Saturday, February 11, 2012

Ujian Allah

Bismilahirrahmanirahim,
Betapa kehidupan kita sehari2 tidak pernah sunyi dari ujian Allah swt. kerana itu memang sudah fitrahnya Kita memang akan diuji..keimanan kita sebagai hambanya. bagaimana keimanan kita kepada qadha dan qadar. Seandainya kita mempau menghadapi ujian dengan sabar dan tenang serta bertawakkal kepadanya ALhamdulillah kita akan diberikan kebhagiaan di dunia dan di akhirat. Tapi sebalikny andai kita menolak takdir Allah maka balasannya seksaan pula kerana disebalik ujian itu kita diberikan nikma yang tak terhitung.

Saat  ini aku mengandungkan anak ke lima. Tidak seperti sebelumnya...aku menghadapi ujian lebih mengandungkan anak yang ini. Urinya dibwah..aku tak boleh buat kerja berat,bawa barang berat sikit pun tak boleh...mesti sakit terasa di bahagian bawah abdomenku. anak dalam kandungan pula sangat aktif. selalu saja menggeliat. terpaksa aku jalan perlahan-lahan. Kalau tidak memang guna gear lima je...so sekarang ni terpaksa guna gear 3 bila berjalan...cam siput...AllahuAkbar. Allah nak aku rehat agaknya.

Sejak dua malam yg lalu tidur ku tak berapa lena...perut terasa sakit macam dah 9 bulan walhal baru 6 bulan. kadang aku tak boleh tidur lansung. mata jadi tak mengantuk sampai pagi. letihnya bila nak pergi bekerja. sebab tak cukup tidur. kerja disekolah pula menimbun. Dengan sambutan Maulidurrasul saw..aku yangjadi setiausahanya...dan temanku...kesian pula dia...

Allah menguji dia dengan keadaan suaminya. Terlantar dihospital sekarang ni kerana sakit dalam usus. dan temanku seorang lagi diuji dengan kematian ibunya...Allahu Akbar.

Siapalah kita untuk melawan perancangan Allah. Dia telah mengatur ini semua sejak azali lagi. sebagai hambaNYA maka wajiblah kita menerima segala ketentuanNYA dengan redha.

Saat perutku terasa begitu sakit yang aku ingat hanya mati, Telefon mama pukul 3 pagi mohon kemaafan dan halalkan segala makan minum...wasiatkan kpd suami...jaga solat dan mengaji anak. yang lain aku rasa tak perlu sangat pesan...pandai2 lah mengurus kalau aku tiada bab makan minum pakai sebab yg itu henya keharusan hidup di dunia. bab solat dan mengaji quran itu amalan utk akhirat. aku pesan kerana suami ku agak leka dalam mentarbiah anak. Aku bimbang setelah aku tiada solat anak2ku terabai...pengaian Al-Quran juga diabaikan...pastinya ku akan menangis di alam sana...dan aku tidak redha itu semua berlaku ...

Ya  Allah..ku mohon teguhkan keimanan anak2ku dan terjaga solat mereka dan pengajian Al-Quran mereka...itulah kelak yang akan menenangkan dan menggembirakan aku di alam barzakh sana. Doa dari anak2 yang soleh.

Mereka masih kecil ..kalau tiada bimbingan dan disuruh pastinya akan terlena dibuai cerita2 dalam televison. Na3zubillah min zalik. Inilah yg aku sangat risau kerana dia tidak menitik beratkan teguran utk solat dan mengaji quran anak2. Semoga ALlah akan memberinya hidayah andainya aku pergi mengadap Ilahi terlbih dahulu..

Ya ALlah ku mohon keampunan atas segala dosa dan kelemahanku. Terimalah taubatku dan teguhkan imanku. MAsukkan aku kedalam golongan hamba2mu yg soleh. jauhkan aku dari azab seksaan kubur dan di padang mahsyar..Masukkan aku ke dalam syurga FirdausMU ya Rahman ya Rahim. Bangkitkan aku dekat dengan baginda Nabi Muhammad saw. Aku rindu untuk bersama dia. Selawat dan salam atas baginda saw, para ahli keluarganya, sahabatnya. Amin ya Rabbal 3alamin

No comments:

Post a Comment