mana broadband abah ni? Siapa yang ambil ? Hisham mengamuk. Balik dari menerima ijazah dia terus mencari broadband maxis yang dia tinggalkan. Anak-anak gunakannya untuk bermain "games" di internet. Selalunya Amar yang suka ambil, anak bongsu yang berumur 6 tahun.
Hisham berang.Mukanya kemerahan.
Abah tanya siapa yang ambil? suaranya makin meninggi...dan akhir "pang!!!! singgah dimuka anak kecil enam tahun yang belum mengerti erti hidup.
Sabrina menolong anak-anaknya mencari broadband ayah mereka. Hatinya tersentak melihat Hisham menampar muka Amar. Apakah broadband itu lebih penting dari anak? Hati sabrina menangis. Hisham memang panas baran. Dia hanya memendam sahaja di dalam hati. Tahun lepas baru saja mereka bertengkar dan Sabrina meminta diceraikan. banyak sebabnya. Dan dalah satunya ialah Sabrina tidak sanggup melihat Hisham memukul anak-anak.
Selalunya Afham anak yang sulung yang kena pukul, walaupun bukan kesalahan dia. Sehinggakan Afham berdendam dengan hisham dan sudah beberapa kali Afham menyuruh Sabrina supaya bercerai dengan Hisham dan berkahwin lain. Afham beru berusia 12 tahun, tak sepatutnya dia dilayan begitu oleh ayahnya.
Sentuhan kasih sayang tidak dirasai, apalagi pelukan manja dari seorang ayah. Sabrina hairan. Hisham kata dia sayang anak-anak. Tapi, nak memeluk anak susah sekali, apabila anak-anak meminta sesuatu susah sungguh dia nak menunaikan. Dengan anak-anakk pun hendak berkira. dengan kawan-kawan berbelanja di restoran mahal pun tidak mengapa. Dimana bukti Hisham sayangkan anak, Sabrina sendiri tidak tahu.
Sewaktu Sabrina meminta diceraikan tahun lepas kerana sudah tidak tahan dengan hidup tanpa nafkah, dan kerana Sikap hisham yang suka keluar malam tanpa pedulikan anak-anak dan macam-macam lagi tekanan yang Sabrina laluui sepanjang hidup 13 tahun bersama Hisham. Sabrina terlalu kecewa. Hatinya kini memang kosong terhadap Hisham. Walaupun Hhisham dah banyak berubah selepas peristiwa yanng berlaku tahun lepas namun kerana hati yang terlalu lama dilukakan, cintanya kepada Hisham kering dan layu. hatinya juga sudah mati untuk Hisham. Walaupun mereka masih bersama, kerana Hisham tidak mahu menceraikannya hattinya masih kosong untuk Hisham. Tidak mungkin cinta akan berputik kembali. Dia pun sudah memberi kebenaran kepada Hisham untuk berkahwin lain. Sabrina tidak mahu menanggung dosa kerana tidak mampu untuk melayan suaminya dengan ikhlas dan rela. Cinta tidak boleh dipaksa. Hatinya hidup dengan kekosongan. Dia meneruskan hidup bersama Hisham untuk anak-anak.Dia sayangkan anak-anak. Dia tidak mahu anak-anak menjadi mangsa. Hisham tidak pernah mempunyak masa untuk anak-anak. dia hidup dalam dunianya sendiri. Komputer ribanyalah segal-gala baginya.
Bangun dari tidur, komputer ribanya dulu yang dia sentuh bukan anak-anak. Apalagi untuk mengejutkan anak-anak untuk menunaikan solat subuh. Sabrinalah yang melakukan itu semua. Nak tidurpun dia akan menyentuh komputer ribanya. Tangannya tak pernah me ngusap kepala anak-anak sebelum tidur. macam itukah tandanya sayang?????
