42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman
Disember 8, 2009
42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)
untuk renungan kita bersama. Insya’allah dengan berkat keinsafan kita,
dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia
membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa
1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMANErtinya:
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah
r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu
nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika
mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah
nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu
baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa
kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang
meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang
umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.
Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para
khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui
kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah
sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang
baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah
itu adalah sesat.”
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Keterangan
Hadis diatas
mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah
saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang
penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang
sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka
hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh
Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa
kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah
Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Kedua: Mentaati perintah pihak yang
menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri
daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan
sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh
kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al
Quran dan Hadis Nabi saw.
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah
Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar,
0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk
daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli
sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang
mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah
mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid’ah
dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama
Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh
dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara
yang baru itu dikatakan bid’ah menurut pengertian syarak (bukan bid’ah
dholalah) tetapi hanya dinamakan bid’ah menurut pengertian loghat atau
bahasa sahaja (jaitulab bid’ah hasanah).
2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHANErtinya:
Daripada Ummul Mu’minin , Zainab binti
Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata,” (Pada suatu hari)
Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil
bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari
kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini
telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan Baginda
menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang
dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy)
lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan
dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?” Lalu Nabi saw.
bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”.
H.R. Bukhari Muslimi
H.R. Bukhari Muslimi
Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila
di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan,
kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang
berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi
orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing
pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah
dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan
secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah
seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab
secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka,
dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah
kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa
yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan
maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya
bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah
bahasa Arab.
Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah
dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat
kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka
ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi
dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah
hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi
akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu
kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah
terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.
3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAMErtinya:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah
saw. bersabda; “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun
seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang
hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang
sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi
saw. menjawab, “Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu
umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap
kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam
hati kamu penyakit ‘wahan”‘.
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.
H.R. Abu Daud
H.R. Abu Daud
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh
Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan
kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun
mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk
dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan
bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh
dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza
agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum
Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri,
iaitu dari penyakit ‘wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua
unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia”
dan ‘ttakut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. “Cinta
dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta
di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan
kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri
akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa
dalam memperjuangkan agarna Allah swt.
Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
4. ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANGKitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a.
berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt.
tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari
(dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan
mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang
ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka
apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu
pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
H.R. Muslim
H.R. Muslim
Keterangan
Sekarang ini alim-ulama sudah
berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa
Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak
tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang
payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan
kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan
di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan
nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan
makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka
apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat
gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh
Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit
dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat
perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan
pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih
keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari
ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk
menyelesaikannya.
5. GOLONGAN ANTI HADITHErtinya:
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a.
berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Hampir tiba suatu masa
di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya,
lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia
berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja.
Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia
haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya,
“Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya
dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.”
H.R. Abu Daud
H.R. Abu Daud
Keterangan
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis
ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum
yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada alQuran sahaja.
Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat
rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama
Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani
al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. AI-Quran banyak
menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah
yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak
ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh
kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran
sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.
6. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANGErtinya:
Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a.
berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada
golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah
suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”.
H.R. Bukhari
H.R. Bukhari
Keterangan
Allah swt. telah menjadikan umat Islam
ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan
memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi
generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan
mukminin dipermukaan bumi ini.
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.
Walaupun di hari ini ada di kalangan umat
Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada
golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan
memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah
hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak
tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syi’ar-syi’ar Islam diinjak-injak
di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi’ar-syi’ar Islam masih
lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan
diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung
dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari
permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh
Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua
orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang
beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat
atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat
7. ISLAM KEMBALI DAGANGErtinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang
(asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang
yang asing”.
H.R. Muslim
H.R. Muslim
Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan
keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan
pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah
itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua
pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil
dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri.
Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat
orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan
tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang
sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu
yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian
masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk
menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang
wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda
ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang
salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir
zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih
dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan
marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam
8. BAHAYA KEMEWAHANErtinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,
“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid.
Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya
kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala
Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air
mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu
(kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib
Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang
terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).
Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada
suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di
waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu
hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi
(menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka
jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik
daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah
ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda,
“Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu
di hari itu”.
H.R. Termizi
H.R. Termizi
Keterangan
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw.
menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan
dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti.
Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan
dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita
juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau
semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi
kita Muhammad saw. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah
lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup banyak menghalang
seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang
berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi
keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan
kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan
ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada,
selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk
menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah
lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh
Rasulullah saw., “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu
jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah
ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”.
