Wednesday, October 12, 2011

HIKMAH DISEBALIK AIRMATA

Mata perempuan itu sentiasa menangis...saat menghadirkan diri dihadapan Allah disepertiga malam. Doanya syahdu :"Ya Allah, campakkanlah kedalamhati suamiku keinginan untuk bangun bersujud kepadaMu bersamaku. Ku mengharapkan dia menjadi imamku. Alangkah indahnya kalau disaat ini di ada dihadapanku membaca ayat2 suciMu...memeohon keampunan untuk kami, dan anak2. menhampirkan kami kepadaMU". ya Allah..lembutkan hati dia untuk sujud kepadaMU. Sesungguhnya aku tidak tega untuk terus bersendirian begini kerana aku perlukan pemimpin yang boleh membimbing aku utk lebih taqarrub kepadaMU. Airmatanya terus mengalir deras melihat suami enaknya dibuai mimpi berdengkur kadangkala bercakap seorang diri mengigau entah apa igauannya.

Hampir sebelas tahun dia keseorangan mengisi kedinginan malam bersujud memohon kepada Ar-Rahman. Kini Doa itu telah dikabulkan. Sayangnya...ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Perempuan itu minta suami melepaskan hubungan yang termeteri selama sebelas tahun kerana merajuk hati dengan layanan suami. Suaminya terpana seakan tak percaya dengan permintaan si isteri. tak mungking..tak mungkin...Maafkan abang...abang bersalah, tapi jangan meminta perpisahan ini. Namun si isteri telah nekad...menyerah diri kepada perancangan Allah. Dari saat itu dia melihat perubahan yang amat besar berlaku kepada suaminya.

kalau dulu payahnya suami untuk ke surau berjemaah...apatah lagi utk melakukannya dirumah. Dibiarkan isteri sahaja memimpin anak2...dia berteleku seorang diri kemudian terus mengadap teman setia..sebuah komputer. Dia lupa untuk mengajar anak2nya mengaji Quran..dia lupa untuk mentarbiyah anak2 agar makan berjemaah...saat makan malam dia makan sambil mengadap television...anak2 turut sama melakukan adat itu...hingga hilang adab makan bersama.

Alangkah besar hikmahnya peristiwa itu. Pengorbanan sebuah ikatan menghampirkan si suami kepada Allah...dia mula bangun saban malam berdoa dan merayu kepada Allah.Betapa Allah sayang kepadaNya. Syukur peristiwa ini membuka pintu hatinya untuk lebih hampir kepada Allah. Ternyata Allah telah makbulkan doa isterinya agar suami turut sama bangun bertahajjud mengadap DIA yag MAHA KAYA. Pengorbanan itu terlalu besar hikmah disebaliknya. Seandainya isteri terus membisu...membiarkan suami alpa dan leka...pastinya dia belum lagi sedar Allah mahukan dia agar hampir kepadaNYA. Allah mahu sedarkan dia agar dia berfikir dunia yang dikejar itu tak kemana...akan  hilang suatu hari nanti. Egoisnya hilang sama sekali. betapa Allah yang Maha Kuasa telah menundukkan hatinya untuk sujud menyembah kepadaNYA. Membuang segala keangkuhan dalam diri. Namun ada harga yang perlu dibayar...Pengorbanan yang ....ya...dia harus terima. tegakah dia untuk menerima ujian Allah itu. Dengan hatinya yang kini hampir dengan Allah dia redha dengan kehendakNYA. Tiada perasaan marah...hanya penyesalan yang timbul  kerana dosa silam.

