HARI NI ADALAH HARI ULANGTAHUN KE 12 PERKAHWINANKU..27 MEI 1999. Sesungguhnya aku berserah kepada Allah apapun yang berlaku sepanjang 12 tahun bersama seorang suami...bermacam ranjau kehidupan diharungi, suka dan duka, antara tawa dan airmata. Dugaan sebuah perkahwinan sehingga hari ini saat aku menyambut hari ulangtahun ke 12 mulutku menjadi bisu, hatiku menjadi kaku untuk melahirkan kata-kata cinta. Aku sendiri tidak mengerti.
Petang semalam selepas waktu pulang dari sekolah aku menunaikan beberapa perkara yang wajib aku laksanakan. Memandu ke masjid subang perdana untuk menunaikan solat zohor, kemudian ke Maybank untuk melunaskan baki bayaran untuk menunaikan umrah, Tapi baru sahaja aku dapat parking yang ..baik punya..anak bongsu mengadu..UMI, nak berak..aduh...ha ha...so nak tak nak, tanggunhkan dulu masuk ke Maybank, pergi ke surau semula untuk menunaikan hajat anakku. Selepas selesai kembali ke MAybank dan Bank in kan duit tersebut ke akaun saudaraku...Mansuruddin , suami ibu sepupuku yang menguruskan pemergianku ke mekah untuk umrah. Kemudian meneruskan perjalanan kehidupan mengambil anak sulung di kg melayu Subang, singgah di Masjid An-Nur untuk menunaikan solat asar. Lama bermuhasabah diri sambil menunggu waktu anak ke tigaku pulang dari sekolah jam 6.30 petang.
Setelah mengambil anak ketiga di tadika tempat transit mereka kami menuju ke restoran Sri Eda yang terletak bersebelahan dengan Metro Driving School untuk makan malam terus. tiga milo ais, satu kopi panas dan satu air kosong, nasi goreng cina dengan telur mata kerbau untuk anak sulung, sate 10 cucuk dan nasi himpit dua untuk ghazali dan hijazi, aku..makan kerabu mangga je...alhamdulilah kenyang. Selesai makan elok je masuk waktu maghrib so aku terus memandu kereta ke masjid subang permai untuk solat maghrib berjemaah. selesai solat maghrib ada bacaan yasin dan tahlil. Aku ikut sama walaupun badan terasa amat letih, dan mata mengantuk , tapi sebab dah pekena kopi o kat restoran tadi mata rasa segar.
Alhamdulillah tanpa aku sedari dengan izin Allah aku menunaikan tiga waktu solat di tiga masjid. Subhanallah. Cantiknya perancangan Allah, Betapa lemahnya aku. Iya..solat zohor di masjid subang perdana, Solat asar di masjid kampung melayu dan solat maghrib di masjid Subang Permai. Subhanallah. Ya Allah..aku bersyukur di beri peluang untuk bersolat dirumahmu..aku katakan kepada anak sulungku...kerana dia tidak mahu singgah untuk solat di masjid waktu maghrib, katanya mahu terus pulang sebab masih pakai baju sekolah, kotor. Ku katakan kepadanya...Ziyad...nak jadi ahli syurga kena selalu jadi ahli masjid. Anak-anakku akan mendengar kataku kalau dalam bab solat aku memang bertegas.
Dalam perjalanan pulang, telefon berdering. anakku yang ke dua Zikry menelefon, terdengar suara tangisan. Dia keseroangan di hospital sungai buluh, di tahan disana kerana terkena serangan athma dan jangkitan kuman di paru-paru. kesian anaku yang seorang ni, selalu kena serangan asma bila waktu peperiksaan menjelang. Semoga dicepatkan sembuh oleh Allah. Suamiku meninggalkannya seketika untuk membawa kain baju yang kotor pulang. sesampai aku dirumah,kereta suammiku menyusul di belakang.
aku terlena di sofa..mata amat mengangtuk, bdan terasa amat letih. Jam 3.30 pagi aku bangun dari tidur. Tv masih terbuka, anak anaku tidur tanpa menutup tv. hmmm. aku bangun menutup siaran kartun. on9 sekejap..
Semalam panitia agama buat solat hajat dan tahlil serta bacaan yasin di surau sekolah untuk arwah saudara mara guru yang mahu menyertai, dan bagi mendoakan keselamtan guru yang mahu mengerjakan umrah, aku, ustazah nik azmazuraida, dan kak Zaruni. tiga orang. Alhamdulillah. Terasa macam nak pergi haji la pulak bila di muliakan seperti itu..subhanallah. Moga umrah ini adalah umrah yang mabrur. Amin. Semoga kami selamat pergi dan selamat kembali. amin.
Disaat ini tanganku masih menari di dada netbook ini. menyambung perjalanan seorang hamba. ...alhamdulillah syukur kepada yang Maha Kaya mengurniakan aku nikmat yang tak terhitung olehku. Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment