Sunday, June 19, 2011

Antara luahan dan terus memendam

Bismillahirrahmanirrahim,
Sebagai manusia ciptaan Allah ada berbagai ragam  dan pesonaliti..ada yang jenis memendam dan ada yang jenis meluahkan dan tak suka simpan. Segala masalah diluahkan kepada seseorang yang dianggap boleh berkongsi masalah. biasanya kalau yang suka meluahkan ini orngnya happy go lucky...dan jenis tak kisah...kadang ada jugak dilabel sebagai mulut murai, becok jer...semua perkara nak diberitahu hingga perkara yang kecil-kecil pun nak dikongsi. suara mereka yang jenis ini biasanya tinggi dan kuat, kalau bercakap tak payah nak pakai michrophone. 
yang memendam pula lebih suka berdiam diri dan menjadi pendengar yang setia. segalanya dipendam dari yang kecil hingga yang besar. bercakap hanya bila perlu. jawab hanya bila ditanya. lebih bersabar dalam banyak hal. Jarang berkongsi rahsia dengan teman kecuali perlu. Tak pandai menangis di hadapan orang...suka menyendiri. kadang boleh menyebabkan kemurungan. Hilang pertimbangan. kadang suka bercakap sendiri. Sukar difahami jiwa dan perasaannya.  
Aku...hmmm aku rasa kategori kedua...dari kecil suka memendam, sebab ayah teramat garang. Takut...terlalu pesimis sehingga aku masuk university. Berkawan dan berpersatuan membuka minda aku, dan mula optimis dan membina keyakinan diri. Akuu mula berani berhadapan dengan masyarakat dan crowd. Aku suka berckap sendiri terutama di atas tikar sejadah saat berhadapan dengan Allah. Aku luahkan segalanya. Depan Allah sahaja airmata aku mengalir. Aku tak pandai menangis dihadapan crowd.Aku banyak mengadu kepada Allah. sebab kalau mengadu kepada manusia tak akan selesai masalah. manusia tak faham kalaupun mendengar, lebih teruk lagi kalau kawan yang jenis tak pandai simpan rahsia. Lagi parah.
 Cukuplah bagiku Allah yang mendengar luahan rahsia hatiku. Teman setiaku. Dia lah...Yang maha Memahami. Akan terasa tenang bila diluahkan segalanya kepadanya.
Setiap kali ada masalah kepada dia lah tempat aku mengadu. Ujian dia sentiasa mendekatkan diri aku kepadaNYA....terasa rindu bila lama tidak mengadu. mencari waktu yang sunyi...dimana saja saat aku inggin bersama dengan DIA...dimana saja...aku bebas bersuara kepadaNYA. Tanpa suara pun dia mendengar segala isi hatiku. Bukan kah itu satu keindahan. Teramat indah bila dapat berbicara dengan Ar RAhman. Kekasih yang paling setia...tak pernah berpisah walau sesaat. Pendengar setia yang tak pernah jemu mendengar luahan hatiku. Saat aku bahagia dan saat aku bersedih.

Bagi aku lebih baik pendam dari luahkan.  tengok keadaanlah. namun apa pun aku lebih suka pendam...lebih baik.

No comments:

Post a Comment