Thursday, December 27, 2012

broadband

mana broadband abah ni? Siapa yang ambil ? Hisham mengamuk. Balik dari menerima ijazah dia terus mencari broadband maxis yang dia tinggalkan. Anak-anak gunakannya untuk bermain "games" di internet. Selalunya Amar yang suka ambil, anak bongsu yang berumur 6 tahun.
Hisham berang.Mukanya kemerahan.

Abah tanya siapa yang ambil? suaranya makin meninggi...dan akhir "pang!!!! singgah dimuka anak kecil enam tahun yang belum mengerti erti hidup.

Sabrina menolong anak-anaknya mencari broadband ayah mereka. Hatinya tersentak melihat Hisham menampar muka Amar. Apakah broadband itu lebih penting dari anak? Hati sabrina menangis. Hisham memang panas baran. Dia hanya memendam sahaja di dalam hati. Tahun lepas baru saja mereka bertengkar dan Sabrina meminta diceraikan. banyak sebabnya. Dan dalah satunya ialah Sabrina tidak sanggup melihat Hisham memukul anak-anak.

Selalunya Afham anak yang sulung yang kena pukul, walaupun bukan kesalahan dia. Sehinggakan Afham berdendam dengan hisham dan sudah beberapa kali Afham menyuruh Sabrina supaya bercerai dengan Hisham dan berkahwin lain. Afham beru berusia 12 tahun, tak sepatutnya dia dilayan begitu oleh ayahnya.

Sentuhan kasih sayang tidak dirasai, apalagi pelukan manja dari seorang ayah. Sabrina hairan. Hisham kata dia sayang anak-anak. Tapi, nak memeluk anak susah sekali, apabila anak-anak meminta sesuatu susah sungguh dia nak menunaikan. Dengan anak-anakk pun hendak berkira. dengan kawan-kawan berbelanja di restoran mahal pun tidak mengapa. Dimana bukti Hisham sayangkan anak, Sabrina sendiri tidak tahu.

Sewaktu Sabrina meminta diceraikan tahun lepas kerana sudah tidak tahan dengan hidup tanpa nafkah, dan kerana Sikap hisham yang suka keluar malam tanpa pedulikan anak-anak dan macam-macam lagi tekanan yang Sabrina laluui sepanjang hidup 13 tahun bersama Hisham. Sabrina terlalu kecewa. Hatinya kini memang kosong terhadap Hisham. Walaupun Hhisham dah banyak berubah selepas peristiwa yanng berlaku tahun lepas namun kerana hati yang terlalu lama dilukakan, cintanya kepada Hisham kering dan layu. hatinya juga sudah mati untuk Hisham. Walaupun mereka masih bersama, kerana Hisham tidak mahu menceraikannya hattinya masih kosong untuk Hisham. Tidak mungkin cinta akan berputik kembali. Dia pun sudah memberi kebenaran kepada Hisham untuk berkahwin lain. Sabrina tidak mahu menanggung dosa kerana tidak mampu untuk melayan suaminya dengan ikhlas dan rela. Cinta tidak boleh dipaksa. Hatinya hidup dengan kekosongan. Dia meneruskan hidup bersama Hisham untuk anak-anak.Dia sayangkan anak-anak. Dia tidak mahu anak-anak menjadi mangsa. Hisham tidak pernah mempunyak masa untuk anak-anak. dia hidup dalam dunianya sendiri. Komputer ribanyalah segal-gala baginya.

Bangun dari tidur, komputer ribanya dulu yang dia sentuh bukan anak-anak. Apalagi untuk mengejutkan anak-anak untuk menunaikan solat subuh. Sabrinalah yang melakukan itu semua. Nak tidurpun dia akan menyentuh komputer ribanya. Tangannya tak pernah me ngusap kepala anak-anak sebelum tidur. macam itukah tandanya sayang?????

Kadang-kadang dia tertidur dibangku mengadap komputer ribanya. hendak kemana-mana pun dibawanya kompter ribanya. Ke shopping kompleks, ke kenduri kahwin, ke taman, kemana sahaja. Terkadang Sabrina rasa suaminya ini gila dengan komputer. Orang lain menulis buku juga tetapi ada jadual bersama anak-anak, isteri, bermesra dengan anak-anak. Hisham? Entahlah. Sabrina menarik nafas panjang. Dia PAsrah. Mahu saja dia berpindah keluar dari rumah itu membawa bersama anak-anak, Tapi dia terikat dengan sebuah perkahwinan yang kosong tanpa cinta.

Dia menunaikan segala tugas sebagai seorang isteri walaupun Hisham tarlalu jarang memberikannya nafkah. dalam setahun mungkin adalah rasanya tidak sampai pun RM300.00 sedangkan dia minta nafkah sebanyak itu untuk sebulan. Seingat Sabariah tahun lepas adalah dalam sepuluh ringgit Hisham memberikannya belanja. Kadang Sabariah termenung memikirkan apakah nilai dia dimata Hisham. Apakah hanya sekadar tukang masak, tukang cuci, tukang kemas rumah, dan tukang beranak. Nak hidup tanggung nafkah sendiri. Sadisnya hhidup sebagai seorang isteri jikalau begini keadaannya. Dimanakah bahagianya kehidupan sebagai seorang isteri seperti mana yang diperkatakan orang.

Mungkin aku tidak sebertuah itu. Bisik Sabrina di dalam hati kecil. Airmatanya seakan kering untuk menangis lagi. Hatinya menjadi beku sebeku salju di artik.

Apapun dia tetap terus berdoa kepada Yang Maha Kaya agar semua permasalahannya akan selesai dan dia akan merasa bahagia suatu ketika nanti. Dia tidak mengharapkan Hisham untuk menghadiahkan kebahagiaan kepadanya. Entahlah. Berdosa atau tidak dia sudah pasrah. Sudah beberapa kali dia meminta Hisham mencari pengganti untuk dijadikan tempat melampiaskan nafsunya. Hisham berhak untuk merasa kepuasan itu. Dia hairan juga kenapa Hisham menolak. Biasanya lelaki kalau isteri memberi kebenaran untuk berkahwin lain , pantang dengar, melompat. seronok,. Sabrina tahu Hisham tidak mampu dari segi kewangan, kerana sikapnya yang suka membuat pinjaman peribadi menyebabkan hisham selalu kesempitan wang. kalau dapat duit lebih sekali pun dia tidak pula cuba untuk mengurangkan hutang-hutangnya. menyebakan hutang-hutang yang tertunggak terus tertunggak dan akhirnya Sabrinalah yang terpaksa menanggung nafkah anak-anak.Tambahan pula anak-anak memang amat rapat dengan sabrina, manja dan kalau hendakkan apa-apa Sabrinalah yang menjadi tempat luahan kehendak mereka.

Anak-anak tidak berani untuk meminta daipada Hisham kerana sikap panas barannya. Sabrina sudah acap kali berpesan dengan Hisham jangan sesekali berkasar dengan anak-anak, tapi sikap barannya susah hendak dibuang. Anak-anak berjauh hati dan menyimpan didalam hati setiap perlakuan Hisham. Sabrina bimbang anak-anak akan menjauhkan diri dari Hisham .kelak Hisham juga yang akan menyesal. Sabrina bimbang nanti dimana tua, seandainya umur Hisham panjang dia tidak akan dipedulikan oleh anak-anaknya. Di masa itu Hisham menyesal ppun tak guna. Lebih-lebih lagi Afham. Sabrina merasa takut memikirkan itu semua. Dia ttidak mahu itu semua berlaku, namun itu semua tak akan dapat dihindari seandainya Hisham tidak  mengubah sikapnya dan menunjukkan sifat kasih sayang terhadap anak-anak. Sentuhan dan pelukan seorang ayah amat dirindui oleh anak-anakku. Sabrina berdoa kepadda Allah agar doanya itu menjadi kenyataan.

