Sunday, October 17, 2010

Bicara tentang kehidupan

Ku mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim,
agar apa yang ku coretkan ada keberkatan dan rahmat dari NYA yg Maha penyayang. Kehidupan ini seringkali datang dan pergi,,,tatkala yang duka datang yg bahagia pasti akan menyusul. dan aku lalui itu dengan hati yang redha dengan qadha dan qadar Allah.



Ku renung masa silamku, 10 tahun yg pertama dalam dunia perkahwinan ku , sebagai seorang isteri, aku cuba membayangkan suatu keindahan, mencipta keindahan..sayangnya aku terluka...lantaran keindahan itu hanyalah  harapanku semata...realitinya penuh dengan airmata.


Apa pun biarlah yg duka itu berlalu...aku cuba biarka ia berlalu namun parut kedukaan membunuh segala kecintaan dalam hati ini. dan di saat jiwaku telah terhapus  rasa cinta dan rindu disaat itu dia baru mula mahu menghargaiku. sukarnya untuk aku mencambahkan rasa cinta dan rindu yg telah terkubur dengan duka dan airmata. Aku cuba bukan aku tak cuba kerana ia tuntutan agama....namun terlalu sukar untuk ia hadir menjengah ke dalam sudut sekeping hati yang telah kontang.

Namun cinta tak pernah hilang , sentiasa hadir...sayangnya bukan pada dia, tetapi pada orang -orang yang menumpang kasih dan cintaku. Sesungguhnya aku tak pernah menyesal. kerna aku yakin Kasih dan cinta Tuhan sentiasa ada untukku. Terlalu sukar untukku jelaskan. Hanya Ar-Rahman saja yang Maha Mengetahui rasa cinta dan rindu yang bersarang dalam lubuk hatiku.
Aku tidak pernah bermimpi..kerana ianya adalah hakikat realiti. Terima kasih buat insan -insan yg menyayangiku, mencintaiku, merinduiku, Ku hargai segala kasih sayang, cinta dan rindu kalian padaku. Akan ku sematkan segala rasa ke satu sudut memori hatiku selamanya. Dan selama aku hidup akan ku hadiahkan ayat2 suci al_quran buat kalian tanda kasih, cinta dan rinduku pada kalian adalah kerana Allah.
Semoga hidup kita dirahmati dan diberkati Allah selamanya. Amin ya Rabbal 3alamin.

No comments:

Post a Comment