Kadang-kadang dia tertidur dibangku mengadap komputer ribanya. hendak kemana-mana pun dibawanya kompter ribanya. Ke shopping kompleks, ke kenduri kahwin, ke taman, kemana sahaja. Terkadang Sabrina rasa suaminya ini gila dengan komputer. Orang lain menulis buku juga tetapi ada jadual bersama anak-anak, isteri, bermesra dengan anak-anak. Hisham? Entahlah. Sabrina menarik nafas panjang. Dia PAsrah. Mahu saja dia berpindah keluar dari rumah itu membawa bersama anak-anak, Tapi dia terikat dengan sebuah perkahwinan yang kosong tanpa cinta.
Dia menunaikan segala tugas sebagai seorang isteri walaupun Hisham tarlalu jarang memberikannya nafkah. dalam setahun mungkin adalah rasanya tidak sampai pun RM300.00 sedangkan dia minta nafkah sebanyak itu untuk sebulan. Seingat Sabariah tahun lepas adalah dalam sepuluh ringgit Hisham memberikannya belanja. Kadang Sabariah termenung memikirkan apakah nilai dia dimata Hisham. Apakah hanya sekadar tukang masak, tukang cuci, tukang kemas rumah, dan tukang beranak. Nak hidup tanggung nafkah sendiri. Sadisnya hhidup sebagai seorang isteri jikalau begini keadaannya. Dimanakah bahagianya kehidupan sebagai seorang isteri seperti mana yang diperkatakan orang.
Mungkin aku tidak sebertuah itu. Bisik Sabrina di dalam hati kecil. Airmatanya seakan kering untuk menangis lagi. Hatinya menjadi beku sebeku salju di artik.
Apapun dia tetap terus berdoa kepada Yang Maha Kaya agar semua permasalahannya akan selesai dan dia akan merasa bahagia suatu ketika nanti. Dia tidak mengharapkan Hisham untuk menghadiahkan kebahagiaan kepadanya. Entahlah. Berdosa atau tidak dia sudah pasrah. Sudah beberapa kali dia meminta Hisham mencari pengganti untuk dijadikan tempat melampiaskan nafsunya. Hisham berhak untuk merasa kepuasan itu. Dia hairan juga kenapa Hisham menolak. Biasanya lelaki kalau isteri memberi kebenaran untuk berkahwin lain , pantang dengar, melompat. seronok,. Sabrina tahu Hisham tidak mampu dari segi kewangan, kerana sikapnya yang suka membuat pinjaman peribadi menyebabkan hisham selalu kesempitan wang. kalau dapat duit lebih sekali pun dia tidak pula cuba untuk mengurangkan hutang-hutangnya. menyebakan hutang-hutang yang tertunggak terus tertunggak dan akhirnya Sabrinalah yang terpaksa menanggung nafkah anak-anak.Tambahan pula anak-anak memang amat rapat dengan sabrina, manja dan kalau hendakkan apa-apa Sabrinalah yang menjadi tempat luahan kehendak mereka.
Anak-anak tidak berani untuk meminta daipada Hisham kerana sikap panas barannya. Sabrina sudah acap kali berpesan dengan Hisham jangan sesekali berkasar dengan anak-anak, tapi sikap barannya susah hendak dibuang. Anak-anak berjauh hati dan menyimpan didalam hati setiap perlakuan Hisham. Sabrina bimbang anak-anak akan menjauhkan diri dari Hisham .kelak Hisham juga yang akan menyesal. Sabrina bimbang nanti dimana tua, seandainya umur Hisham panjang dia tidak akan dipedulikan oleh anak-anaknya. Di masa itu Hisham menyesal ppun tak guna. Lebih-lebih lagi Afham. Sabrina merasa takut memikirkan itu semua. Dia ttidak mahu itu semua berlaku, namun itu semua tak akan dapat dihindari seandainya Hisham tidak mengubah sikapnya dan menunjukkan sifat kasih sayang terhadap anak-anak. Sentuhan dan pelukan seorang ayah amat dirindui oleh anak-anakku. Sabrina berdoa kepadda Allah agar doanya itu menjadi kenyataan.

No comments:
Post a Comment