Thursday, December 20, 2012

Batu Ababil

Gambar batu Ababil yang menghancurkan tentera Abrahah

by jalanakhirat
Gambar batu ababil yang memusnahkan tentera Abrahah
Batu seberat 131 gram yang dikatakan ditemui pada tahun 571 M telah mendapat tawaran harga sebanyak 4 Juta USD.
Batu ini dipercayai adalah batu yang Allah SWT perintahkan burung Ababil membawanya lalu dilontarkan ke bawah untuk menghancurkan tentera bergajah sebagaimana kisahnya dalam Surah Al-Fil.
Baca sumber asalnya di bawah ini:
رام الله - دنيا الوطن
رفض مواطن بيع قطعة أثرية عبارة عن حجر يعود لـ 1442 عاماً بمبلغ 4 ملايين دولار عرض عليه من مصر، بينما اكتفت هيئة السياحية وتحديداً مكتبها في منطقة الباحة بطلب صورة من الهوية الوطنية وترك الحجر والانصراف!
وقال المواطن صالح مسفر الغامدي لـ "سبق": "عثرت على حجر (سجّيل) يبلغ وزنه 131 جراماً، كعدد كلمات سورة الفيل بالتعوّذ والبسملة، ويحمل صورة طير وفيل وعليه ختم من الجانبين وأسراب طيور، وهو حجر كما وصفه القرآن سجيل طين متحجر محروق، يعود تاريخه لعام 571 ميلادي، أي منذ 1442 عاماً".
وأضاف الغامدي: "وجدت الحجر عام 1431هـ في وادي جرب التابع لمحافظة العقيق بمنطقة الباحة، وكان يسمى الوادي الأخضر، وهذا الوادي نزل فيه أبرهة الحبشي وجنوده، ومكثوا فيه فترة طويلة ولديهم جادة هنا".
وبيّن أنه عثر على الحجر بعد رؤيته مناماً في الليلة السابقة يتعلق بوالده وجده، ولفت إلى أنه استشار الكثير من الزملاء حوله، وذكر بعضهم أنه يمكن بيعه بمبلغ 50 ألف ريال الا أنه رفض بيعه.
وتابع يقول: "بعد مرور عام وتحديداً العام الماضي استشرت أحد الأصدقاء من الجنسية المصرية لديه أقارب يعملون بمجال الآثار في مصر، وخاطبناهم وأرسلنا صوراً للحجر، وبعد عدة مشاورات رضوا بشراء الحجر بـ 4 ملايين دولار، ورفضت بيعه لهم وعرضت الحجر على مكتب هيئة السياحة في منطقة الباحة، وطلبوا مني كتابة معروض وصورة للهوية الوطنية مع تسليم الحجر، إلا أنني رفضت تسليمه وما زلت محتفظاً به".

Sunday, November 25, 2012

Sabariah termenung...mahu meluahkan keluhan tapi...mengeluh pun tak akan selesai masalah. Qadha dan Qadar Allah, dia harus terima dengan redha. Namun terkadang hatinya terasa amat tertekan. Terlalu sukar untuk melupakan segala kenangan pahit selama hidupnya bersama suami nya . Hisham tak akan mengerti kerana dia lebih memikirkan kerjanya sahaja.

Hal rumah tangga tidak terurus. Hakikatnyanya menang dari dulu sikap Hisham seperti itu, dari mula perkahwinan mereka. Cuma dulu SSabariah masih mampu sabar dalam airmata. Dia hanya menyimpan segala duka. Terlalu banyak airmata tumpah sepanjang 12 tahun gubungan mereka.

Kini airmata Sabariah seakan kering suah untuk menangis, sekering hatinya terhadap hisham. itulah bahayanya akibat terlalu menyimpan. Bukan dia tidak meluahkan kepada hisham apa yang terbuku di hatinya namun ego Hisham terlalu tinggi. Dia tidak pernah menerima segala luahan hati Sabariah. Bahkan Hisham akan memberontak sekiranya Sabariah cuba mengeurnya. Hisham akan anggkat kaki keluar dari rumah. Itulah yang sering terjadi. Kerana itulah Sabariah hanya memendam sahaja segala maslah rumah tangga. Dia menanggung segalanya sendiri di dalam hati.

Kini cintanya terhadap Hisham tte;ah terkubur...jiwanya kosong. Malah saat Hisham menyebtuhnya pun dia tidak terasa sentuhan itu, bahkan setiap kali Hisham cuba untuk menyentuhnya dia sebolehnya mahu mengelakkan dirinya. Dia menjadi rimas. Dia tahu itu semua satu dosa...namun bagaimana dia mahu membenihkan kembali cinta. Luka hatinya terlalu dalam.PArutnya kekal tak akan hilang. Sekalipun Hisham telah banyak  berubah, namun dia masih belum dapat menerimanya kerana tuntutan syariat belum Hisham penuhi. Dia mahu haknya disempurnakan oleh Hisham.

Hisham tidak mengambil berat hal tuntukan syariat hak seorang isteri. Mungkin sebab Sabariah isteri yang bekerja, dan memperoleh gaji yang lebih tinggi dari Hisham maka Hisham berangaapan dia tidak perlu memberikan nafkah zahir sepenuhnya epada Sabariah. Itulah sillap Hisham.

Syariat tetap syariat. Dan ia wajib ditunaikan. nafkah sabariah wajib ditunaikan. Makan dua kali kenyang sehari, pakaian dua pasang setahun, rumah, nafkah anak-anak. Selama menjadi isteri Hisham selama 12 tahun Sabariah tidak pernah merasa nafkah yang sempurna dari Hisham. Sabariah pernah memberitahu Hisham dia nak nafkah perbelanjaan hanya RM300 sebulan, tak pun sepuluh ringgit sehari. Untuk belanja makan. Hisham tak pernah ambil berat permintaan Sabariah.

kadang dalam sebulan seringgit pun Sabariah tak [ernah merasa. Sabariah bulanlah terlalu berkira, dia mampu menyara dirinya sekali[un Hisham tidak menghulurkan  nafkah zahir yang dimintanya. Cuma dia mahu merasa hak sebagai isteri setelah bertahun berkorban untuk seornag suami. Mlahirkan zuriat, memasak, mengemas rumah, mencuci kain, melayan kehendak suami bahkan menanggung nafkah anak-anak dan banyak lagi. Banyak kewajipan Hisham sebagai seorang suami ditanggung oleh Sabariah lantaran Hisham buat tak peduli akan tanggungjawabnya sendiri sebagai seorang suami dan ayah.

Sabariah ingi sekali merasa haknya. Agar dia dapat merasa sedirkit kemanisan dalam berumahtangga. Dia cemburu sekali dengan kawan-kawannya. Kerana suami mereka memberikan nafkah setuap bulan. Sedikit atau banyak itu perkara kedua. Sekurang-kurangnya telapak tangannya merasa pemberian suami menghargai dia sebagai isteri.

Kadang saat Sabariah sakit pun Hisham tidak ambil berat sangat. Dia melayan Sabariah seperti orang sihat. Hal ini menambah lagi luka di hati Sabariah. Segala layanan buruk Hisham terhadapnya amat sukar dilupakan. Dia cuba untuk menghapuskan memori iu dari lipatan sejarah hidupnya. Tapi...luka itu semakin menambah parut dihatinya.

Masih terbayang disaat dia mengandung anak pertama, jiwanya yang penuh dengan sifat keibuan merasa sangat gembira, namun kegembiraannya ytidak seg3embira pasangan lain. Dia mengharapkan setiap kali pergi ke klinik untuk rawatan mengandungi, dia mengharapkan suaminya akan menemaninya seperti pasangan lain. Namun itu semua tidak pernah terjadi. Hisham akan meninggalkannya sendirian di klinik kemudian berlalu pergi entah kemana sedangkan shift kerjanya adalah disebelah petang.

Sabariah melihat pasangan suami isteri yang lain. Betapa sang suami begitu sabar menenami isteri walaupun berjam -jam lamanya. Tanpa jemu. Terkadang sang suami menggosok perut si isteri yang antaranya sudah cukup bulan. Begitu bahagia. Sabariah terasa mahu menitiskan airmata. Dia begitu teringin saat begitu dengan Hisham, namun sehingga anak yang kelima pun Hisham tidak pernah setia menemaninya. Bahkan sepajang dia mengandung dari anak pertama hingga anak kelima seringkali dia pergi sendirian sahaja ke klinik. Bahkan pernah suami memarahinya hanya kerana da agak lama menunggu untuk rawatan .

Satu perkara yang menjadi hajat Sabariah setiap kali dia mengandung. Dia terlalu ingin Hisham membacakan Al-Quran disisinya, dekat dengan kandungannya agar di dengar oleh bayi , anak yang dikandungnya. Namun sehingga anak yang terakhir itu semuanya tidak pernah terjadi sdangkan Hisham digelar seorang ustaz ditempat kerjanya. Sabariah agak kecewa. Tangan Hisham seingat Sabariah tidak pernah menyentuh kandungannya dengan penuh rasa kasih sayang dari hati.

