Tuesday, October 18, 2011

Kalau ingin hati tenang

Suatu hari Hasan al-Bashri RA ditanya, " Ya Abal Hasan,apa rahsia zuhudmu dalam dunia ini,yang membuatmu begitu tenang ?"

Hasan al-Bashri menjawab:
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain,kerana itulah kalbuku selalu tenang. Aku tahu perbuatanku,tidak akan dapat ditunaikan oleh orang lain,kerana itulah aku sibuk mengerjakannya.Aku tahu Allah s.w.t selalu melihatku,kerana itulah aku merasa malu bila Dia melihatku sedang dalam maksiat.Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku,kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah Azza wa jalla."

No comments:

Post a Comment