimengertikan
namun sampai bila
sampai bila.???????????
Kalau dapat ku pergi jauh dari desa ini
bersendirian merawat hati
Hanya Allah yang Maha Mengerti
Segala maksud isi hati

No comments:

Post a Comment