Sunday, January 15, 2012

Rahsia sekeping hati...Qalbina

"Abang!!! bangunlah...subuh dah nak luput." Qalbina mengejutkan suaminya dari tidur tak tahu kali yang ke berapa. Memang itu tabiat suaminya. Susah sangat nak banggun. Dah jadi tabiat suka tangguh bangun dari tidur , walhal kunci jam sampai dua tiga. Kadang-kadang rasa geram timbul mendengarkan bunyi jam yang menjerit, tapi tuan punya jam tidak bangun juga selagitidak dengar suaranya.

"Abang!!! dah tua-tua pun susah nak bangun, macamana nak didik anak macam ni?" Qalbina mengomel.

Azhar menggeliat beberapa kali. Malas rasanya dia nak bangun. Dia tahu isterinya tak suka dengan tabiatnya yang suka bangun lambat untuk menunaikan solat subuh, tapi itulah tabiat yang payah dia nak ubah. Godaan syaitan lebih menguasai hatinya. bila sudah diakhir waktu baru dia terhegeh-hegeh ke tandas ambil wudhuk. Selesai menunaikan solat Subuh dia terus membuka netbooknya. Itulah hobinya yang isterinya tidak faham. Dan dia tahu, dia tak sepatutunya bersikap seperti itu. sepatutnya dia menolong isterinya yang sedang sarat mengandung. Malas masih menguasai dirinya, sudah terbiasa dengan keadaan semasa bersama dengan ibunya , ibunya akan menyiapkan sehgalanya, dia cuma makan minum tidur kemudian keluar rumah jumpa kawan.

Bukan Azhar tidak kesian dengan Qalbina. Entahlah, sukar benar dia nak ubah tabiat keanak-anakannya. Walhal dia tahu kerana sikapnya itulah yang hampir membawa kepada perceraiannya dengan Qalbina. Kerana sikapnya itu jugalah membuatkan Qalbina mendekati lelaki lain yang membuat dia seperti terkena kejutan eletrik. Tersentak tidak menyangka Qabina akan bertindak sebegitu rupa. Dia sangkakan diam Qalbina selama ini diam yang tidak kisah, tidak sangka rupanya dalam hatinya menyimpan seribu sejuta duka bencikan Azhar suaminya. Azhar tidak dapat meneriam kenyataan isterinya minta cerai.. Selama i ni dia memang banyak bergantung hidup dengan Qalbina. rumah, kenderaan dan macam-macam lagi Qlabina yang uruskan. Dia seperti hanya menumpang tetapi kerana egonya dia tidak sedar kekurangannya.

"AHHH!!!!...Azhar mendengus sendiri teringatkan peristiwa pahit itu. Dia tidak merayu kepada Qalbina jangan tinggalkan dia. Dia sedar dia dah silap dan sanggup berubah. Dia banyak abaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada anak-anaknya terutama dalam soal mendidik anak-anak. Dia bagaikan lepas tangan kepada Qalbina. Dan dia hidup seperti orang bujang. Dia hidup dalam dirinya sendiri tanpa begitu menghiraukan hal isteri dan anak-anak. Dia tidak ingat bila saat terakhir dia memberi nafkah kepada Qalbina. Selama ini Qalbina menanggung hidupnya sendiri. Dan dia buat tak tahu sahaja. Buat tidak kisah. Kerana dia tahu kalau dia tidak bagi nafkah pun Qalbina boleh sara hidup sendiri kerana gaji Qalbina lebih besar dari gajinya. Itu semua membuatkan dia lupa tanggungjawabnya sebagai suami wajib memberi nafkah kepada isteri walaupun isterinya bekerja.

"AllahuAkbar!!!...Azhar mengeluh lagi memikirkan kesilapannya dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami kepada Qalbina.

