9 sebab hatitidak tenang
...:::::9 SEBAB HATI TIDAK TENANG:::::...
1. PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri  manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak  terang..
2. PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul  lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang  untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti  sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang  pendendam mudah kena sakit jantung.
3. HASAD DENGKI........
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat  dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia  tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi  benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya  itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu  Allah beri melalui makhluk.
5. TAMAK.......
Orang yang  tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang  banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak  yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi).  Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau  digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh  dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah  rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. EGO.......
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.  Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun  batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah  tahap keegoan tersebut.
8. RIAK......
Terseksa sendiri  kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa  berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya  tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita  riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
9. CINTA DUNIA......
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat  susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati  jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa  anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’  kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.  Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya  dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.         
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment