Tuesday, September 20, 2011

TIBA2 TERASA RESAH

Bismillahirrahmanirrahim,
Aku tak tak tahu kenapa pagi ni aku rasa amat resah sekali, hati gelisah tak keruan, apa yang akan berlaku atau sedang berlaku sebenarnya. malam tadi aku bangun jam 1 pagi, suami baru balik , aku pula baru bangun, capai kertas trial spm dan mula check kertas jawapan pelajar. Aku on9 FB dgr lagu sami yusuf peneman kesunyian malam. hampir pukul 3 mata mengantuk..aku tidur. dan bermimpi makcik tua yang amat aku kenal, jiran dan saudara bau-bau bacang. dia dah tua. dalam mimpi tu dia sakit tenat. Dia cakap aky aku umur dia dah 122 tahun. Dan dalam mimpi tuaku bersama suami...di sebuah rumah sakit...kotornya. tandas tersumbat. ada beberapa orang  dan suasana tu aku masih terbayang. pukul 3 pagi aku terjaga pintu bilik bagai ditolak ditarik. ada makhluk lain ke?

Tanya ku dalam hati. tapi tak ada tindakan magnettik pun. kalau ada makhluk lain mesti meremang bulu roma, tapi tak rasa apa pun. aku perhati lama pintu tu terbuka tertuttup sendiri...tak lama hujan turun dengan lebat..hmmm angin kuat la rupanya tadi yang menolak daun pintu.

aku tidur semula, suami tengah asyik berdengkur. Pukul 4.45 pagi aku bangun lagi untuk solat sunat. suami bangun juga. alhamdulillah . aku panaskan lauk dalam oven untuk sahur nanti. puasa ganti belum habis. puasa syawal belum mula. Syawal dah nak berlalu tinggal 10 hari saja lagi. rugi kalau tak puasa. Umur tak tahu bila akan pergi. kalau tahu umur panjang tak apa. jam 5 25 kami bersahur. kemudian bersiap untuk kes sekolah . kejutkan anak, mandi sarapan..6.40 baru turun dari rumah. Minta jangan lah jalan jem.

Sampai disekolah aku dapat relief kelas pertama. aduuhhh. aaahhhh hantar anak bongsu ke tadika dulu bau masuk kelas. gantikan cikgu azah. sebab aku sebenarnya tak ada kelas pagi ni.

Selesai masa pertama aku berteleku dimeja sambil menandakan kertas peperiksaan. tiba2 hati terasa resah..tidak menentu. teringatkan mimpi malam tadi. Aku cuba call mama tak angkat, call anak sedara..tak angkat. lastly call abang long tanya pasal mak cik yang dalam mimpi tu. dia kata makcik tu masih ada, cuma tak berapa sihat lah.

hati aku masih resah. APa sebenarnya yang Allah nak sampaikan kepada aku. Pasti ada sesuatu yang berlaku, kalau tidak aku tidak akan seresah ini secara tiba2. Apakah ada sesuatu berlaku kepada orng yang aku sayangi? ya Allah! berilah aku jawapan. Jangan biarkan aku resah berterusan. Amin ya Rahman.

..:::::CINTA ALLAH CINTA ABADI:::::..

Inikah rindu?

Berjauhan bukanlah sebab utama untuk saling merindui. Akan tetapi, kedekatan hati, ingatan berterusan dan perasaan memerlukan, itulah yang menerbitkan kerinduan walau sebenarnya antara kita dan orang yang dirindui amat dekat, bertemu setiap saat.

Sekiranya itu yang kita rasakan terhadap orang yang dikasihi, maka apatah lagi terhadap ALLAH SWT,Rabbul Izzati yang selayaknya kita serahkan kerinduan ini.



Maksudnya : "Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." ( Surah Qaaf ayat 16 )

Justeru, muhasabahlah diri seandainya ketika di kelilingi tangisan orang lain usai solat, berzikir dan membaca al Quran, kita hanya termangu-mangu melihat dan bermonolog sendiri,

"Mengapa mereka sampai menangis? Sedang aku sedikitpun tidak merasa sedih?"

Tatkala itu, menangislah kerana tidak mampu menangis kerana bimbang ALLAH SWT sudah 'menutup hatimu' dari merasakan kehangatan cinta, kasih dan rindu kepada-NYA.

Menangislah, kerana hakikatnya jiwamu sedang menderita 'sakit'!

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

InsyaALLAH.
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ


No comments:

Post a Comment