Apatah lagi setiap kali Sabariah mahu melahirkan anak, Hisham tidak pernah berada disisinya. Betapa Sabariah menginginkan itu semua. Dia terlalu menginginkan hal itu namun dia kecewa. Bahkan disaat dia bertarung dengan maut setelah melahirkan anak ketiga yang agak besar , dengan tangan terketar-ketar dan suara yang terketar-ketar dia memanggil Hisham, agar memberinya sedikit kekuatan dengan kata-kata sekurang-kurangnya, namun Hisham cuma kaku bagai manusia yang tidak punya perasaan kasihan pun padanya. Tidak sepatah kata Hisham eluar dari bibirnya.

Mengingatkan itu semua Sabariah seakin kecewa.Amat kecewa dengan sikap Hisham yang lansung tidak menunjukkan sifat kasih sayang kepada dia setelah begitu payah melahirkan anak yang benihnya adalah dari Hisham.

Bukan hanya itu, segala perbelanjaan melahirkan anak itu juga ditanggung sendiri oleh Sabariah. Hisham tidak pernah menghulurkan sesen pun untuk menampung kos bersalin. Sabariah tertanya-tanya inikah sikap seorang suami. Hanya menjadikan dia tempat untuk melampiaskan nafsu dan setelah benih terjadi, hanya dia menanggung . Menanggung sakit mengandung selama sepuluh bulan, menanggung sakit melahirkan seorang anak hanya Allah yang tahu, terpaksa pula menanggung kos melahirkan anak itu sendiri. Dimanakah sifat bertanggungjawab seorag suami.

Sabariah sehingga ke hari ini masih tidak mengerti. Kerana Hisham adalah seorang yang bergelar ustaz tapi tidak tahu memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami sepenuhnya bahkan sebagai seorang ayah sepenuhnya. Setidaknya kalau Hisham tidak mampu untuk menanggung kos melahirkan anak itu sepenuhnya, sekurang-kurangnya Hisham memberitahunya takkan sedikit pun hisham tidak mampu untuk menghulurkan bayaran itu, kerana Untuk urusan peribadi Hisaham ada pula duit untuk menanggungnya. Hisham bagaikan tidak mempedulikan lansung segala kos melahirkan anak setiap kali dia melahirkan anak. Sabariah amat kecewa.

"Abang, yah nak abah tampunglah sedikit kos bersalin nanti ya?" ucap Sabariah saat hampir mahu melahirkan anak kelima mereka.

"Abang tak ada duit!" itulah jawapan yang Sabariah selalu dengar dari mulut Hisham bila Sabariah membicarakan tentang hal-hal yang berkaotan dengan duit.

Namun apabila kawan-kawan Hisham meminta pertolongan Hisham tentang wang, Hisham tidak pula berkira bahkan dengan mudah menghulurkan wang kepada kawan-kawannya yang mahu meminjam daripadanya. Kenapa dengan Sabariah Hisham terlalu berkira. Bahkan dengan anak-anak pun Hisham berkira. Untuk kepuasan diri Hisham sanggup berhabis, namun dalam menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada dia dan anak-anak amat payah untuk ditunaikan. Sabariah mengesat airmatanya mengenangkan itu semua.

Sabariah menadah tangan berdoa, meluahkan kepada Yang Maha Pengasih segala duka yang terbeban dihatinya. Semoga Allah memberi petiunjuk kepada suaminya agar menjadi seorang suami yang bertanggung jawab. Menjadi seorang suami yang soleh yang boleh memimpin dia dan anak-anak menuju ke syurga Allah. Allah Rabbul Jalil lah tempat dia mengadu. Didalam hatinya dia bermuhasabah, ujian ini adalah tanda Allah sayang kepadanya, agar dia sentiasa merayu dan berdoa kepadaNYA. Mungkin juga andainya tiada ujian ini dia leka dengan nikmat syurga dunia dan jauh dari Allaah.

Sabariah tahu, Allah sayang kepadanya. Sabariah tahu Allah rindu untuk mendengar rintihannya. Kerna itu Sabariah cuba untuk terus bersabar meneruskan kehidupannya sebagai isteri disamping Hisham untuk anak-anak biarpun cinta telah pun layui dari tangkai hattinya. Sabariah pernah menyuarakan kepada Hisham agar meninggalkan sahaja dia dan anak-anak dan mencari isteri lain yang mempu menyintai Hisham, menyayangi Hisham dan melayan nafsunya , namun Hisham menoolak. Sabariah sudah tidak kisah seandainya Hisham mahu berkahwin lain, kerana dia tidak mahu menanggung dosa kerna tidak mampu lagi menyintai suaminya dan melayan suaminya dengan penuh kecintaan.

Sabariah selalu berdoa agar cinmta itu tumbuh kembali namun ianya tetap tidak hadir. Cinta tidak boleh dipaksa kerana ianya erlu hadir dari hati yang jujur dan ikhlas. Sabariah sudah tidak mampu memaksa hatinya untuk mencintai Hisham lantaran luka dihatinya yang terlalu dalam terhadap apa yang telah diperlakukan Hisham terhdapnya. Dia meohon maaf dari Hisham. Hisham menyesali perbuatannya dan menerima kesilapanya. Dia sedar sudah agak terlambat. Namun dia akan terus cuba memperbaiki kesilapannya.

"Abang! Abang carilah perempuan lain, abang tinggalkan Sabariah. Hati Sabariah dah kosong , dah kering untuk abang. Sabariah dah tidak kisah kalau abang mahu berkahwin lain. Sabariah tidak mahu menanggung dosa kerana tidak mampu lagi untuk mencintai abang". itulah kata-kata Sabariah di suatu malam.

"Sabariah! abang minta maaf, abang tahu abang banyak dosa dengan Sabariah, Sabariah tak ada dosa pada abang, abang minta maaf, maafkan abang, abang tidak mahu berisah dengan Sabariah, cuma Sabariah dihati abang. Percayalah." Hisham merayu.

Sabariah tidak pernah melihat Hisham menangis sebgitu rupa. Kernan selama ini Hisham terlalu egois. Bagaikan sebuah drama pilu seperti yang ditayangkan di dalam television, itulah yang dialami oleh Sabariah.
 Peristiwa itu benar-benar berlaku dalam hidupnya dengan Hisham.

Sabariah merenung sejadah dihadapannya. Tempat dia sujud basah oleh airmatanya. Dia pasrah. Tidak mahu lagi mengeluh. Kerana dia yakin dengan janji Allah. Dia cuma mahu mencari redha Allah. Namun bagaimana? Sedang hatinya masih lagi kosong buat Hisham. Biarlah masa menentukannya. Takdir Allah pasti akan berlaku jua. Cuma dia tidak tahu apah takdir yang Allah tentukan untuk dia nanti. Panjangkah lagi umurnya untuk menghadapi ujian Allah ini. Dia amat takut seandainya semua ini berterusan. Takut akan dosa kepada suami dan dosa kepada Allah. Dia mengharapkan agar Hisham memaafkan segala dosanya. Dia lebih rela seandainya Hisham melepaskannya agar diatidak perlu menanggung dosa tidak mampu untuk memaksa hatinya mencintai suaminya .

Berdosakah dia? persoalan itulah yang bermain dihatinya. Meskipun dia telah memaafkan segala kesalahan Hisham namun untuk mencintai Hisham seperti dulu serasanya tidak mungkin lagi.

Hanya kepada Rabbul Jalil dia berserah.


Monday, September 10, 2012

TERINGIN

Bismillahirrahmanirrahim
Terkadang bila ada masalah berlaku mula datang idea nak tulis buku..ambik pen,,,ambil buku kosong  mula menconteng..sayangnya bila nak buka pc nak mencoret masa amat menghambat aku dari berkarya...terhenti ..terus tak buka-buka. macamana nak hilangkan tabiat terstop dan tersambung ni ya....sapa la ada idea agaknya yang boleh kongsi dengan saya. baru- baru ni ada terlintas nak tulis tentang SEKUFU..SERASIKAH AKU DENGANNYA...hal pasangan suami isteri sebab banyak sangat kes cerai..gaduh laki bini yang berlaku hari ini..apakah ini dikatakan bukan jodoh..atau jodoh tak serasi atau bagaimana...aku rasa memang ada kaitannya keserasian ni..apapun kalau pun jodoh tak serasi persoalannya kalau kita terima dengan redha jodoh kita hal gaduh2 ni boleh dielakkan cuma ada pengorbangan yang perlu dibuat...apadia ya....tentunya pengorbanan hati...tak suka tapi terpaksa suka...suka tapi tak rela...menerima tanpa cinta..huk huk huk...sedih jer bunyinya.