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap
kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari
dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah
ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu
sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa
daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang
penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu
digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia
pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk
menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka
bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak
adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia
menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
9. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDIErtinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya
Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum
Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di
sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai
orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan
bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri),
kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab
itulah ia melindunginya)”.
H.R. Bukhari Muslim
H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Hadis ini memberikan harapan yang sangat
besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam
memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang
dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam,
namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat
Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang
ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh
makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun
akan memberi penolongan kepada mereka
10. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKITErtinya:
Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a.
katanya, “Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis
(mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat
sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu
bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang
tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu
mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan
as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang
hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, “Seseorang itu tidur sekali
tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian
tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia
tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka
tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari
bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi
seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian
mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada
apa-apa”. Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil
sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.
“Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.”
“Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.”
“Maka sesungguhnya telah sampai masanya
saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya
hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka
agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah
yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani
atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya
kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang
yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk
mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka
saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan
dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”.
H.R. Bukhari Muslim
H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah
akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin,
sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk
menjaga amanat pun telah khianat pula.
Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.
Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.
.
11. ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK
Ertinya:
11. ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK
Ertinya:
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku
mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan berlaku hari qiamat
sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan
hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi
panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan
orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan
orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”.
H.R. Thabrani
H.R. Thabrani
Keterangan
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.
12. DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANGDi antara tanda-tanda qiamat ialah:
Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah saw. bersabda, “Selagi akan datang suatu masa di mana orang
yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia
lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan
dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah
terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai
kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka
apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari
menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai
isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati
kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi,
maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum
kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak
jirannya”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud
perkataan engkau itu ?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya,
atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi
saw. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan
kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan
kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan
yang akan menghancurkan dirinya”.
H.R. Baihaqi
H.R. Baihaqi
Keterangan
Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini.
Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama
tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur
kema’siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga
ataupun jiran mereka.
13. DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKAErtinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni
Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa)
yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk
memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,
berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala
mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang
senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan
dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah
tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.
H.R. Muslim
H.R. Muslim
Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini
dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada
golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat,
bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya,
kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik
kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun
boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain
sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan
pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan
mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan
badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk
ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun
semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun
sebelum sampai kepadanya.
.
14. ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Ertinya:
14. ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,
bersabda Rasulullah saw, “Akan datang suatu zaman seseorang tidak
memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang
halal atau pun haram”.
H.R. Muslim
H.R. Muslim
Keterangan
Di zaman sekarang ini merupakan zaman
ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai
dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak
mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya
harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber
yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya
untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri
atau anak-anak mereka.
15. HARTA RIBA’ WUJUD DI MERATA TEMPATErtinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah saw. bersabda, “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga
pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak
memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.
H.R. Ibnu Majah
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.
16. ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMARHadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.
Ertinya:
Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a.
bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya ada
sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya
dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi
muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke
dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi
kera atau babi”.
H.R. Ibnu Majah
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Maksudnya, akan ada di kalangan orang
Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum
itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan
badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu
nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi
sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara’.
Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.
Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.
Rasulullah saw. menerangkan bahawa
golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah
kepada bentuk kera atau babi.
Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi
saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di
dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan
ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera
dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai
perangai dan cara hidup kera dan babi.
17. SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUANErtinya:
Daripada Anas r.a. berkata, “Akan aku
ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan
menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Di
antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku
banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga
nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan.”
H.R. Bukhari Muslim
H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Nabi kita saw. menerangkan, bahawa
diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak
kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum
perempuan.
Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.
Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.
Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan
perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan
yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum
lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan
yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari
kalangan lelaki.
18. HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGITErtinya:
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam
sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada
RasululIah saw., “Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”. Lalu
Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada
orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu cuba
khabarkan kepada ku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab, “Bahawa
hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa
kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala
kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan”.
H.R. Muslim
H.R. Muslim
Keterangan
Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba
melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang
kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini
adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri.
Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah
merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba
menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik,
di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan
baik.
Tanda kedua pula bilamana orang yang
tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli
kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi
yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang
mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir
zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu
kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah
dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.
19. UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANIErtinya:
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata,
Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak
langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi
sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan
mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan
Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau
bukan mereka”.
H.R. Muslim
H.R. Muslim
Keterangan
Umat Islam akan mengikut jejak langkah
ataupun “carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam
urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya,
jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan
sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.
