Suatu hari Hasan al-Bashri RA ditanya, " Ya Abal Hasan,apa rahsia zuhudmu dalam dunia ini,yang membuatmu begitu tenang ?" 
Hasan al-Bashri menjawab:
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain,kerana itulah kalbuku  selalu tenang. Aku tahu perbuatanku,tidak akan dapat ditunaikan oleh  orang lain,kerana itulah aku sibuk mengerjakannya.Aku tahu Allah s.w.t  selalu melihatku,kerana itulah aku merasa malu bila Dia melihatku sedang  dalam maksiat.Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku,kerana itulah  aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah Azza wa  jalla."
 
No comments:
Post a Comment