Tapi apa nak buat kan...terima ke tak nak terima...terpulang lah ..kalau dah rasa tak dapat tanggung lagi ...tak dapat lagi nak berkorban carilah penyelesaian terbaik. Orang lelaki ni aku nak pesan satu perkara...turunkanlah ego yang melangit ni. kalau sayang kat isteri..kalau betul-betul sayangkan isteri. Tak jatuh maruah lelaki kalau tolong isteri kat dapur. tolong jemur kain, tolong basuh berak anak, mandikan anak, buat susu kul 3 pagi...tak de nya orangkata eeiiiii pondan..dengan sebab tolong isteri. Bahkan orang kata..WAHHHHH bagusnya suami dia..satu dalam sejuta tuuuuuuu...mana nak cari suami rajin macam tu di abad ini...lagipun kalau suami ringan tulang bantu isteri buat isteri bertambah sayang. Tak de lah rasa macam babu jer...kuli jer....buat semua kerja rumah ..anak lagi...dapur lagi...kemas rumah lagi...kain baju lagi...berapa gaji suami bagi untuk seorang isteri buat semua tu..aku rasa tak pernah la seorang suami bagi gaji kat isteri rm5000 sebab buat semua tu...ramai yang buat dono jer adalah...lebih -lebih lagi kalau si isteri kerja jugak..lansung tak de rasa nak hulur nafkah walaupun ianya wajib . Alasan!!!!! dia dah kerja buat apa aku nak bagi duit lagi...?????

Wahai para suami walapun isteri dah kerja nafkah wajib bagi makan 2 kali sehari..pakaian dua kali setahun..rumah suami yang kena sediakan untuk isteri dan anak2 buka harap isteri yang belikan...kalau tak bagi berdosa...dosa besar tuuuuuuuuuuuu...itukan perintah dari Allah. mana boleh buat main2...tak de ruginya bagi nafkah kat isteri tu...Allah akan ganti dengan yang lebih besar...napa??? tak percaya????tak yakin dengan janji ALlah ke??? HMmmmmm muhasabah lah iman sendiri kalau tak yakin dengan janji ALlah. bettullll...kalau nak rezeki murah..bagi nafkah anak isteri secukupnya..jangan nak berkira..jangan nak lokek..yang kita bagi tu bukan orang lain anak isteri sendiriiiii...kalau belanja kawan2 makan tak berkira kenapa dengan anak isteri nak berkira pulak????? pelik betul  perangai. Lari dari sunnah nabi tuuuuuuuuuuuuuu.....fikirlah sendiri. banyak pulak idea pagi ni...

Nak mulakan penulisan buku dengan apa ya??? mestilah dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...ehehhehee...wat lawak lak.

Sekufu...hmmmmkalau tengok tarikh lahir memang boleh teka perangai orang kan...kalau nak cari jodoh..doktor pesan elakkan berkahwin dengan orang yang type darahnya sama dengan kita sebab ia bolem menyebabkan penyakit merbahaya..seperti kanser. betullll..doktor yang bagitahu. tak caya...???? terpulanglah kat korang.


Nabi pesan kalau nak cari jodoh yang paling utama dari yang terutama tengok agamanya...taat ke si dia kepada Allah..taat ke si dia kepada kedua ibubapa...Akhlaknya macamana. solatnya diawal waktu ke di penghujung waktu..tuuuu paling penting SOLAT...SOLAT...SOLAT..kalau lah seorang lelaki tu menjaga waktu solatnya,,,khusyuknya...saya memang yakin dia boleh memimpin keluarga. Sebab dalam solat tu dah ada ciri-ciri kepimpinan. Kalau nak perhati..tanya si dia solat subuh pukul berapa...berjemaah ke? solat kat masjid /surau ke? kalau dia lambat nak jawab tu tandanya...memang subuh gajah la tu...memang termasuk dalam kategori tak layak jadi pemimpin keluarga. TAK LAYAK!!!ditegaskan..TAK LAYAK. kalau solat Subuh tak leh nak segera memang hal lain ...bagi salam je la. sure punya tak serius...kalau serius pun...tak berkat weh...ingat dunia je...macam yang Nabi beritahu...HUBBUN DUNYA...mereka yang cintakan dunia...macam nak bawa dunia ni masuk dalam kubur sekali. sayang sangat nak tinggal hiburan duniawi...rela lambat solat sebab nak tengok bola...rela biarkan waktu berlalu untuk perkara yang sia-sia...sama-samalah kita muhasabah diri. Kalau subuh tu..jangan harap orang kejutkan kita..set kan dalam kepala "aku nak bangun pukul lima" tak pun sebelum tidur tu minta dia "Ya Allah kejutkanlah aku pukul 5.00 pagi supaya bersegera untuk solat subuh dan bertahajjud." InsyaAllah memang sedar punya. Tak payah nak kunci jam, nak kunci handset...buat bising jer..mengganggu orang lain...kalau kunci tapi bangun ..tak de maknanya dikuncikan jam tu.TANYA SAMA HATI....kejut kan diri...wahai diri...bangunlah mengerjakan perintah Allah. InsyaAllah akan lahir keinsafan dalam diri. SSebagai seorang hamba...doalah penghubung talian kita dengan Allah. Allah confirmnya jawab sms kita walaupun msg kita tu tak bertulis. hanya tertera dalam hati. Allah dengar...YAKINLAH...YAKINLAH...PASTI akan berlaku magis dalam hidup anda sekiranya anda Yakin dengan Allah. :))))))


Saya tak pernah meragui itu..dan saya rasakan terlalu banyak magis dalam hidup saya...kerana..saya yakin dengan janji ALlah. Orang tak rasa itu semua..dan orang tak tahu itu semua. anda nak rasa magisnya dalam hidup anda..yakinlah dengan Allah. Nanti anda akan tersenyum bersyukur kepada Allah swt. jumpa lagi..Assalamualaikum.

