"salam"...aku disapa, maka aku menjawab."salam". Kalau yang bagi salam "assalamu3alaikum" maka aku akan jawab "wa3alaikum salam" ada jugak yang bagi singkatan "aslam"..aku apa lagi jawablah.."askum"ha ha ha..memang tergelak la lepas tu. ada ke bagi salam macam tu. kut ye pun nak ringkas jgnlah sampai salah tulis, salah ditafsir bacaan. ada lagi yang bagi salam kelakar la bagi aku.."aoa". aku ingatkan macam tarzan bagi salam.he he. then kami sama2 gelak.
Sebenarnya macam2 cara orang bagi salam. , Itulah lebih kurang bila bermulanya perkenalan di laman facebook atau yahoo messengger. Aku pun tak faham sebenatnya..kenapa tak bagi salam penuh..kan senang jawabnya pun penuh makna.
Apa pun aku memang seronok bila dapat kenalan baru dari berbagai bangsa, dari berbagai negara. Baru2 ni aku dapat kenalan dari pakistan. Aku agak la diaorang nak berkenalan sebab ingat aku masih muda kut dan bujang lagi sebab dalam gambar yg aku letak tu memang nampak macam anak dara...ha ha. tapi sebenarnya dan jadi mak orang. Nasiblah. Tapi aku tak pernah membohongi mereka. aku berterus terang. Bagitau yang aku ni umur dah berapa, dah kahwin, anak berapa orang. buat apa nak tipu...menyusahkan diri di kemudian hari je.
Perkenalan aku yang paling indah dgn seorang adik dari pakistan. Lelaki la. nama dia..biarlah rahsia. nanti susah aku nak bercerita kat sini. kalau dia tertengok nama dia kan nanti dia kata aku mengumpat lak. Apa pun perkenalan dengan dia memberikan satu kenangan manis dalam hidup aku, seronok kalau dapat chatting dengan dia. sebab dia suka buat aku ketawa. nakal.. Bila berchatting dengan dia aku lebih suka guna bahasa hindi . Melalui dia aku banyak dapat perkataan baru. best kan.dahlah aku ni memang minat citer hindi so apa lagi amik peluangla belajar bahasa hindi dengan dia kan.
Dia pun sporting. Walaupun muda tapi dia dah kerja, Baru jer posting dari university. kerja dgn syarikat software. Bagus gak tu.
Dia ambil berat tentang aku..kadang aku rindu bila lama tak chat dengan dia. apapun aku anggap dia macam adik aku sendiri, dan dia anggap aku maca kakak dia sendiri. Aku akan ingat dia sampai bila2 sebab dia baik sangat2. Doa aku semoga dia dimurahkan rezeki dan dipertemukan dengan orang baik2. Dia kata dia nak datang ke Malaysia , kerja kat sini, belajar kat sini. Nak sambung master la kut sebabdegree dah ada. Elok sangat lah tu. Boleh aku kenal lebih rapat. Dia kan dah jadi adik aku. soooo ok lah tu.
setakat ni je dulu kut..nanti aku sambung lainkali kalau ada apa yg perlu aku tambah..aku akan tambah. Rencah manis kehidupanku.
No comments:
Post a Comment