Zaman sekarang ini kita dapat melihat
kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan
pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi
dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang
telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula
orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.
20. PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULUYa Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.
Ertinya:
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku
mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa
penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat
bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw.
menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2)
terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu
dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut
menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.
H.R. Hakim
H.R. Hakim
Keterangan
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh
Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin
di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar
dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani
yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka
terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk
memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya
mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat
itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan,
khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
21. AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQMarilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda
Rasulullah saw., “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil
dan ulama yang fasiq”.
H.R. Ibnu Ady
H.R. Ibnu Ady
Keterangan
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman
nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat
dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha
sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia
menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang
berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin
berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak
diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin
mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka
ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di
pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si Alim yang
sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan
mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan
kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak
berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti.
Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.
Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat
di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang
yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri
daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
22. ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA APIErtinya:
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
H.R. Tirmizi
Keterangan
Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang
sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran
agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat
hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari
genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak
membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada
disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara
yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang
menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam
melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan
23. GOLONGAN RUWAIBIDHAHErtinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah saw. bersabda. “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun
yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta
dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat
akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan
pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan
“Ruwaibidhah”". Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai
Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina
dan tidak mengerti urusan orang ramai”.
H.R. Ibnu Majah
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman
ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran.
Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq
akan disanjung dan dibesar-besarkan.
Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
24. PEPERANGAN DEMI PEPERANGANOrang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya
Rasulullah saw. bersabda, “Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga
melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan
banyak berlaku ‘al-Harj’”. Sahabat bertanya, “Apakah al-Hajr itu hai
Rasulallah”? Nabi saw. menjawab, “Peperangan demi peperangan demi
peperangan”.
H.R. Ibnu Majah
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Realiti dunia hari ini membuktikan
kebenaan sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah.
Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur
sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana
itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam
membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana
masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang
mengakibatberlakunya peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa
peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat
menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari.
Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya
teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk
kepada etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan
teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan
kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus
sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai
kemanusian itu sendiri.
Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.
25. MASA AKAN MENJADI SINGKATNampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.
Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata:
Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa
menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan
dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan
sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu
petikan api”.
H.R.Termizi
H.R.Termizi
Keterangan
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum
sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga
banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk,
tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia
berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang
dimaksudkan dengan singkatnya masa.
Menurut Irnam al-Karmani, yang
dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan
daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu,
dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita
laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit
perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda
hampirnya qiamat.
26. MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMIErtinya:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada
suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu
adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa
oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat
berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu
Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan
yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.
H.R.Baihaqi
H.R.Baihaqi
Keterangan
Tepat sekali apa yang telah disabdakan
oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia
Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol
dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah
orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas
di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari
qiamat.
27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBURErtinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Bersabda Rasulullah saw.; “Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah
Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri
sungai-sungai”.
H.R.Muslim
H.R.Muslim
Keterangan
Sekarang kita telab mula menyaksikan
kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab
yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai
menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya,
Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya
dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang
ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan
menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.
Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.
28. UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMANKeadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya
Rasulullah saw. bersabda; “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui
fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap.
Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang
dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih
beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi
kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.
H.R.Muslim
H.R.Muslim
Keterangan
Hadis ini menerangkan kepada kita betapa
dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman.
Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir
diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu
petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas
dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di
dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang
menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta
benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan
menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, “kecuali orang yang
hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu”.
Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.
29. KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARAMudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.
Ertinya:
Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata
Rasulullah bersabda:” Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau
bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku”.
H.R.Muslim
H.R.Muslim
Keterangan
Orang yang mampu beribadat dan menunaikan
kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan
gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah swt. di
saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang
melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang
telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw.
Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan
mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang
sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang
telah dijanjikan oleh Rasulullah saw. tadi.
30. PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAANErtinya:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya
Rasulullah saw. bersabda; ‘Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai
Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi
surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang
yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh
sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang
terlibat berkata, “mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu”. Di
dalam riwayat lain ada disebutkan; “Sudah dekat suata masa di mana
sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan
daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia
mengambil sesuatu pun daripada harta itu”.
H.R.Bukhari Muslim
H.R.Bukhari Muslim
Keterangan
Hadis ini jelas sekali menerangkan bahawa
di kawasan Iraq dan disekitarnya akan berkobar peperangan yang berpunca
dari merebutkan kekayaan yang ada di sana dan ramai yang terkorban dan
masing-masing pihak bercita-cita seandainya merekalah yang terselamat.
31. KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAHErtinya:
Daripada Salamah binti al-Hurr r.a.
berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; “Lagi akan datang suatu
zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat
memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh
menjadi imam”.
H.R.Ibnu Majah
H.R.Ibnu Majah
Keterangan
Walau pun secara pastinya pada hari ini
kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh
Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala
ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang
benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya,
masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari’at. Mereka yang
berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka
tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan,
pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang
telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.
32. ULAMA TIDAK DIPEDULIKANErtinya:
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a.
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku
dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana
para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah
tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada
fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” .
H.R Ahmad
H.R Ahmad
Keterangan
Mungkin zaman sekarang ini sudah
mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini.
Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para
ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan
lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya.
Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama
untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan
mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan
kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada
hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan
memangsa musuhnya.
33. ISLAM NAMA SAHAJAErtinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata:
Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana
tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak
tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid
mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka
adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit.
Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.
H.R al-Baihaqi
H.R al-Baihaqi
Keterangan
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada
hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah
dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah
mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama
su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama
akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran
dakwah dari masa ke semasa.
34. AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKATErtinya:
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a.
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti
lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai),
sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang
dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan
apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan
dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu
malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi
daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa
kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan
perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang
kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun
mengatakannya juga”. Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada
Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La
ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami
apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka
Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian
Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan
mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya
lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat itu dapat
menyelamatkan mereka daripada api neraka” (Huzaifah memperkatakan
jawapan itu tiga kali).
H.R Ibnu Majah
H.R Ibnu Majah
35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.
H.R Termizi
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.
H.R Termizi
Keterangan
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
36. LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYADunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Ertinya:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap
Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda;
“Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan
dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi
bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak
menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
H.R Ibnu Majah
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
H.R Ibnu Majah
Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa:
1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
37. BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN
Ertinya:
1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
37. BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Pada
suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang
bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi
(Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., “Bilakah akan
terjadi hari qiamat?”. Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka
sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang
ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya”. Sementara yang lain
pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu”. Sehingga
apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, “Di mana
orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?” Lalu Arab Badwi itu
menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah”. Maka Nabi saw. bersabda, “Apabila
amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat”. Arab Badwi ini
bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu”?
Nabi saw. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya
maka tunggulah kedatangan hari qiamat”.
H.R Bukhari
H.R Bukhari
Keterangan
Pada hari ini banyak urusan telah
diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk
menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini
bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.
38. BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJIDErtinya:
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya
Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga
umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid”.
H.R Abu Daud
H.R Abu Daud
Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat,
ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka
bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan
masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak
kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak
masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang
bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
39. MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIAErtinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata:
Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang
mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada
orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura
zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan
mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati
serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman
kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu
terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah
akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka
sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi
bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
H.R Termizi
H.R Termizi
Keterangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis
ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat
keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan
dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak
mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka
juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang
memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya
sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan.
Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
40. GOLONGAN YANG SELAMATMereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
Ertinya:
Daripada ‘Auf bin Malik r.a. berkata:
Rasulullah saw. bersabda; “Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi
tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk
syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah
berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu
golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga.
Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah
belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang
masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat
bertanya, mana yang selamat”? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah
jamaah”. (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
H.R Ibnu Majah
H.R Ibnu Majah
Keterangan
Yang di maksudkan dengan jamaah yang
selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran
dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sababat dan
salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan
golongan “Ahlus Sunnah wal Jamaah”. Selain dari golongan ini adalah
sesat dan akan menjadi penghuni neraka.
41. LAHIRNYA IMAM MAHADIErtinya:
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a.
berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Dunia tidak akan hilang (qiamat)
sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada
keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku”.
H.R Termizi
H.R Termizi
Keterangan
Hadis ini menerangkan kepada kita
bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga
bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah saw.,
iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini
dan akan diikuti oleh seluruh kaum muslimin. Ia akan memerintah selama
tujuh tahun. Kemudian keluarlah Dajal dan turun pula Nabi Isa ‘alaihis
salam, dan Nabi Isalah yang akan membunuh Dajjal itu.
Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan
lahir disaat umat Islam berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua
umat Islam akan bersatu dan berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada
di dunia ini dbawah kekuasaan Islam.
42. SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESARErtinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra.
berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu
sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu
perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari
qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat
sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian
beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari
tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan
Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang
ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari
arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar
mereka”.
H.R Muslimi
H.R Muslimi
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang
disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat
yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
No comments:
Post a Comment