Wednesday, July 18, 2012

MISTERI ISRA' DAN MI'RAJ

Peristiwa Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian mikraj ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian spiritual Rasulullah s.a.w pada masa lalu, sekali gus menjadi ‘peristiwa agung’ yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati oleh umat baginda pada masa kini.
Meskipun terdapat jurang perbezaan pendapat yang agak luas mengenai sejarah peristiwa Israk dan Mikraj, terutama yang berkaitan dengan ketepatan hari dan bulan serta tahun terjadinya peristiwa agung itu, namun dunia Islam keseluruhannya memperingati tarikh 26 Rejab (malam 27 Rejab) setiap tahun sebagai tarikh penuh bermakna.
Banyaknya pendapat yang membahaskan perihal Israk dan Mikraj ini telah mencipta ruang polemik tersendiri dalam periwayatan ‘perjalanan agung’ tersebut. Di antaranya yang berkaitan dengan hakikat dan latar belakang Israk dan Mikraj, perjalanan fizikal dan roh Rasulullah s.a.w dalam keadaan jaga, buraq yang dinaiki Nabi s.a.w, pertemuan Rasulullah dengan para nabi, misteri pintu-pintu langit, rahsia Sidratul Muntaha, perintah solat, dan hikmah-hikmah besar Israk Mikraj.
Sayyid Qutub dalam kitabnya yang terkenal, Fi Zhilal al-Quran menyatakan, ”Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa adalah perjalanan yang murni pilihan daripada Zat Yang Maha Kasih dan Maha Lembut, yang menghubungkan akar kesejarahan agama-agama besar dari zaman Nabi Ibrahim dan Ismail hingga Nabi Muhammad s.a.w. Demikian pula, perjalanan agung ini menghubungkan akar sejarah tempat-tempat suci bagi agama tauhid (agama-agama monoteisme) yang besar sepanjang masa. Perjalanan ini adalah untuk menberitahu seluruh manusia bahawa Muhammad adalah Nabi dan Rasul terakhir yang menjadi pewaris agama-agama tauhid terdahulu. Demikian pula dengan Israk Mikraj tersebut, menjadikan Muhammad sebagai penutup seluruh Nabi dan rasul-Nya. Israk Mikraj adalah perjalanan yang menembus dimensi ruang dan waktu, serta memiliki makna yang lebih luas dan mendalam.”
Hanya dalam satu malam, Allah s.w.t ‘mencipta perjalanan’ bagi Rasulullah s.a.w untuk melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya, mulai dari proses penciptaan alam semesta hingga ditetapkan-Nya perintah menunaikan solat. Berjuta misteri dan keajaiban menyelubungi perjalanan suci yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasulullah dalam keadaan jaga itu (bukan mimpi).
Banyak berlaku perdebatan yang terus berlanjutan, antaranya: apakah perjalanan Israk Mikraj itu dengan roh sahaja atau dengan roh dan jasad? Hampir majoriti ulama mengatakan bahawa ia terjadi dengan jasad dan roh. Pandangan yang mengatakan hanya dengan roh tidak begitu popular di kalangan umat Islam.
Sebenarnya, peristiwa Isra dan Mikraj hanya disebut secara umum dan sekilas saja di dalam al-Quran. Rasulullah s.a.w tidak banyak meninggalkan hadis yang berbicara tentang perjalanan agung itu. Bagaimanapun, kenyataan yang telah terjadi sekarang ini menunjukkan bahawa hadis yang hanya sedikit itu telah berubah menjadi banyak, bahkan melahirkan tafsir-tafsir baru tentang Israk dan Mikraj.
Sejarah membuktikan banyak kitab yang membahaskan tentang perjalanan kenabian dan menunjukkan sedikitnya hadis yang membicarakan perihal Israk Mikraj. Setidak-tidaknya ia dapat dilihat dalam kitab As-Sirah karya Muhammad Bin Ishaq (85 H –151 M). Kitab adalah karya tertua dan pertama yang berisi dalil-dalil autentik atau dapat dipertanggungjawabkan yang membicarakan perihal Israk dan Mikraj.
Setelah itu lahir banyak karya atau tulisan yang membahaskan Israk dan Mikraj disertai dengan penambahan hadis-hadis yang dari segi autentiknya tidak dapat dipertanggungjawabkan. Dengan demikian, maka lahirlah pula pemikiran dan tafsiran yang menyatakan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj itu tidak hanya berlaku sekali tetapi ia berlaku beberapa kali, sekali dengan jisim (tubuh) baginda Rasulullah s.a.w, selebihnya dengan roh yang suci.
Dalam hal ini perlu ditegaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj memerlukan kajian yang mendalam dan usaha yang optimum untuk meneliti hadis-hadis palsu yang dikaitkan dengan perjalanan agung Rasulullah s.a.w tersebut. Ini penting untuk generasi yang akan datang agar dapat memahami nilai-nilai Islam yang benar dan fakta yang betul, bukan dongengan atau palsu semata.
Apakah sebenarnya makna-makna tersirat yang dapat dikutip dan seterusnya dihayati daripada peristiwa Israk dan Mikraj itu? Kenapa harus Israk dan Mikraj dan bukan mukjizat lain yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w? Dan yang lebih penting ialah untuk melihat apakah kaitan peristiwa ini dengan keadaan yang menyelimuti diri Rasulullah ketika peristiwa itu terjadi.
Realiti sejarah membuktikan bahawa tiada seorang pun dari kalangan orang-orang musyrik dan kafir yang percaya akan kejadian Israk dan Mikraj ini. Para ulama merumuskan bahawa sebab dan hikmah daripada Israk dan Mikraj adalah untuk menghibur diri Rasulullah s.a.w yang ketika itu dilanda kesedihan kerana kematian bapa saudara yang tersayang, Abu Talib serta isteri kesayangan baginda, Khadijah, juga di samping penentangan masyarakat Taif terhadap usaha dakwah baginda yang hampir-hampir meragut nyawa baginda.
Tahun yang dianggap tahun kesedihan ini akhirnya dengan kekuasaan Allah s.w.t telah ‘mengisrakmikrajkan’ Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t telah menperjalankan hamba-Nya untuk memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan-Nya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhan Yang Maha Agung. Ini bermakna hikmah peristiwa Israk dan Mikraj itu adalah khusus bagi diri peribadi Rasulullah dan dengan perjalanan ini diharapkan dapat mengubati atau menghibur hati yang luka itu.
Sheikh Thanthawi Ahmad Umar menyatakan dalam majalah Mimbar aI-Islam, “Ketika Rasulullah kembali dari perjalanan agung tersebut, baginda kelihatan begitu ceria, bersemangat dan bahagia. Kedukaan, kepedihan benar-benar telah lenyap dalam diri Rasulullah saw.” Malah dikatakan bertambah yakinlah Rasulullah akan kekuasaan Allah dan ini memberi semangat yang lebih kuat untuk meneruskan tugas kenabiannya.
Namun begitu, ada juga yang mengatakan peristiwa tersebut tiada kaitan dengan ‘tahun kesedihan’ Rasulullah kerana sesungguhnya peristiwa itu terjadi semata-mata atas kehendak Allah s.w.t, sesuai dengan kekuasaan dan kudrat-Nya. Allah menperjalankan Muhammad sesuai dengan kehendak-Nya untuk memperlihatkan sebahagian tanda-tanda kekuasaa-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Malah sesetengah ulama mengatakan perjalanan agung itu sama sekali tidak ada kaitan dengan hiburan dan pencarian kesenangan dan kebahagiaan luaran diri Rasulullah, tetapi terkandung di dalamnya perintah untuk menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk mencari hikmah lebih besar yang terdapat di dalam peristiwa agung itu.
Dalam hal ini, Syeikh Muhammad al-Ghazali menulis bahawa hikmah Israk dan Mikraj ini adalah seperti yang berikut: “Allah ‘Azza wa Jalla memberi kesempatan kepada Rasulullah untuk melihat tanda-tanda dan kejadian yang amat luar biasa, yang terjadi di atas kekuasaan Allah, agar lahir keyakinan dan penyerahan diri kepada Allah dalam kalbu, dalam menghadapi tekanan orang-orang kafir pada waktu itu.”
Sejarah juga mencatatkan bahawa sebelum Nabi Musa a.s diutus menjadi nabi, Allah telah memperlihatkan kepadanya keajaiban-keajaiban kekuasaan-Nya, dengan memerintahkan Musa a.s melempar tongkat yang tergenggam di tangannya, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Allah berfirman: ’Lemparkanlah ia, wahai Musa.’ Lalu dilemparkanlah tongkat itu, maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang menjalar dengan pantas. Allah berfirman: ‘Peganglah ia dan jangan takut. Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya semula, dan kepitkanlah tanganmu ke ketiakmu, nescaya ia keluar menjadi putih cemerlang tanpa cacat, sebagai mukjizat yang lain pula untuk Kami perlihatkan kepadamu sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Kami yang sangat besar.” (Surah Thaha: 19-23)
Ketika kalbu Musa a.s dipenuhi rasa takjub akan kejadian yang ajaib tersebut, tumbuhlah rasa iman dan keyakinan yang kukuh dalam dirinya kepada Allah. Pada ketika itulah Allah berfirman kepada Musa a.s, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Pergilah kepada Firaun. Sesungguhnya dia telah melampui batas.” (Surah Thaha: 24)
Al-Ghazali menjelaskan lagi bahawa kita semua telah memahami bahawa hasil daripada Israk dan Mikraj telah memperlihatkan sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah yang teragung, meskipun hal itu terjadi dua belas tahun setelah pengangkatan (penobatan) Muhammad bin Abdullah sebagai Nabi dan Rasulullah s.a.w.
Apa yang terjadi pada Musa a.s jelas berbeza dengan Muhammad s.a.w. Dan apa yang kelihatan pada Musa terjadi sebelum pengangkatan dirinya sebagai nabi, sedangkan kepada Muhammad terjadi dua belas tahun setelah pengangkatannya sebagai nabi dan Rasulullah. Nilai yang tersirat daripada perbezaan tersebut menunjukkan apa yang terjadi pada Nabi dan Rasul adalah untuk meyakinkan umat (kaum) mereka akan kebenaran risalah dan kenabian yang ditugaskan itu. Ini merupakan satu pembuktian untuk para musuh yang tidak mempercayai adanya risalah dan tugas kenabian daripada Allah s.w.t, dan tugas kenabian yang disandang Rasulullah s.a.w lebih daripada apa yang ditugaskan kepada para nabi terdahulu, dan tahap Muhammad lebih tinggi daripada para nabi dan rasul terdahulu itu.
Dr Ahmad Syalabi mengatakan bahawa nilai pendidikan dari perjalanan agung ini adalah sebagai medium penyaringan untuk mengetahui siapa sebenarnya pengikut nabi yang setia dan kukuh imannya. Dan siapa pula yang pura-pura beriman kerana nabi merasa perlu mengetahui masalah ini disebabkan tugas kenabian setelah hijrah adalah amat berat , penuh dengan jihad dan peperangan, serta pengorbanan bukan sahaja berupa harta benda, tenaga, bahkan nyawa demi menegakkan agama Islam.
Sheikh Abu Ali Fadhal bin Hasan ath-Tusi telah merumuskan tentang pemahaman hakiki mengenai peritiwa Israk dan Mikraj dan pandangan ini dianggap terbaik dari sebilangan pendapat yang ada. Di antara yang dirumuskannya adalah:
·Allah telah ‘menciptakan perjalanan’ Rasulullah itu pada malam gelap gelita, dari Masjidil Haram, Mekah.
·Ia hanya berlaku sekali sahaja sebagaimana pendapat majoriti.
·berlaku dalam keadaan jaga (bukan mimpi)
·Dengan roh dan jasad
·Terjadi setahun sebelum Hijrah
·Menaiki buraq yang tidak diketahui hakikat bentuknya, kecuali oleh Allah s.w.t
·Menuju Baitulmaqdis (sekarang Palestin)
·Perjalanan itu sampai ke Sidratul Muntaha.
·Dalam Mikraj, telah diwajibkan solat lima waktu bagi diri baginda dan umatnya.
·Kemudian kembali ke Mekah dan perkara itu terjadi pada malam yang sama.
·Orang musyrik tidak menpercayainya, terutama Abu Jahal.
·Abu Bakar adalah antara sahabat yang sangat meyakini dan mempercayai khabar ini, manakala yang lain ada yang lemah imannya dan menjadi murtad.
·Al Quran menerangkan peristiwa ini dengan begitu sederhana dan simbolik. Oleh hal yang demikian itu, kita perlu berhati-hati dalam melihat hadis-hadis dan periwayatan mengenainya.
Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan suatu ‘perjalanan agung’ yang mengandungi makna tersirat yang perlu digali dan dihayati bagi menumbuhkan rasa takwa dan keimanan terhadap Allah s.w.t menerusi sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya yang telah diperlihatkan kepada Junjungan Besar Muhammad s.a.w. Oleh hal yang demikian itu, sebarang percanggahan pendapat mengenai peristiwa tersebut harus dilihat dari sudut keimanan dan ketakwaan, bukan terus-menerus memperdebatkannya dengan menggunakan logik akal semata-mata kerana ilmu manusia tidak akan dapat menyaingi ilmu Allah s.w.t.
Dia Maha Agung dan Maha Mengetahui akan setiap apa yang dicipta dan dikehendaki-Nya.

