Friday, May 18, 2012

Confuse

BismillahiRrahmaniRRahim,
Aku masih lagi belum call Hospital Umra..tempat aku selalu pegi check pregnancy...tak tahu nak buat keputusan..sama ada nak bersalin secara pembedahan atau secara biasa...entahlah...kebingungan. dua2 pun rasa gerun...kalau operate tak pernah rasa sebelum ni sebab empat anak bersalin secara normal.

Masih terbayang setiap saat aku melahirkan setiap darinya. Lebih2 lagi anak ke tiga yg beratnya 4.4 kg. Aku rasa macam nak tercabut nyawa. Yang ke lima ni pun agak berat juga..sekarang ni minggu ke 38 berat dah lebih 3.67 kg. adeiihhhh.....gerunnya. tetapi itulah hakikat hidup seorang perempuan. Fitrah yang tak dapat dielakkan...sudah ketentuan Allah perlu melalui sukarnya menghadapi saat melahirkan sorang anak...

Dengan masalah kewangan yg ku hadapi...aku tak boleh bergantung harap kepada suami...entahlah. kereta pula rosak...banyak sudah aku belanjakan untuk persediaan melahirkan anak kelima ini...kerana dah 6 tahun tak melahirkan...banyak barang2 baru perlu diberi. keperrluan saja dan seribu lebih...kalau nak operate aku rasa 3 ribu lebih kosnya...kalau biasa RM1300 lebih kurang...kalau bersalin di hosppital kerajaan may be kurang lah kosnya...tapi aku dah fobia bersalin kat hospital kerajaan. MAsa bersalin anak pertama dulu...terbayang sehingga kini..maka anak kedua ketiga keempat..aku bersalin di An-Nisaa' di Kota Bharu.

Badan dah rasa tak larat nak membawa kandungan...rasa macam  nak operate jer...tapi rasa takut pulak menyerang terbayang bilik bedah ...terbayang kena injection...hu hu....Entahlah...masih kebingungan.MAsih belum tahu nak buat keputusan..darah pula masih rendah...hanya 8.3g sahaja. Aku harap dan doakan...agar darahku bertambah sebelum aku bersalin...

Ya Allah tolong aku untuk buat keputusan...berikan aku kekuatan untuk menhadapi ujian getir ini. Aku tidak punya kekuatan untuk membuat keputusan..berikan aku petunjuk...jalan mana harus aku pilih... AKu perlukan pertolongan MU disaat -saat genting seperti ini. Tolonglah hambaMu ini ya RAHMAN YA RAHIM..amin Ya Rabbal A'lamin.

No comments:

Post a Comment