Ada 4 golongan manusia yang dikelompokkan berdasarkan aktiviti dunia dan hasil yang akan diperolehinya di akhirat kelak...
........ Golongan pertama adalah golongan yang kehidupan dunianya  berjaya dan kehidupan akhiratnya memiliki bekal yang cukup untuk berjaya  juga. Merekalah golongan orang yang menang kerana mendapatkan  keduanya...
........ Golongan kedua adalah golongan yang  kehidupan dunianya tidak berjaya dari kacamata duniawi, namun bekal  akhiratnya cukup hingga dapat menghantarnya ke syurga Allah. Golongan  kedua ini adalah golongan orang yang beruntung...
.........Golongan ketiga adalah golongan yang kehidupan dunianya cukup  berjaya, namun bekal untuk kehidupan akhiratnya tidak cukup bahkan tidak  ada sama sekali, golongan ketiga ini merupakan kelompok orang yang  tertipu...
........Golongan keempat adalah golongan yang  kehidupan dunianya gagal, begitu pula kehidupan akhiratnya juga gagal.  Golongan keempat ini dikelompokkan sebagai golongan orang-orang yang  rugi. Rugi di dunia, rugi pula akhiratnya..
 
No comments:
Post a Comment