PERBEZAAN ANTARA AIR MANI DAN AIRMAZI

Air mazi akan keluar terlebih dulu sebelum air mani. Air mazi akan mula keluar apabila seseorang lelaki itu merasa ghairah manakala air mani akan keluar apabila seseorang lelaki mencapai orgasm.
Warna air mazi adalah jernih manakala air mani pula putih kekuningan. Air mazi dirembeskan oleh kelenjar cowper. Ia adalah cecair jernih, melekit dan tidak mempunyai bau. Fungsi utama air mazi ialah sebagai cecair pelincir untuk membantu seseorang lelaki melakukan proses penetrasi.
Kebanyakan lelaki akan mengeluarkan air mazi apabila merasa ghairah. Namun, kuantitinya berbeza mengikut individu. Namun begitu, ada sebahagian kecil dari lelaki tidak mengeluarkan air mazi langsung .
Masalah tidak mengeluarkan air mazi bukan disebabkan oleh penyakit. Cuma kelenjar cowper tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan ia tidak berkaitan dengan penyakit serius atau akan membawa apa-apa kemudaratan.

Saturday, July 7, 2012

AZZIKRA


PhotoMARI LAH KITA MENJADI YANG LEBIH BAIK SETIAP HARI

Photo: Hati, roh, akal dan jasad...BICARA
SAIDINA ALI

 ‏Photo: سأعلّـم آبنــتي أنّ الحجــآب .. حيــآء وجمــآل وثــوآب

n2‏ALANGKAH INDAHNYA SYARIAT
ISLAM

PhotoJOM JADI MUKMIN
AMALKAN SOLAT SUNAT DHUHA

 ‏Photo: ( وعن ثوبان قال : سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول : { عليك بكثرة السجود فإنك لن تسجد لله سجدة إلا رفعك الله بها درجة , وحط بها عنك خطيئة } . رواه أحمد ومسلم وأبو داود ) الحديث لفظه في صحيح مسلم
*ن*‏SUJUDLAH...
ITULAH SAAT KITA PALING HAMPIR DENGAN ALLAH

 PhotoALLAH
MENGUJI KITA BERDASARKAN KEMAMPUAN KITA..YAKINLAH

 ‏Photo: قال رسول الله
جددوا ايمانكم................قولوا لا اله الا الله‏SEBAIK-BAIK ZIKIR IALAH
LA ILAHA ILLALLAH

‏Photo: *ن*‏YA ALLAH
JADIKANLAH CAHAYA DI HATIKU...





AMIN
YA RAHMAN YA RAHIM

 BERLAPANG DADALAH KITA

BETAPA PELUPANYA MANUSIA DENGAN NIKMAT KURNIAAN ALLAH...ASTAGHFIRULLAHAL 'AZHIM

Photo: - L -PASTIKAN KITA MENGAMALKANNYA BARULAH KITA MENYURUH ORANG LAIN
IZINKAN HAMBAMU YANG LEMAH INI YA ALLAH...BERTEMU DENGAN MU NANTI DAN MELIHAT WAJAHMU YANG AGUNG

PhotoAKU REDHA ALLAH ITU SEBAGAI TUHANKU, ISLAM ITU SEBAGAI AGAMAKU. DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU NABIKU

Photo: - L -RINGAN PADA LIDAH BERAT PADA TIMBANGAN AMALAN DI AKHIRAT

Photo: Jangan direnung letihnya usaha,
tetapi renunglah manisnya sebuah kejayaan.RENUNGKANLAH

 Photo: Ingat tu!.....YA ALLAH
JAUHKAN KAMI DARI GOLONGAN INI..AMIN


PhotoYA ALLAH
MATIKAN KAMI DALAM ISLAM...AMINNNN

PhotoALLAHAAAAHHHHHH!!!!!

 WAHAI TEMAN!
UTAMAKAN, DAHULUKAN PANGGILAN ALLAH...





AULIYA' ALLAH KENALI MEREKA


DARJAT PANGKAT KEWALIAN (2).

