Persoalan cinta dan rindu tidak pernah ada tepinya dalam kehidupan kita sebagai hamba, makhluk yang diciptakan bersama nafsu...cinta adalah salah satu cabang nafsu. Sama ada cinta itu disalurkan ke tempat sepatutnya atau tidak. Tidak ada yang menafikan cinta yang agung adalah cinta kepada Allah swt dan cinta kepada Rasulullah saw. Dan cinta kita kepada manusia lainnya tidak boleh sama sekali melebihi cinta kita kepada Rasulullah saw.
Hakikat sebagai manusia cinta yang ada dihati pada insan yang lain adalah satu fitrah. Pabila cinta bersemi maka rindu akan menyusul. lalu terlena dibuai mimpi indah . Kerana cinta yang tidak berdasarkan kepada keimanan ada yang sanggup menggadai maruah diri. Ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta. Malanglah bagi mereka yang menggadai nyawa kerana cinta yang berdasarkan nafsu.
Dan cinta yang berdasarkan keimanan lillahi taala akan terpelihara sehinggalah hubungan yang dihalalkan syarak berlaku.
Alangkah indah andai cinta kita bersandarkan sunnah Rasulullah saw. Betapa baginda melayan para isteri baginda dengan penuh kasih sayang. Membaca sirah baginda bersama para isteri membuat kita terpana seketika. Apatah lagi jika ianya diceritakan sendiri oleh saidatina Aisyah r.a.
Romantik itu sunnah. Betapa baginda saw ringan tulang membantu isteri melakukan kerja rumah dari menjahit sendiri kasut baginda yang koyak , mengguli tepung, minum cawan yang sama bahkan meletakkan bibir baginda dimana Aisyah meletakkan mulutnya di cawan, sehinggalah baginda Saw membasuh darah haid Saidatina Aisyah yang menitik di tikar tempat tidur dan baginda tidur di situ tanpa berganjak.
Betapa sunnah baginda saw membuai indahnya cinta. Hati kita juga pastinya merasa bahagia dan berdoa alangkah indahnya kalau para suami mengamalkan sunnah Rasulullah saw. Pastinya para isteri akan merasa amat bahagia. Dicintai dan dilayan sebegitu rupa.
Namun sukarnya mencari suami yang seperti itu di akhir zaman ini. rata-ratanya ego tidak bertempat. Berkira untuk membantu isteri melakukan kerja rumah. Meletakkan segala kerja rumah adalah tugas orang perempuan. Betapa penyataan ini begitu jauh menyimpang dari sunnah Rasulullah saw. Melayan para isteri tak ubah seperti kuli. mengarah itu , mengarah ini...mengucapkan terima kasih jauh sekali.
Tidak dinafikan ada yang ringan tulang. namun berapa kerat sangat. Boleh dibilang dengan jari. Beratnya mulut nak ucap terima kasih. Pasti ada yang menyanggah kenyataan ini kerana keegoan seorang lelaki. Tidak pernah mahu menerima kenyataan dan hakikat. Pastinya mereka ini saya begitu yakin tidak membaca syamail Rasulullah saw dalam melayan para isteri. Berapa kerat yang membaca sunnah rasulullah saw dalam menunaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Yang ramai ialah golongan yang membaca bagaimana menghadapi saat malam pertama. Teknik apa mahu dicuba untuk memuaskan nafsu. HA ha...sedihnya kalau dapat suami yang begini, yang hanya memikirkan cara untuk memuaskan nafsu kebinatangan dari memikirkan bagaimana mahu memikul tanggungjawab sebagai suami, bapa dan pemimpin dalam keluarga.
Inilah yang terjadi bila cinta berdasarkan nafsu bukan berdasarkan iman. Bila lahir zuriat ada yang nak azankan pun terasa kekok. Apalagi memegang bayi yang masih kecil. Ada pula yang menjerit marah bila mendengar anak kecil menangis. sedangkan yang lahir itu adalah dari benih yang ditabur di dalam rahim isteri. Zuriat yang semakin membesar...adakah diajar agamanya, solatnya, mengaji qurannya...atau hanya dilepaskan dibahu isteri semata, atau hanya biar guru disekolah saja yang mengajar. Sungguh menyedihkan..bila cinta hanya berdasarkan nafsu semata kerana cinta begini membentuk manusia yang tidak tahu menunaikan tanggungjawab wajib yang terpikul di bahu...sangggup di soal di hadapan Allah nanti??? leka...ya leka..tak terasa semua ini akan disoal. maka yang wajib dibiarkan. lalu menanggung dosa berterusan. Aduhai cinta...
Ya Allah,
hadirkan cinta ke dalam hatiku
Cinta yang tulus keranaMU
Aku tak berdaya
Usah biarkan luka ini berterusan.
Kekosongan ini meresahkan
Ku harap petunjukMu
mencari jalan keluar
Dari persoalan yang menyesakkan dada
Meresahkan jiwa
ku mohon dariMu Ar Rahim
Kabulkan
Doaku
Harapanku
cintaku
rinduku
kasihku

No comments:
Post a Comment