Puasa 9 Zulhijah dan hari Arafah (صيام تسع ذي الحجة ويوم عرفة)
Oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi
Terjemahan :
Bulan Zulhijjah merupakan salah satu dari 4 bulan2 haram, dan ia  dikenali sebagai bulan haji, dimana hari2nya adalah 10 yang awal, yang  merupakan seafdhal-afdhal2 hari didalam setahun, sebagaimana  diperkatakan oleh beberapa hadith. Dari Ibn Abbas ra., Rasullulah saw  bersabda :
...  
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام" يعني أيام  العشر، قالوا: ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: "ولا الجهاد في سبيل الله،  إلا أن يخرج الرجل بنفسه، وماله، فلا يرجع بشيء من ذلك
"'Tidak  terdapat pada hari2 melakukan amalan soleh yang disukai Allah swt dari  hari ini, yakni hari2 10', maka mereka berkata : 'Bukankan jihad dijalan  Allah?'. Baginda menjawab :'Dan bukanlah jihad dijalan Allah, melainkan  seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri, dan hartanya, dan  tidak kembali sesuatu darinya". -[Hadirh riwayat Bukhari, Abu Daud,  Tirmudzi dan Ibn Majah].
Dan didalam lafaz lain :
ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إلى الله العمل فيهن من أيام العشر، فأكثروا فيهن من التسبيح والتحميد، والتهليل والتكبير
"Tidak ada hari yang lebih agung/mulia disisi Allah, dan tidaklah  paling disukai Allah swt didalamnya melainkan dari hari2 yang sepuluh,  maka perbanyakkan Tasbih, Tahmi,.Tahlil dan Takbir" - [Hadith riwayat  Tabrani didalam al-Kabir dengan sanad yang baik].
Sa'ed bin Jubair apabila masuk hari2 ke 10, bersungguh dia beramal sehingga tidak kuat lagi untuk melakukannya.
Berpuasa pada hari2 10 ini merupakan perkara yang semulia bagi  mendekatkan seorang Islam kepada Tuhannya (Tidak dikira hari yang ke 10,  yang merupakan hari Eid, maka ia haram dengan pasti).
Dan  hari yang paling banyak fadhilatnya adalah hari ke 9, iaitu hari Arafah,  hari dimana jemaah Haji berwukuf dengan keadaan menghadapi kusut dan  berabuk, dengan pakaian ihram yang menyerupai kain kafan orang mati,  tunduk kepada Allah menjawab seruannya, lalu berdo'a kepadanya.
Para jemaah Haji mendekati Allah disana dengan memakai Ihram,  berTalbiah dan berdo'a, dan mereka yang lain (selain dari jemaah haji)  berada dirumah2 mendekati tuhannya dengan berpuasa. Nabi saw telah  ditanya tentang berpuasa pada Hari Arafah, baginda bersabda :
يكفِّر السنة الماضية والباقية
" Menghapuskan dosa setahun yang lepas dan yang berbaki" - [Hadith Riwayat Muslim dan lain2nya dari Abi Qatadah].
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
صيام يوم عرفة إني أحتسب على الله تعالى أن يُكفِّر السنة التي بعده والسنة التي قبله
"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar  menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" -  [Hadith riwayat Tirmudzi].
Akan tetapi, apakah ini termasuk  mereka yang berwukuf di Arafah juga ? Jumhur ulama mengatakan bahawa  adalah mustahab berpuasa bagi mereka yang bukan jemaah Haji.
Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw melarang berpuasa hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah
(أنه صلى الله عليه وسلم نهى عن صوم يوم عرفة بعرفات )
(Riwayat Ahmad dan Ibn Maajah). Dan dari Umm Fadhil (isteri al-Abbas),
أنهم شكوا في صوم النبي صلى الله عليه وسلم يوم عرفة، فأرسلت إليه بلبن، فشرب، وهو يخطب الناس بعرفة
"bahawa mereka ragu akan puasa Nabi saw pada hari Arafah, maka dikirim  kepada baginda susu lalu [baginda] meminumnya, dan beliau sedang  berkhutbah di Arafah" - [Hadith riwayat Muttafaq 'alaih].
Maka  ia menunjukkan tidak disukai (tidak digalakkan) berpuasa bagi mereka  yang berwukuf disaat yang agung ini, dan hikmah tidak berpuasa kerana  kemungkinan akan melemahkan mereka dari melakukan zikir dan do'a, dan  melakukan amalan2 haji.
Ini juga merupakan hari eid (raya)  bagi yang berwukuf dimana mereka berkumpul beramai2, sebagaimana  ditunjukkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Umar tentang turunnya  firman Allah swt :
(اليوم أكملت لكم دينكم)
"Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu semua agama kamu" dan hadith 'Uqbah bin Amir :
يوم الفطر، ويوم النحر، وأيام التشريق عيدنا أهل الإسلام، وهي أيام أكل وشرب
"Hari eid al-Fitr, hari qurban, dan hari2 Tasyrik merupakan hari raya  kita orang2 Islam, ia merupakan hari makan dan minum" - [Hadith riwayat  Ahmad, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i dan al-Hakim, sebagaimana didalam  Shahih al-Jaami' al-Shaghir #8192].
Maka yang rajih (pendapat  yang terkuat) disana ialah bahawa Hari Arafah mempunyai kaitan dengan  hari2 Eid dan Tasyrik dinisbahkan dengan jemaah Haji, ini merupakan  jalan tengah diantara dua dalil. - tamat terjemahan -
Terjemahan dari petikan buku : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh  al-Shiyaam : Taisir al-Fiqh fi Dau' al-Quran wa al-Sunnah. cet. ke 3.  Beirut : Muassasah al-Risaalah, 2001. ms 140-142.
 
No comments:
Post a Comment