19. Rizalul Quwwatul Ilahiyyah (1
Abad 8 Orang )
Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul Ilahiyah artinya
orang-orang yang diberi
kekuatan oleh Tuhan. Jumlah
mereka hanya lapan orang saja
di setiap zaman. Wali jenis ini
mempunyai keistimewaan, yaitu sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan terhadap orang-orang yang suka mengecilkan
agama. Sedikit pun mereka tidak takut oleh kritikan orang. Di kota Fez ada seorang yang bernama
Abu Abdullah Ad Daqqaq. Beliau
dikenal sebagai seorang wali dari
jenis Rijalul Quwwatul Ilahiyah. Di
antaranya pula ada jenis wali
yang sifatnya keras dan tegas.
Jumlah mereka hanya ada 5
orang disetiap zaman. Meskipun
watak mereka tegas, tetapi sikap mereka lemah lembut terhadap
orang-orang yang suka berbuat
kebajikan.
20. Khomsatur Rizal ( 1 Abad 5
orang )
21. Rizalul Hanan ( 1 Abad 15
Orang )
Ada jenis wali yang dikenal
dengan nama Rijalul Hanani
Wal Athfil Illahi artinya mereka
yang diberi rasa kasih sayang
Allah. Jumlah mereka hanya ada lima belas orang di setiap
zamannya. Mereka selalu
bersikap kasih sayang terhadap
manusia baik terhadap yang kafir maupun yang mukmin. Mereka melihat manusia dengan
pandangan kasih sayang, kerana
hati mereka dipenuhi rasa
insaniyah yang penuh rahmat.
22. Rizalul Haybati Wal Jalal ( 1 Abad 4 Orang )
23. Rizalul Fath ( 1 Abad 24
Orang ) Allah mewakilkannya di tiap Sa’ah ( Jam ) Wali Rizalul
Fath tersebar di seluruh Dunia 2
Orang di Yaman, 6 orang di
Negara Barat, 4 orang di negara
timur, dan sisanya di semua Jihat ( Arah Mata Angin )
23. Rizalul Ma’arijil ‘Ula ( 1 Abad 7 Orang )
24. Rizalut Tahtil Asfal ( 1 Abad
21 orang )
25. Rizalul Imdad ( 1 Abad 3 Orang )
Di antaranya pula ada yang
termasuk dalam golongan
Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kauni,
yaitu mereka yang selalu
mendapat kurniaan Ilahi. Jumlah mereka tidak lebih dari tiga orang di setiap abad. Mereka selalu mendapat pertolongan
Allah untuk menolong manusia
sesamanya. Sikap mereka dikenal
lemah lembut dan berhati
penyayang. Mereka senantiasa
menyalurkan anugerah-
anugerah Allah kepada manusia.
Adanya mereka menunjukkan
berpanjangannya kasih sayang
Allah kepada makhlukNya.
26. Ilahiyyun Ruhamaniyyun ( 1 Abad 3 Orang ) Pangkat ini
menyerupai Pangkatnya Wali
Abdal
Di antaranya pula ada yang
termasuk dalam golongan
Ilahiyun Rahmaniyyun, yaitu
manusia-manusia yang diberi rasa kasih sayang yang luar biasa. Jumlah mereka ini hanya tiga orang di setiap masa. Sifat
mereka seperti wali-wali Abdal,
meskipun mereka tidak termasuk
didalamnya. Kegemaran mereka
suka mengkaji firman-firman
Allah.
27. Rozulun Wahidun ( 1 Abad 1 orang )
28. Rozulun Wahidun Markabun
Mumtaz ( 1 Abad 1 Orang )
Wali dengan Maqom Rozulun
Wahidun Markab ini di lahirkan
antara Manusia dan Golongan
Ruhanny ( Bukan Murni Manusia ), Beliau tidak
mengetahui Siapa Ayahnya dari golongan Manusia , Wali dengan Pangkat ini Tubuhnya terdiri dari 2 jenis yg berbeda, Pangkat Wali
ini ada juga yang menyebut ”
Rozulun Barzakh ” Ibunya Dari
Wali Pangkat ini dari Golongan
Ruhanny Air INNALLOHA ‘ALA KULLI SAY IN QODIRUN ”
Sesungguhnya Alloh S.W.T atas
segala sesuatu Kuasa.
29. Syakhsun Ghorib ( di dunia
hanya ada 1 orang )
30. Saqit Arofrof Ibni Saqitil ‘Arsy
( 1 Abad 1 Orang )
31. Rizalul Ghina ( 1 Abad 2
Orang ) sesuai Nama Maqomnya
( Pangkatnya ) Rizalul Ghina ”
Wali ini Sangat kaya baik kaya
Ilmu Agama, Kaya Ma’rifatnya
kepada Allah maupun Kaya
Harta yg di jalankan di jalan
Allah, Pangkat Wali ini juga ada
Waliahnya perempuan ( Wanita ).
31. Syakhsun Wahidun ( 1 Abad 1 Orang )
32. Rizalun Ainit Tahkimi waz
Zawaid ( 1 Abad 10 Orang )
33. Budala’ ( 1 Abad 12 orang )
Budala’ Jama’ nya ( Jama’ Sigoh
Muntahal Jumu’) dari Abdal tapi
bukan Pangkat Wali Abdal
34. Rizalul Istiyaq ( 1 Abad 5 Orang )
35. Sittata Anfas ( 1 Abad 6
Orang ) salah satu wali dari
pangkat ini adalah Putranya Raja Harun Ar-Royid yaitu Syeikh Al-’Alim Al-’Allamah Ahmad As-Sibty
36. Rizalul Ma’ ( 1 Abad 124 Orang ) Wali dengan Pangkat Ini beribadahnya di dalam Air di
riwayatkan oleh Syeikh Abi Su’ud
Ibni Syabil ” Pada suatu ketika aku berada di pinggir sungai tikrit di Bagdad dan aku
termenung dan terdetik dalam
hatiku “Apakah ada hamba2
Allah yang beribadah di sungai2 atau di Lautan” Belum sampai perkataan hatiku tiba2 dari dalam sungai muncullah
seseorang yang berkata “akulah
salah satu hamba Allah yang ditugaskan untuk beribadah didalam Air”, Maka akupun
mengucapkan salam padanya
lalu Dia pun membalas salam
aku tiba2 orang tersebut hilang
dari pandanganku.
37. Dakhilul Hizab ( 1 Abad 4
Orang )
Wali dengan Pangkat Dakhilul
Hizab sesuai nama Pangkatnya ,
Wali ini tidak dapat di ketahui
Kewaliannya oleh para wali yg
lain sekalipun sekelas Qutbil
Aqtob Seperti Syeikh Abdul
Qodir Jailani, Karena Wali ini ada di dalam Hizab nya Allah,
Namanya tidak tertera di Lauhil
Mahfudz sebagai barisan para
Aulia, Namun Nur Ilahiyyahnya
dapat terlihat oleh para Aulia
Seperti di riwayatkan dalam kitab
NITAJUL ARWAH bahwa suatu
ketika Syeikh Abdul Qadir Jailani
Melaksanakan Tawaf di Baitullah Mekkah Mukarramah tiba2 Syeikh melihat seorang wanita dengan Nur Ilahiyyahnya yang begitu terang benderang
sehingga Syeikh Abdul qadir Al-
Jailani Mukasyafah ke Lauhil
Mahfudz dilihat di lauhil mahfudz nama Wanita ini tidak ada di barisan para Wali2 Allah,
Lalu Syeikh Abdul Qadir Al-
Jailani bermunajat kepada Allah
untuk mengetahui siapa Wanita ini dan apa yang menjadi
Amalnya sehingga Nur
Ilahiyyahnya terpancar begitu
dahsyat , Kemudian Allah
memerintahkan Malaikat Jibril
A.S untuk memberitahukan
kepada Syeikh bahwa wanita
tersebut adalah seorang Waliyyah dengan Maqom/
Pangkat Dakhilul Hizab ” Berada
di Dalam Hizabnya Allah “, Kisah ini mengisyaratkan kepada kita
semua agar senantiasa Ber
Husnudzon ( Berbaik Sangka )
kepada semua Makhluq nya
Allah, Sebetulnya Masih ada lagi
Maqom2 Para Aulia yang tidak
diketahui oleh kita, Karena Allah S.W.T menurunkan para Aulia di
bumi ini dalam 1 Abad 124000
Orang, yang mempunyai
tugasnya masing-masing sesuai
pangkatnya atau maqomnya.....

Wednesday, July 4, 2012

HUKUM MEMBACA YA SIN 3 KALI DI MALAM NISFU SYAABAN


Apakah Hukum Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya'ban ?
Jawapan dari Ustaz Abdul Kadir Al Jofree :
Sebagai menjawab persoalan yang diajukan, Nisfu Sya'ban biasanya dimaksudkan 15 Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban pula adalah malam 15 Sya'ban (14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ya).
Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya'ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang akan diajarkan oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu lagi.
Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara' (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.
Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut (Fatwa Dr Yusof Al Qardhawi yang menolak amalan Yasin 3 kali dan mengatakan ia adalah bid'ah yang diada-adakan). Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.
Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban dengan jelas dan adil ya...
Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu,
bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang maksudnya :
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
 [ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]
Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."
Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi'in dari penduduk Syam.
Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
Bahawa para tabi'in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi'in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan dua cara:
* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi'in itu.
Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid'ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.
Sedikit tambahan lagi:
Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Sama ada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.
Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedayanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.
Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak diendahkan. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.
Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.
Wallahu A'lam

ANUGERAH PALING BERHARGA

SUBHANALLAH

JANTUNG TANDA KEAGUNGAN ALLAH

BismillahKu mulakan dengan kalimah yg mulia...
Sekadar berkongsi ilmu yang dapat dari program tanyalah ustaz pagi ni...4hb Jun 2012.
Bukti keagungan Allah dalam diri manusia ialah penciptaan jantung. kata ustaz :"jantung ni kita jalan dia jalan, kita berhenti dia jalan , Dia berhenti kita jalan...yakni kalau jantung berhenti berdegup kita mati...pandai ustaz tu buat ayat. suka aku dengar ayat tu...boleh buat bahan untuk P&P di sekolah nanti.

Seorang pegawai kastam bertanya kepada ustaz.(program tanyalah ustaz pagi ni menjemput pekerja kastam menjadi tetamu undangan):"diakhirat nanti adakah ruh sahaja yang akan disiksa atau jasad sahaja atau keduanya sekali disiksa?

Jawab ustaz melalui kisah yang menarik antara dua orang hamba Allah , seorang kudung dan seorang lagi buta. Keduanya dalam keadaan lapar. selepas berjalan beberapa ketika yang kudung ini ternampak pokok rambutan, maka katanya kepada sibuta:"wahai sibuta aku nampak ada pokok rambutan dihadapan sana, aku tak ada tangan untuk mengambilnya, bagaimana kalau  engkau yg mengambilnya?

