Friday, January 27, 2012

Benarkah erti mimpiku?

Mimpi aneh ini berlaku sebelum buka sekolah tahun baru 2012...aku bermimpi aku ambil kembali harta pusaka peninggalan moyang..cop mohor moyang keturunan ku yg aku buang selepas ayah menninggal. mimpi ini berlaku sebelum cuti sekolah bulan november 2011. kemudian aku bermimpi lagi...bermain2 dengan seorang anak kecil...juga sebelum cuti sekolah...kemudian aku mimpi lagi...menyusukan bayi yg bukan bayiku...sangat montel, putih bersih kulitnya...ganteng skali..kali ini setelah aku pulang kekampung semasa cuti hujung tahun. sebelum aku membawa ibuku berjalan ke rumah mak saudaraku di pondok al-Hidayah  batu 13 Machang.

Aku tertanya2 sendiri apakah maksudnya. memang aku sedang mengandngkan anak kelima sekarang ini..sudah lima bulan setengah ....tapi rasa mcam dah 7 bulan. letih semacam,..maklum usia bukan muda lagi.

Aku mencari dalam internet maksud mimpiku...bertanya pada sesiapa yg boleh menafsirkan mimpiku...apakah ia ada kaitan dengan keturunanku...

Seorang teman yg dikurniakan kelebihan ilmu disisi Allah telah memberitahuku...bahawa ada yg berminat utk mengasuh anakkku...mereka yang dari alam sana...mereka yang ada kaitan dengan moyang keturunanku...ntahlah..benarkah????mestikah aku percaya????

Memang pernah aku terdetik sebelum  ini kalau mereka yang dari alam sana nak ambil anakkku ini aku tak kisah...masa tu aku rasa sangat kecewa dengan sikap insan yang sepatutnya bertanggung jawab ke atasku dan anak yang ku kandung ini. katanya2 melukakan hatiku sehingga dalam hatiku terdetik perasaan seperti itu. entahlah.

Usia kandunganku semakin bertambah...aku amat terasa...bahwa apa yg aku fikirkan itu akan berlaku...dan terlintas di fikiranku..saat ianya 7 bulan...ia akan berlaku. naluri hatiku berkata begitu.. benarkah????aku tertanya2 diriku sendiri.

Banyak hal kehiduanku berkait rapat dengan no 7...tambahan aku ini yg ke 7 dalam keluargaku...lahor juga tanggal 7 haribulan....dan banyak lagi....keturunan ke 7 ...mungkinkah...hmmmmm entahlah.

kehidupan ini amat pelik aku rasakan. antara realiti dan fantasi....aku tersangkut ditengah2....dan kalau ianya berlaku sebenarnya..dapatkah suami ku menerima hakikat ini?????

mahu atau tidak dia harus terima. kalau ini sudah takdirnya. Saat dia sudah mulai berubah...dia kehilangan. Sabarkah dia untuk menghadapi semua ini????

Aku nyatannya sudah berserah 100% apa pun yang akan berlaku. Segalanya adalah mengikut perancangan Allah..maka aku tidak pernah gusar apa pun yg akan berlaku..pasti ada hikmah disebalik segalanya. itu keyakinan yang aku pegang.

Kalau benar..pasti ada hikmah disebaliknya.Aku sudah biasa dengan peritiwa anih yang berlaku dalam kehidupanku sepanjang 40 tahun ini. Dan sekarang aku sudah mengerti kenapa hal  ini terjadi. Maka kalau ianya berlaku sekali lagi aku sudah dapat menerimanya hakikat kehidupan ku ini.

No comments:

Post a Comment