Friday, September 16, 2011

LETIH

Bismillahirrahmanirrahim
Bangun jam 5.30...sedar jam 4.00 pagi.malasnya nak bangun.Ya Allah, berikan aku kekuatan. Aku nak tunaikan tahajjud, tapi ya Allah malasnyaaa rasa. Syaitan memang suka menggoda apalagi bila time gini, nak tahajjud,,,syaitan mana yang suka kita tunai sunnah RAsulullah saw.
badan rasa tak larat. sebenarnya jiwa aku tangletih. entahlah. terlalu lemah, tak ada semangat. mana aku nak caghi semangat nih. balik rumah jer aku rasa ..ahhhh tak ada yang membuatkan aku gembira. di sekolah badan dah letih buat kerja sekolah, balik rumah , kerja rumah pula menanti, kain baju nak kena cuci nak kena lipat, nak kena masak lagi, tapi bila badan letih , jiwa letih, aku buat tak tahu jer, tak larat. Anak semua lelaki...payahnya nak minta tolong, sama jer...tension..tension...dah jadi babu 12 tahun..aku dah hilang ghasa nakbuat apa pun...
aku dah malas semalas-malasnya...
Tapi selesaikah masalah dgn malas?
Boleh makan ke dengan malas?
Kain tercuci sendiri ke kalau malas...
5.30 pagi aku gagahkan diri berwudhuk..solat tahajjud 2 rakaat. jadilah daripada tak buat lansung. Selepas balik dari umrah memang aku pasang niat nak istiqamah buat tahajjud , dhuha, witir...solat2 sunat yang RAsulullah tak pernah tinggal. Mampukah aku. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menunaikan sunnah RAsulullah saw.
Seorang perempuan melayu..beginilah, kerana telah diasuh dengan adat, perempuan mesti buat semua kerja tu. Kalau ikut sunnah RAsulullah saw...seorang isteri diberi layanan yang istimewa oleh seorang suami. Kalau suami tak mampu menyediakan pembantu maka suami lah yang kena bantu  segala kerja rumah, tapi kat malaysia ni terbalik, di nusantara ni cara asuhannya terbalik, org perempuan lebih kerja dari orang lelaki.
Kerja sama kerja, sama ada ladang ke, office ke atau dimana saja tempat kerjanya, bila balik rumah orangperempuan kena sambungkerja lagi, masak, cuci kain, kemas rumah, urus anak2, org lelaki? amik surat khabar, rokok, minta isteri buat kopi secawan..lepak. Tak ada rasa nak bantu isteri sama2 ke dapur, tolong buat air, kupas bawang ke, tolong lipatkan kain ke, urus anak ke...

Bukan tak ada yang buat, tapi nak jumpa lelaki sejati macam tu di nusantara nih...macam cari beras dalam satu tan antah.

Ya RAsulullah saw, kalau lah para lelaki mengamalkan sunnahmu, alangkah indahnya rumahtangga. alangkah solehnya anak, alangkah aman dunia ini dari kisah perceraian dan pergolakan rumahtangga.

Aku tak heran kalau kat Kelantan paling ramai perceraian dicatat, inilah sebabnya. Org perempuan kerja macam kuli, org lelaki lepak kat kopi, kadang makan minum bini yang tanggung, ramainya lelaki dayus kat sana tu, Di kelantan orang perempuan lebih dominan dari lelaki. Payah nya nak tukat adat yang jauh dari sunnah. Berlagak pulak tu, bercakap besar, ego melangit tapi makan minum...haih.isteri yang tanggung, ada tu siap minta duit dengan isteri dengan muka tak malunya. Hasil dari titik peluh isteri menjual goreng pisang, jual sayur, jual keropok...senang2 suami  yang melepak kat kedai kopi dengan berkepul2 asap rokok tu minta. buat beli rokok. Kalau minta buat beli ikan ke, lauk pauk ke..tak pe gak. Hmmm entahlah.Ini yangaku dok tengok kat kampung aku..aku tak kata kat tempat lain. Sebab tu la aku geram sangat kalau lelaki yang berlagak, tak nak bantu isteri buat kerja rumah. kalau nak rehat, biar sama2 rehat. tak gitu? kalau nak lepak biar sama2 lepak. baru adil. Kalau penat biar sama2 penat.
Aku paling suka baca sunnah RAsulullah saw ketika melayan isteri. Baginda sama2 uli tepung dengan isterim jahit sendiri selpiar baginda yang putus, minum secawan dengan Saidatina Aishah, mandi bersama, melayan kehendak isteri, memanjakan isteri...bergurau senda dengan para isteri baginda. Bicara baginda sentiasa membahagiakan hati isteri, bukan asyik nak menyindir saja, mengutuk jer, marah jer,

RIndunya aku nak pegi semula ke MAdinah...rindunya aku untuk bertemu dengan RAsulullah saw. solat dimasjid nabawi sungguh membahagiakan. tenang. membaca ayat2 suci al-quran disitu selesai solat...oooo sungguh indah tak tergambarkan. apalagi kalau di masjidil haram. Subahanallah. Ya Allah kabulkan hajatku...hantarkan kepada ku rezeki yang lebih dari keperluanku agar dapat aku bersedekah dan kumpulkan untuk ke tanah suci lagi, untuk tunai haji pula kali ni, aku mesti capai target simpanan. Perkara lain kena kurangkan. matlamat aku RM20,000.00 aku akan pergi dengan izin Allah. MESTI....AllahuAkbar!!!


No comments:

Post a Comment