FADHILAT SURAH2 AMALAN
SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan  membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.  Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.  Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit  mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk  mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari  iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH YAASIN
Telah  bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada  hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an.  Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala  menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat  At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah  Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah”  (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan  akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun  akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan  kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika  dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya  Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan  Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah  kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan  membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan  merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan  beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14  kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan  rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu  bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah  Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam  hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga  kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami  telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta  Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang  tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka  Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan  pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga  dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam  tidurnya.
SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah  Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an,  disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas  dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur,  bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran  dalam diri kita.
SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari  Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat  besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis  Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan  mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada  setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda,  Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu  tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami  ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila  mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil  tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur,  seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah  s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi  musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca  surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia  kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah  Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya  dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan  kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut,  dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam  apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq  dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian  disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit  kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq  dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari  berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia,  takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia,  bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama  An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah  ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah  makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon  perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari  golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang  hati
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment