Sunday, October 30, 2011

MAIN GAME

Ummi! nak main game..ujar anakku yang kedua.

Mmmmm boleh! jawabku, tapi kena basuh kasut sekolah dulu."
"Alaaa....okaylah....dia bergegas membasuh kasut sekolahnya.

"dah Ummi....boleh main game?"tanya dia lagi.
"Belum, ziyad, zali belum basuh lagi...biar diaorang basuh kasut sekolah dulu semuanya, baru ummi bagi." itu sahaja caranya supaya mereka belajar menguruskan barang keperluan mereka sendiri. Aku tahu anak-anak aku ni kalau bab main game sanggup lakukan apa saja. Tapi aku taklah mendera. Cuma minta mereka buat apa yang sepatutnya mereka perlu buat.

"Ummi! dah siap..." ujar zikry.

Dah powder? tanyaku

"dah!" Jawab Ziyad.

"DAh jemur?" Tanyaku lagi. Aku tak berapa sihat sebenarnya. DAh dua hari demam batuk, sakit kepala, selsema...kifarat sekali dalam setahun..biasalah. Allah nak bersihkan dosa2 kecil.

"Dah! jawab Zikry.

"Ok lah..Zikry tanpa disuruh terus on kan komputer riba aku...tunggu aku taipkan katakunci. Aku memang letak kata kunci untuk mengawal penggunaan mereka. Kalau aku tak buat begitu laju saja mereka main game tanpa kebenaranku.

Maka selepas dibuka...empat beradik tu bermain komputer game sampai lupa makan...aku pulak kena bagi ayat ugut kalau tak makan ummi tak bagi main...mereka memeng akan menurut perintah aku. Maklum baru sehari ni aku benarkan mereka bermain dgn komputer game. sebelum ni aku tak bagi sebab mereka belum habis peperiksaan.

Hari kedua...
sebelah malam...
"Ummi! nak main game boleh?" tanya Zikry.
"boleh" jawabku.
Tapi dengan syarat, bersihkan dulu bilik air kat bilik Zikry tu...Ummi tengok kotor sangat, dengan sampah, dengan pewarna...macam sarang tikus dah." Itulah syarat ku ...mana boleh nak upah tanpa kerja kan? aku senyum jer...Batuk masih belum hilang. Sambil minum air madu yang dicampur dengan biji Habbatussauda'...tengkuk terasa lega, badan pun rasa bertenaga sedikit. Aku juga buatkan untuk ZIyad dan Zikry..sebab mereka pun batuk juga. Berjangkit lah ni. Dari mana mereka amik batuk ni aku pun tak tahu. Di sekolah mereka la kut. Lagipun sekarang ni musim penyakit dengan cuaca panas lembab kuman mudah membiak.

"Alaaa asyik Zikry je yang buat..Ziyad tak buat pun." Anak keduaku mengeluh. Doa yang memang rajin dari yang lain.

"Tak , biar Ziyad yang buat...Ummi nak Ziyad yang bersihkan bilik air tu dengan Ghazali". KAtaku. KAlau Ziyad dan Ghazali tak buat ummi tak akan beri kebenaran untuk main komputer game. " Balasku.

"Ziyad!!! pergilah cuci tandas, kalau kau tak cuci ummi tak bagi main game" Zikry menjerit kepada Ziyad.

"Ummi! kalau dan cuci ummi bagi main game ek? tanya Ghazali.
"Iya, tapi esok pagi..malam ni kena tidur". Okey?

"Okaylah," Aku bersandar diruang tamu , badan masih terasa lemah bila batuk nih. Sambil mata menonton tv. Ceita hindi. Kisah masyarakat  yang sangat menarik. Kisah dimana satu kawasan yang diduduki oleh kaum yang menganut tiga ugama utama, islam, hindu dan Sikh. Sering berlaku pergaduhan sesama mereka. Dalam satu keluarga ada yang bercampur agamanya. si mak beragama islam, si ayah beragama hindu. pening jugak orang india ni. Pelakon utamanya anak Amitabh Bhacchan...sapa nama tu...lupa pulak. tinggi lampai macam ayah dia. ooo ya..Abisyek Bacchan. Dia menjadi hero penyelamat dalam filem..untuk mengentikan perbalahan diantara agama di kawasan pak cik dia tinggal. Dia baru datang dari Amerika  dibesarkan di Amerika...dan jatuh cinta dengan saudaranya yang beragama hindu. Dia pula beragama islam. hmmmm. Aku suka belajar bahasa Hindi dari filem..senang nak ingat. Aku suka belajar bahasa. Hobi sampingan.

