Peti Rahsia Yang Dicari Oleh Yahudi (Tabut)
>> Friday, July 15, 2011
 Gambaran tabut oleh Yahudi
 Dan  Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “sesungguhnya tanda kerajaan  Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada  kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang mamberi) ketenteraman  jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah  ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu  dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu  mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang  yang beriman”.
 Surah al-Baqarah ayat: 248
 Apabila  bani israel dizaman Nabi Daud meminta seorang raja untuk menyatu  padukan mereka dan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan, Allah  memperkenankan doa mereka, Allah jadikan Tolut  sebagai raja mereka dengan didatangi oleh malaikat peti Tabut sehingga  mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka. Peti tersebut mempunyai  barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan barang-barang orang-orang  soleh dari keturunan yahudi. Mereka mendapat ketenangan dengan peti  tersebut.
 Telah  jelas kepada kita bahawa peti tersebut adalah mulia pada sudut sejarah  di zaman Nabi Musa dan Nabi Harun, kita tahu sesungguhnya Allah telah  menurunkannya pada Nabi Musa yang mengandungi wasiat-wasiat berguna  sebagaimana terdapat juga pada kitab Taurat sebagai bukti, dan ketika  Nabi Musa mengadap Allah di Bukit Thur Sina, Diantara bahan sejarah  tersebut telah diambil oleh musuh yahudi selama tujuh bulan.
 Terdapat  dalam Taurat menceritakan bahawa Tabut adalah diukir daripada kayu dan  emas kerana mengikut perintah Allah, panjang Tabut adalah satu meter  atau 1/4 meter sementara lebar 75 sentimeter. Demikian juga tinggi nya.  Diriwayatkan Bani Yahudi akan membawa Tabut dibarisan hadapan tentera  mereka supaya mendapat kemenangan, mereka mempercayai Tabut akan memberi  kemenagan kepada mereka. Terdapat riwayat daripada Nabi Daud yang  mengatakan mereka kan mendapat kemenangan apabila mereka kembali memilki  Tabut.
 Tabut dibawa dibarisan hadapan mereka supaya mendapat kemenangan
 Tabut  pada pandangan yahudi lebih suci dari segala kitab-kitab suci yang  terdapat pada mereka, mereka letakan ditengah khemah dan Nabi Daud akan  hadir bersama mereka.
 Dan  ketika Nabi Sulaiman membina binaan (tempat suci), Nabi Sulaiman  meletakkannya di sudut yang paling tinggi, dalam bilik yang tidak  berjendela dan dihadapan mihrab mereka percaya Roh Allah akan menjelma  pada Tabut, dan ketika runtuhnya tempat suci itu, maka hilanglah Tabut  dan terbakar bersama binaan yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman. 
 Terdapat  berbagai kisah tentang Tabut, sehingga terdapat kisah juga yang  mengatakan anak nabi Sulaiman, hasil perkahwinan dengan Puteri Balkis  telah melarikan Tabut ke Mesir. Kemudian ke Habsyah tetapi yahudi tetap  mencari Tabut yang berbentuk kotak kecil diperbuat daripada kayu yang  telah berusia paling sedikit 3200 tahun.
 Ketaksuban untuk mencari Tabut ini dapat dilihat di dalam filem Hollywood
 Kesannya
 Setengah  daripada kaum yahudi berpendapat Tabut tersimpan dibawah masjid  Al-Aqsa. Dimana terdapat juga orang-orang palestin memberi kerjasama  mencari Tabut kerana terdapat riwayat seorang lelaki Jordan telah  ternampak peti tersebut ditanam satu tempat di Masjid Al-Aqsa. Kaum  yahudi akan tetap mencari Peti Tabut tersebut walaupun memakan masa  berkurun tetapi untuk membuktikan bahawa mereka adalah kaum yang memihak  kepada kebenaran. Sebenarnya mereka sendiri telah terpesong jauh dari  hakikat kebenaran, mereka sendiri memutarkan belitkan fakta sejarah.  Semua yang yahudi cari, yahudi akan menganggapnya satu perkara yang  suci.
 Diantara Pencarian yang telah ditemui oleh kaum Yahudi.
 Peti  Tabut ini mungkan diantara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaum  yahudi sendiri telah menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui  peti sebenar.
 Apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.
 Pencarian  masih lagi dilakukan sekarang ini di bawah masjid Al-Aqsa dan  sekitarnya. Ini telah merosakkan struktur asas binaan masjid ini (lihat  gambar di bawah). Tetapi malangnya ramai umat Islam yang lena tidur  dibuai oleh permainan Yahudi di media massa dan sebagainya.
 Di Bawah Masjid Al-Aqsa
 Di Dalam Masjid Al-Aqsa
 Di Sekitar Masjid Al-Aqsa





 
 
No comments:
Post a Comment