Jawab sibuta:"Bagaimana aku nak ambil? Akukan buta.
Kata si kudung:" Macam ni lah;" Aku beritahu dimana buahnya kau ambilkan buah tu."
Jawab si buta :" Ok lah kalau macam tu."

Maka sibuta pun memanjat pokok rambutan sambil dipandu oleh si kudung. Tiba-tiba datang tuan punya kebun rambutan tersebut. Maka si buta dan sikudung saling menyalahkan.

Kata  sikudung , sibuta yang bersalah sebab si kudung  yang panjat dan ambil buah rambutan tersebut.

Jawab si buta, si kudung yang bersalah sebab si kudung yang menunjukkan pokok dan buah tersebut dan mengajar dia untuk mengambil buah rambutan tersebut.

Jawabnya kedua-duanya bersalah .

Jadi jawapan kepada persoalan antara ruh dan jasad yang mana yang akan diseksa diakhirat ialah kedua-duanya sekali akan diseksa. Sebab Kita boleh rasa kerana adanya ruh., dan ruh tiada guna kalau tiada jasad.

Pandai ustaz tu jawab...jawapan yang penuh hikmah .

sekian dulu untuk kali ini ,InsyaAllah saya akan berkongsi lagi ilmu yang saya peroleh biarpun sedikit untuk manfaat kita bersama. Sesiapa yang ada peluang tontonlah program tanyalah ustaz setiap pagi di TV9. Banyak manfaatnya.

Assalamualaikum.

Tanzil - Quran Navigator

Tanzil - Quran Navigator

Sunday, July 1, 2012

PENGHULU ISTIGHFAR

WALI ALLAH SOLAT ATAS AIR





PERISTIWA INI BERLAKU SEMASA DUAPUPU SAYA PERGI BERKELAH DGN KELUARGANYA...SAYA LUPA APA NAMA TEMPAT TU, DIA TUNJUK PADA SAYA GAMBAR NI DALAM PHONE DIA TAHUN LEPAS

NASIHAT UNTUKMU

Friday, June 29, 2012

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
KU M ULAKAN DENGAN BISMILLAH
AGAR DAPAT KU LUAHKAN KERINDUAN DI HATI INI
DENGAN PENUH TULUS DAN IKHLAS
KERINDUAN YANG TIDAK TERTAHAN
OLEH KEJAUHAN WAKTU DAN TEMPAT

WAHAI KEKASIH ALLAH
SUKARNYA UNTUKKU GAMBARKAN
KERINDUAN YANG AMAT MENDALAM
PADAMU YA RASULULLAH
SOLLALLAHU ALAIHI WASALLAM
BETAPA KERINDUAN INI SUKARNYA UNTUK DITAFSIRKAN DENGAN KATA-KATA
UNTUK DITERJEMAHKAN DENGAN UNGKAPAN MADAH CINTA

BETAPA RINDU YANG BERSARANG
MENGALIR AIRMATA  TANPA DIPAKSA
SEBAK JIWAKU ADUHAI KEKASIH ALLAH
BETAPA TERASA INGIN BERSAMAMU
SEHINGGA KE ALAM SANA
LANTAS AKU BERDOA MEMINTA DAN MEMOHON
PADA SANG PENCIPTA
AGAR DIA MENJEMPUTKU SAAT AKU HAMPIR KEPADAMU
AGAR AKU TERKUBUR  DITANAH SUCI DEKAT DENGAN MU

SIAPA PUN TIDAK AKAN MENGERTI
ERTI CINTA DAN RINDUKU KEPADAMU
YANGTAHU HANYA DIA YANG MAHA SATU
KERANA HANYA DIA YANG MAHA MEMAHAMI HATIKU
HANYA DIA YANG MENGERTI
CINTA DAN RINDUKU KEPADAMU
ADUHAI KEKASIH HATI
ADUHAI KEKASIH ILAHI


42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman

5 Komen

Rate This

42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Insya’allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa
1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Ertinya:
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid’ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid’ah menurut pengertian syarak (bukan bid’ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid’ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid’ah hasanah).
2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
Ertinya:
Daripada Ummul Mu’minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata,” (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?” Lalu Nabi saw. bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”.
H.R. Bukhari Muslimi
Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.
3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Ertinya:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘.
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.
H.R. Abu Daud
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit ‘wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan ‘ttakut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. “Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.
Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
4. ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
H.R. Muslim
Keterangan
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.
5. GOLONGAN ANTI HADITH
Ertinya:
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.”
H.R. Abu Daud
Keterangan
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.
6. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Ertinya:
Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”.
H.R. Bukhari
Keterangan
Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini.
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.
Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syi’ar-syi’ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi’ar-syi’ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat
7. ISLAM KEMBALI DAGANG
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.
H.R. Muslim
Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam
8. BAHAYA KEMEWAHAN
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”.
H.R. Termizi
Keterangan
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”.
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
9. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”.
H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka
10. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Ertinya:
Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, “Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa”. Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.
“Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.”
“Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”.
H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.
Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.
.
11. ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK
Ertinya:
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”.
H.R. Thabrani
Keterangan
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.
12. DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya”.
H.R. Baihaqi
Keterangan
Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema’siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.
13. DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.
H.R. Muslim
Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.
.
14. ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, “Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram”.
H.R. Muslim
Keterangan
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
15. HARTA RIBA’ WUJUD DI MERATA TEMPAT
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.
16. ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR
Ertinya:
Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi”.
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara’.
Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.
Rasulullah saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi.
Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.
17. SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN
Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, “Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan.”
H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.
Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.
Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.
18. HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT
Ertinya:
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., “Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab, “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan”.
H.R. Muslim
Keterangan
Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.
Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.
19. UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI
Ertinya:
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.
H.R. Muslim
Keterangan
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun “carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.
Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.
20. PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Ertinya:
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.
H.R. Hakim
Keterangan
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
21. AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ
Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq”.
H.R. Ibnu Ady
Keterangan
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.
Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
22. ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API
Ertinya:
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
H.R. Tirmizi
Keterangan
Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan
23. GOLONGAN RUWAIBIDHAH
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”". Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan.
Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
24. PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-Harj’”. Sahabat bertanya, “Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah”? Nabi saw. menjawab, “Peperangan demi peperangan demi peperangan”.
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaan sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibatberlakunya peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri.
Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.
25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT
Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.
H.R.Termizi
Keterangan
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.
Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.
26. MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI
Ertinya:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.
H.R.Baihaqi
Keterangan
Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.
27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; “Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai”.
H.R.Muslim
Keterangan
Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.
Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.
28. UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.
H.R.Muslim
Keterangan
Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, “kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu”.
Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.
29. KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA
Ertinya:
Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda:” Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku”.
H.R.Muslim
Keterangan
Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah swt. di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw.
Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw. tadi.
30. PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; ‘Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, “mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu”. Di dalam riwayat lain ada disebutkan; “Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu”.
H.R.Bukhari Muslim
Keterangan
Hadis ini jelas sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan disekitarnya akan berkobar peperangan yang berpunca dari merebutkan kekayaan yang ada di sana dan ramai yang terkorban dan masing-masing pihak bercita-cita seandainya merekalah yang terselamat.
31. KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH
Ertinya:
Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; “Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam”.
H.R.Ibnu Majah
Keterangan
Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari’at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.
32. ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN
Ertinya:
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” .
H.R Ahmad
Keterangan
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.
33. ISLAM NAMA SAHAJA
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.
H.R al-Baihaqi
Keterangan
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.
34. AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT
Ertinya:
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”. Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).
H.R Ibnu Majah
35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.
H.R Termizi
Keterangan
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
36. LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA
Ertinya:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
H.R Ibnu Majah
Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa:
1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
37. BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., “Bilakah akan terjadi hari qiamat?”. Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya”. Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu”. Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, “Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?” Lalu Arab Badwi itu menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah”. Maka Nabi saw. bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat”. Arab Badwi ini bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu”? Nabi saw. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat”.
H.R Bukhari
Keterangan
Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.
38. BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID
Ertinya:
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid”.
H.R Abu Daud
Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
39. MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
H.R Termizi
Keterangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
40. GOLONGAN YANG SELAMAT
Ertinya:
Daripada ‘Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat”? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah”. (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
H.R Ibnu Majah
Keterangan
Yang di maksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sababat dan salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan “Ahlus Sunnah wal Jamaah”. Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.
41. LAHIRNYA IMAM MAHADI
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku”.
H.R Termizi
Keterangan
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluarlah Dajal dan turun pula Nabi Isa ‘alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akan membunuh Dajjal itu.
Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir disaat umat Islam berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu dan berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dbawah kekuasaan Islam.
42. SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR
Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
H.R Muslimi
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.