Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

HARI ini 16 mei 2011....adalah sambutan hari guru peringkat kebangsaan. Kebanyakan sekolah menyambut nya pada hari ini, pelajar 2 akan membeli hadiah untuk guru..samapai ada ibu bapa yang pening kepala sebab anak2 dok merengek minta beli hadiah untuk dihadiahkan kepada guru2. Kalau anak sorang tak apa juga, kalau anak 5 ..6 orang...mau kering poket ...apapun belilah yg termampu. para guru pula janganlah komen kalau dapat hadiah yg harganya ciput jer.

Terima la seikhlas hati dan ucapkanlah terima kasih dgn ikhlas dan penuh senyum manis.

Namun saya agak kecewa pagi ni, semasa perhimpunan pagi di tapak perhimpunan saya sebagai guru kelas ke tapak perhimpunan untuk mengambil kedatangan pelajar kelas saya, sambil tu saya beritahu kepada pengawas yang bertugas sebagai pembaca doa..agar menggucapkan selamat hari guru kepada semua guru sebab hari ni adalah hari guru...pelajar tu jawab apa..hmmm...."Lambat lagi la ustazah..." sebab sekolah saya ni buat sambutan hari guru sehari sebelum cuti sekolah bukan pada hari ni...hari ni peperiksaan pertengahan tahun dijalankan maka dgn sebab itu sambutan hari guru di lewatkan. pelajar pula tak perihatin pun dengan tarikh sambutan hari guru yang sebenar...pengawas lak tu...alahai..sedih kan.


Rasannya tahun depan pihak sekolah kena perihatin bab tarikh penting ni, ya la. Hari Khas untuk para guru. seluruh negara menyambutnya tup tup sekolah tak sambut...ma be la sebab nak habiskan exam dulu...cuma rasa cam tak seronok...sebab dah hari lain.

apapun SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DAN BUAT SEMUA MEREKA YANG BERJIHAD MENYAMPAIKAN RISALAH RASULULLAH SAW. SECARA LANSING ATAUPUN TIDAK LANSUNG. ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

No comments:

Post a Comment