"Ina !MaafKan abang...abang leka selama ini." Azhar berbisik kepada dirinya sendiri di atas tikar sejadah. Lama dia termenung diatas tikar sejadah memikirkan kesilapannya sebagai suami. Dia sedar walaupun Qalbina sudah memaafkan kesalahannya tapi dia tetap merasakan hati Qalbina masih kosong untuk dia. Setiap kali dia memegang tangan Qalbina dia tidak merasa ada tautan hati antara dia dan Qalbina. Walaupun Qalbina melayan kehendaknya tapi segalanya berlalu dengan tawar. Tiada manis seperti dulu. Entah bila hati Qalbina akan terbuka kembali untuk menyintai dia. Dia tidak tahu tapi dia akan tetap menunggu saat itu walau sepuluh tahun sekalipun. Dia tidak akan mencari pengganti Qalbina walaupun itu yang dipohon oleh Qalbina.

"Apa sarapan pagi ni? Azhar mendekati Qalbina.
"Nasi goreng" JAwab Qalbina ringkas. Tangannya mencedok nasi goreng di dalam kuali. Kemudiannya membawanya ke meja makan.
"Tolong ambil pinggan," Qalbina bersuara.

Azhar mencapai beberapa buah pinggan dan membawa ke ruang makan. Dia mencedok nasi goreng untu dirinya kemudian duduk mengadap kaca televison. Anak-anak belum bangun dari tidur. Maklum sahaja hari minggu.

"Abang! Ina ada nak cakap sikit ni." Qalbina bersuara
"Apa dia?"Tanya Azhar
"Semasa Ina pergi check kandungan baru ni, doktor kata kandungan Ina agak bahaya sebab uri terletak kat bawah . Biaasanya kalau uri kat bawah, masuk tujuh bulan doktor akan tahan dihospital." Luah Qalbina.
"Apa??? kena tahan?? susah la macam ni. kalut abangnak pergi kerja pagi-pagi nih. Siapa nak hantar si kecik ke tadika nanti? Azhar bersuara.

Qalbina tersentak dengan jawapan Azhar. Sepatutnya dia memahami keadaanya yang sedang sarat. Sepatutnya dia berfikirlah macamana nak selesaikan masalah.

"Lama tu, tujuh bulan dah masuk wad, tiga  bulan...isyyy susah nih" keluh Azhar.
"Abang! kalau Ina tak duduk di hospital.bahaya kepada Ina dan anak kita. Mungkin akan berlaku tumpah darah. Kalau lambat bertindak, mungkin Ina akan mati. Kalau dah tumpah darah, doktor kata kalau tak selamatkan dalam masa sepuluh minit darah  tidak ditambah, Ina akan pergi buat selama-lamanya." Ina bersuara dengan suara yang perlahan.

"Ajal maut di tangan Tuhan, bukan ditangan doktor," selamba Azhar bersuara.
Qalbina terdiam.
"Kalau terjadi apa-apa pada Ina, Ina minta maaf segala salah dan silap Ina, halalkan makan minum Ina." Qalbina bersuara dengan serak. Hatinya sebak mendengar jawapan suaminya yangseolah lansung tidak perihatin dan menunjukkan sikap ambil berat terhadapnya. Dimanakah tanda kasih sayang Azhar kepadanya.

Qalbina berlalu menuju ke biliknya. Airmatanya menitis membasahi pipi. Dia menahan perasaan. Sikap suaminya tulah yang melukakan hatinya selama ini. Sikap suaminya itulah yang telah membunuh rasa cinta dihatinya kepada suaminya. Dia minta dipisahkan, dia minta suaminya mencari perempuan lain kerana dia tidak sanggup lagi menahan kepedihan jiwanya. tapi suami tidak mahu menceraikannya, dan sekarang dia mengandung. Dan kandungannya pula bermasalah. Mungkin maut adalah jalan terbaik untuk dia. Mungkin setelah dia tiada suaminya akan insaf dalam erti kata sebenarnya. Dia mengesat airmatanya. Dia bewudhuk dan menunaikan soat sunat dhuha memohon agar dikuatkan semangatnya untuk menempuh ujian yang akan diharunginya nanti. Dia berserah sepenuhnya kepada Allah. Dia tahu dan yakin, Allah sudah sediakan perancangan yang terbaik untuk dia. Dia pasrah kepada Qadha dan Qadar Allah.

No comments:

Post a Comment