Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDURRASUL 1433H

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKTUH.
Sedar tak sedar kita dah pun memasuki 1433H ...kalau dikira dari kelahiran Rasulullah saw 1433 ditambah dengan usia RAsulullah diMekah 13 tahun ditambah usia baginda saw sebelum menjadi Nabi dan RAsul 40 tahun..maka jadilah 1486tahun usia baginda saw.

jarak usia yang jauh itu dengan masa kita kini tidak sama sekali menjauhkan kita daripada baginda saw. Bahkan baginda saw sentiasa dekat dihati insan yang beriman dan sentiasa berselawat ke atas Rasulullah saw. Bahkan Rasulullah saw pernah bersabda mengatakan bahawa saudaranya ialah mereka yg tidak hidup sezaman dengan Baginda saw tetapi mengingati BAginda saw dan beramal dengan sunnah baginda saw...sentiasa rindu kepada BAginda saw.

Betapa amat menngerunkan kita juga seandainya kita  mengenangkan kembali kata2 BAginda saw...jarakku dengan kiamat hanyalah seperti dekatnya jarak antara jari telunjuk dan dan jari hantu...Allahu Akbar. maknanya sekarang ini jarak zaman kita dengan kiamat terrrrramat lagi dekatnya.


Hendaknya kita membuar persiapan utk kesana. Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihiwasallam. Jagalah solat kita, puasa kita...kerana kedua ibadat ini akan menyelamatkan kita disaat berlakunya pekikan yangamat kuat dari langit seperti yng digambarkan oleh Rasulullah saw yang akan berlaku pada 15 Ramadhan pada hari jumaat. bagi orang -orang yang sujud dan berpuasa mereka tidak akan terkesan oleh pekikan itu. Bagaimana halnya orang yan tidak pernah sujud kepada Allah dan orang2 yang sujudnya jarang-jarang...disaat itu mereka tidak mampu sujud kerana hal sujud ini hanya dapat dilakukan oleh mereka yg sudah biasa sujud kepada Allah swt. mereka ini akan terkena penyakit kulit, menjadi buta dan pekak. Betapa dahsyatnya peristiwa ini. Maka marilah kita sentiasa bersujud kepada Allah swt menunaikan solat lima waktu dan solat2 sunat lebih2 lagi solat tahajjud...berqiamullail.

Orang-orang yang berpuasa kuantiiti sel darah putih akan meningkat yang mana sel darah putih ini merupakan antibodi yang paling kuat untuk tubuh manusia. Maka dengan sebab itu mereka yang berpuasa akan terselamat dari terkena penyakit kulit disaat pekikan yang amat dahsyat itu berlaku. Betapa Allah swt amat sayangkan kita hambanya yang beriman maka saat berlaku pekikan dahsyat itu dipilih pada bulan RAMADHAN disaat umat Islam menjalani ibadah puasa. Subhanallah. Kasihnya ALlah kepada hambanya yng memilih ISlam sebagai agamanya.

MArilah sama-sama kita mengambil iktibar dari hadis2 Rasulullah saw...agar kita tidak terlalai dari menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNYA , sebagai bekal persediaan untuk dibawa ke alam akhirat.

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam taufik dan hidayahNYA. amin ya Rahman YA Rahim Ya ZAl jalali wal Ikram.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment