Pada  zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya  merah, bahunya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya  kemerah-merahan, dagunya selalu di dada melihat pada tempat sujudnya,  tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, kuat membaca Al Quran dan  menangis, pakaiannya hanya ada dua helai kusut
yang satu untuk menutup badan dan yang satunya untuk kain pelikat. Ti...ada siapa yang menghiraukannya, tak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.
Jika dia berdoa kepada Allah, pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti  ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk syurga, dia dipanggil  agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafaat, ternyata Allah memberi  izin dia untuk memberi syafaat sejumlah qabilah Rabi’ah dan qabilah  Mudhor, semua dimasukkan syurga, tak ada yang ketinggalan. Dia adalah  “Uwais al Qarni”. Dia tidak terkenal dan juga miskin, banyak orang suka  mentertawakannya, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai peminta, pencuri  serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.
Seorang  fuqaha negeri Kuffah ingin duduk dengannya lalu memberinya hadiah dua  helai pakaian tapi tidak berhasil, kerana hadiah pakaian tadi diterima  lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata : “Aku bimbang, nanti  sebahagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau  tidak dari meminta pasti dari mencuri”.
Pemuda dari  Yaman ini sudah lama menjadi anak yatim, tak punya sanak saudara kecuali  hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh. Untuk menampung kehidupannya,  Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya  cukup untuk sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang  bersama ibunya. Jila ada rezeki yang lebih, ia digunakan untuk membantu  tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.  Kesibukannya sebagai penggembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan  buta, tidak mengurangkan kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa  di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni  telah memeluk Islam ketika penduduk negeri Yaman mendengar seruan Nabi  Muhammad SAW yang mana telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah  Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagiNya. Islam mendidik  setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang  terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan  Islam datang di negeri Yaman, dia segera memeluknya kerana selama ini  hati Uwais selalu rindukan kebenaran. Banyak jirannya yang telah memeluk  Islam pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara  langsung.
Sekembalinya mereka di Yaman, mereka menukar rumahtangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran-jirannya yang  baru balik dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan  kekasih Allah penghulu para Nabi, sedangkan dia sendiri belum  berkesempatan berbuat sedemikian. Kecintaannya kepada Rasulullah  menumbuhkan kerinduan yang kuat untukbertemu dengan baginda. Tetapi  apakan daya, dia tidak mempunyai belanja yang mencukupi untuk ke Madinah  dan perkara yang lebih merisaukan ialah tiada siapa yang akan menjaga  dan merawat ibunya jika dia pergi.
Diceritakan ketika terjadi  perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah kerana  dilemparkan dengan batu oleh musuh-musuhnya. Berita ini akhirnya  didengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah.  Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada baginda SAW  sekalipun dia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan
musim  berlalu dan kerinduan yang tidak dapat dibendung membuat hasrat untuk  bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya  dalam hati, bilakah dia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah  baginda dari dekat? Tapi, bukankah dia mempunyai ibu yang sangat  memerlukan penjagaannya dan tidak dapat ditingalkan sendirian. Hatinya
selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.  Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya sambil mengeluarkan isi  hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi  menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si ibu, walaupun telah uzur, merasa  terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan  Uwais dan berkata “Pergilah wahai anakku ! jumpalah Nabi di rumahnya.  Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa  gembira dia pun berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan  keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan
kepada jirannya agar dapat menemani ibunya semasa dia pergi.
Sesudah memeluk sambil mencium ibunya, berangkatlah Uwais menuju ke  Madinah yang jaraknya kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman.  Medan yang begitu ganas dilaluinya, tanpa memperduli penyamun gurun  pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan  dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari.  Semuanya dilalui demi berjumpa dan dapat memandang sepuas-puasnya paras  baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni  di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu  rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina Aisyah r.a,  sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais bertanyakan Nabi yang  ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah  melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari  jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam  hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan  perang. Tapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang  di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan uzur itu, agar dia cepat  pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada  ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan  kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Dia akhirnya  dengan terpaksa mohon izin kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera  pulang ke negerinya. Dia hanya
menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan sedih.
Sepulangnya baginda dari medan perang, Nabi SAW terus bertanya tentang  kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa  Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Dia adalah penghuni  langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda  Rasulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW  dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan uzur  sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW  bersabda : “Kalau kamu sekalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais  al-Qarni), perhatikanlah, dia mempunyai tanda putih di tengah-tengah  telapak tangannya.” Sesudah itu baginda SAW, memandang kepada sayyidina  Ali r.a dan sayyidina Umar r.a. lalu bersabda : “Suatu ketika, apabila  kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah  penghuni langit dan bukan penghuni
bumi”.