Airmata perempuan itu terus mengalir. Mensyukuri segala ujian dan hikmat disebalik ujian itu. Betapa setiap kali seusai solat fardhu dia terus sujud syukur kerana Allah memberinya waktu dan nafas untuk terus bertaubat atas dosanya. Dia mengerti permintaannya kepada suaminya pastinya akan mengecilkan hati lelaki itu. Dan dia merasakan itu adalah suatu dosa. Cinta nya yang hilang kerana tekanan yang terlalu lama disimpan. Diam ingin keluar dari tekanan itu. namun ada harga yang harus dibayar untuk keluar dari tekanan itu. Perpisahan dengan suami yang dikasihi. Hidup mesti diteruskan. Dia tidak mahu terus dihimpit dosa kerana hilangnya rasa cinta. Biarpun dia telah korbankan segalanya sebelum ini...namun dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah. Biarlah Allah yang menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. Perancangan Allah itu begitu indah dia rasakan.

Ujian itu telah membawanya menjadi tetamu RAsulullah saw dan tetamu Allah. Hikmah yang paling besar yang dia terima hadiah kesabaranNya sebelas tahun menerima ujian dari Allah. Saat menjadi tetamu Allah dia mendapat kekuatan...ALlah itu Maha Penyayang. Betapa mimpi dimalam terakhir diTanah Haram...masih terbayang kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH tertulis di ubun-ubun. Dan surah Al-fathu...adalah ubat yang paling mujarab mengubat hatinya yang terluka. Betapa saat dia dikejutkan dari tidur jam 2.30 pagi...mata dan telinganya diperdengarkan surah Al-Fathu...Allahu Akbar. Allah Maha KAya.

Dia kini benar2 pasrah dengan ketentuan Allah. Hanya Allah yang tahu apa yang tersembunyi dalam hatinya. Dia tahu dan dia yakin Allah sayangkan dia...kerana itu dia terus cuba istiqamah segala sunnah Rasulullah. tahajjud, witir dan dhuha..sunnah yang tak pernah ditinggalkan oleh RAsulullah saw. Dia cuba untuk melaksanakannya kerana itu doanya semasa menajdi tetamu Allah. Agar istiqamah dengan sunnah Baginda SAW.

Dia bersyukur...saban pagi ...dia kini tidak lagi perlu mengejutkan suaminya untuk bangun solat subuh...kerana suaminya telahpun bangun untuk solat tahajjud. ALhamdulillah. Banyaknya Hikmah disebalik ujian kecil ini. Besarnya Nikmat yang tersembunyi. Kalau sebelum ini,,selagi tidak mendengar suaranya mengejutkan ..suaminya tidak akan bangun.biarpun jam dikunci.Bunyi jam dan telefon dengan nada dering yang membingitkan telinga tidak juga membangunkan si suami. kalau bangun pun..berlambat2...berteleku dibirai tilam...sedang waktu subuh semakin menghilangkan diri. dan dia tidak pula berusaha untuk mengejutkan anak2 untuk solat berjemaah. Kini setelah diuji..dia mula berperan sebagai seorang ketua keluarga..mengajak anak berjemaah solat subuh..memeluk dan mencium anak-anak. Itu semua amat kekok dilakukan sebelum ini. Betapa anak-anak baru terasa kasih sang ayah. Alhamdulillah. Allah itu Maha KAya.

Airmata perempuan tetap juga mengalir...bukan tanda sedih tapi tanda bersyukur kepada Allah kerana telah makbulkan doanya selama ini...biar ada harga yang harus dibayar tapi dia tetap bersyukur. Dalam kehidupan...berkorban dan terkorban adalah pasangan yang tidak akan berpisah. Namun hikmah disebaliknya adalah terlalu manis bagi hamba Allah yang beriman dan bersyukur. Dunia ini hanyalah pinjaman. untuk mendapat sesuatu ada sesuatu yang harus dikorbankan. Perempuan itu redha dengan segala perancangan Allah. Dia tenang menghadapinya kerana dalam hatinya ada keyakinan tentang kasih sayang Allah kepada hambaNYA. Dia berdoa dan terus berdoa untuk kehidupan yang lebih baik...Ada sesuatu yang dicari...biarlah dia simpan segalanya..kerana dia tidak tahu apakah perancangan Allah terhadapnya di masa akan datang. Dia benar2 berserah kepada YANG MAHA PENGASIH.


No comments:

Post a Comment