"Ummi! dan bersih dah!" Tiba-tiba Zikry datang beritahu.

"Iya? tak apalah nanti ummi check, kalau ummi puas hati, ummi akan beri kebenaran main game tu, kalau tak...kena bersihkan lagi." Ujarku.

"Iya , dah bersih Ummi, sampah semua dah buang" Ghazali pula menyampuk. Aku tersenyum. Gelihati juga melihat telatah anak-anak.Mereka selalu menghiburkan hati aku. Bagaimana mungkin aku mampu untuk berpisah dengan mereka yang sentiasa hampir dengan aku. Tapi aku jadi hairan juga, bila orang yang jarang ada masa bersama dengan anak2, sehingga anak2 tak merasa kasih sayang ....nak pisahkan aku dari anak-anak aku. Hmmm Entahlah... memberi tidak tapi mahu menerima...adil ke? Kasih sayang...semakin menghilang.

Anak-anakku tidur dibilik mereka...bilik utama yang sepatutnya menjadi bilik ku dan suami aku letakkan katil untuk anak berserta meja tulis mereka...memang muat dengan 4 orang. cukup2 ruang untuk mereka. Aku gembira dapat gembirakan anak-anak. Selalunya kalau pergi shopping pun keperluan mereka dulu yan gaku fikir...apa yang mereka suka makan, pakai...seringkali aku lupa keperluan diri. memang rezeki anak2. Apa yang aku makan..itulah rezeki untuk aku. yang lain tu untuk keluarga. Hidup ini bukanlah lama sangat. Smentara menunggu masa dijemput saja untuk kembali.

Matlamat dan target aku sekarang ialah untuk mengumpulkan duit untuk menunaikan haji dan umrah. Ada tempat lain yang aku nak pergi...kalau ada rezeki aku nak pergi lagi ke Medan..aku nak cari semula syiling yang bertulis kalimah Saidina Ali dan kalimah Muhammad yang dijual oleh seorang pemuda semasa rombongan lawatan sambil belajar yang aku ikuti singgah di hotel di Brastagi. Walaupun dah 13 tahun berlalu semua tu terbayang di ruang minda aku. Dan satu tempat lagi aku nak pergi ke surabaya..tempat masjid Agung Demak...Masjid yang dibina wali songo...terasa bagai mereka menggamit aku untuk kesana...menziarahi pusara mereka...nenek moyang ku. Mungkin disana aku bertemu jawapan siapakah diantara para wali songo itu yang menjadi asas nasab keturunanku sebelah ibuku. Aku ingin mencari kepastian. Aku dah buat kajian, tapi belum bertemu jawapan yang memuaskan hati. Aku nak tahu juga...Siapa di antara mereka yang menjadi moyang ku. Perkara ini selalu bermain di kepala aku dan aku tak akan puas hati selagi tak dapat mencari jawapan yang sebenar.

Terasa bagai dipanggil kesana...Allahu Akbar. Rindu...rindu sangat ...rindu yang terlalu sukar untuk ditafsirkan. Walau oleh aku sendiri. Hanya Allah yang Maha memahami perasaan yang aku alami. Bila teringat pasti air mataku akan mengalir...Allaaaaaahhhhhhhh...... Apakah ertinya semua ini ya Allah.

Malam terus menyepi. Aku masih bersendirian. Anak-anak semuanya telah pun tidur. Aku menitip patah-patah perkataan membalas chat kawan 2 yang berasal dari kelantan. Kami ada group sendiri. Seronok bila bercakap dengan loghat sendiri dalam tulisan...kadang ada tak faham. ha ha. Tulisan tak sama dengan bercakap. Gelak pun ditulis...haha ha....tanpa suara. hanya ketawa sendiri...teman ku dikala sunyi. mataku mula berat...akhirnya terlena...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

No comments:

Post a Comment