Tahun demi tahun  terus silih berganti dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat sehinggalah  kekhalifahan sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. telah dipegang oleh  Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi  SAW tentang Uwais al-Qarni, si penghuni langit. Beliau segera  mengingatkan kepada sayyidina Ali r.a untuk mencarinya bersama-sama.  Sejak
itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua  selalu bertanyakan tentang Uwais al-Qarni, adakah dia turut bersama  mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah  sebenarnya yang terjadi hinggakan dia dicari oleh beliau berdua.  Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang  dagangan mereka.
Suatu ketika, Uwais al-Qarni menyertai  rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah  yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali r.a  mendatangi mereka dan bertanyakan adakah Uwais turut bersama mereka.  Rombongan itu mengatakan bahawa dia ada bersama mereka dan sedang  menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu,  beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di  khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali r.a  memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah  mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut  sambil bersalaman. Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera  membalikkan tangan Uwais untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang  berada ditelapak tangan Uwais
sebagaimana yang pernah disabdakan  oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Dan ditanya  Uwais oleh kedua tetamu tersebut, siapakah nama saudara ? “Abdullah”,  jawab Uwais. Mendengar jawapan itu, kedua sahabatpun tertawa dan  mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah  namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais  al-Qarni”. Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah  meninggal dunia. Itulah sebabnya, dia dapat turut bersama rombongan  kafilah dagang pada ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali r.a  memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia  berkata kepada khalifah: “Sayalah yang harus meminta doa kepada  kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke  sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Kerana desakan kedua  sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya berdoa  dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk  menyumbangkan wang negara dari Baitulmal kepada Uwais untuk menampung  hidupnya. Uwais terus menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon  supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari  selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam hingga langsung  tidak mendengar berita tentangnya. Tapi ada seorang lelaki pernah  bertemu dan ditolong oleh Uwais. Ketika itu kami sedang berada di atas  kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka  angin taufan berhembus dengan kencang. Akibatnya, hempasan ombak  menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan  menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang  lelaki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami naiki  lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat  di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. “Wahai  waliullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami  berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah,  tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang  terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ditiup angin dan  dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kamu kepada Allah !  “katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal
dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!” Kami pun keluar dari kapal  satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima  ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu  kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata  pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua  selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya  kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat. Kemudian kami berkata  lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah  milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika  Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagikannya  kepada orang fakir di Madinah?”
tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu  pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air lalu berdoa. Setelah Uwais  al-Qarni mengucap salam tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air  lalu kami menaikinya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah,  kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada golongan fakir di Madinah,  tidak satupun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian,  tersebarlah berita tentang Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah.  Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang  berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat  pembaringan untuk dikafankan, di sana sudah ada sesetengah orang yang  menunggu untuk mengkafankannya. Demikian pula ketika orang pergi hendak  menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada yang menggali kuburnya  hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa  banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah  bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga  aku pulang dari menghantarkan jenazahnya lalu aku bermaksud untuk  kembali ke kuburnya tanda memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi  sudah tidak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah  adalah individu yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada  masa
pemerintahan sayyidina Umar r.a.)
Meninggalnya Uwais  al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi  perkara yang amat menakjubkan. Sedemikian banyaknya orang yang tak  dikenali datang untuk menguruskan jenazah dan pemakamannya, padahal  Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak dia  dimandikan sehinggalah jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di  situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih  dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya :  “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang  kita kenal hanya seorang fakir yang tak memiliki apa-apa yang kerjanya  hanyalah sebagai penggembala keldai dan unta ? Tapi ketika hari wafatmu,  engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya  manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam  jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang  di turunkan ke bumi, hanya untuk
mengurus jenazah dan pemakamannya.
Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan keanehan-keanehan yang terjadi  ketika wafatnya telah tersebar ke mana-mana. Baru saat itulah penduduk  Yaman mengetahuinya, siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni. Selama ini tidak  ada orang yang mengetahui siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni disebabkan  permintaan Uwais Al-Qarni sendiri kepada Khalifah Umar itu setiap ada  kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar Radiyallahu ‘anhu dan Ali  Radiyallahu ‘anhu dan Ali itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman,  Khalifah Umar Radiyallahu ‘anhu dan Ali Radiyallahu ‘anhu, agar  merahasiakan tentang dia. Barulah di hari wafatnya mereka mendengar  sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi SAW, bahwa Uwais Al-Qarni  adalah penghuni langit.                              
 
No comments:
Post a Comment