Sunday, June 12, 2011

KEMBARA DI LEMBAH BARAKAH MADINAH DAN MAKKAH

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha Penyayang ku panjatkan kesyukuran kepadaNYA kerana aku telah selamat kembali ke tanah Air. HAri ni 11 Jun 2011...jam 1 tengahari penerbangan dari colombo sampai di KLIA. Suami dan anak2 menunggu agak lama...pukul 3 baru dapat semua bagasi, aku ucapkan salam kepada aerowana group yangmengendalikan umrah . espescially ustaz Nasarudin dan ustazah Zuruwati isteri beliau. Mereka memangbaik, tak lupa Nik, Mus, Amir dan yang lainnya.
     Banyak kenangan manis sepanjang aku disana. sebulan selepas aku minta izin dari suami untuk ke Mekah aku dah terasa bagai berada disana. banyak doaku telah dimakbulkan MasyaAllah. Memang sebelum aku mendapat jemputan sebagai tetamu Allah . Aku bersyukur kepadaMU yang Rahman.
 

rahmat Allah sungguh...rombongan umrah yang bersama ku kali ini ramai yang kaya raya, aku agak aku je kut yang paling kecil gaji, nak kata miskin tak layak la pulak. Ada yang jutawan, gaji berpuluh ribu...hu hu. so alhamdulillah banyak perkara depa sponsor. Makan, pengangkutan ke miqat.

    kami menaiki Sri lankan Air..so singgah di Colombo dulu, tidur semalaman, ada la jugak pengalaman, kenal colombo..kalau saja2 aku nak datang tak mungkin la kut, kat hotel lak time makan malam disajikan denga tarian hawai dengan pertunjukan silap mata..mak aih seksi...walaupun lelaki...nak gi umrah nih...astaghfirullahal azhim..ampuni dosa mataku yaAllah.
     Esoknya kami dibawa jalan -jalan pusing kota Negombo. melawat kedai kulit, aku tak beli apa-apa pun, mahal pulak harganya, cam tak masuk akal jer, Tehn singgah di kedai Permata, ada juga ahli group yangbeli utk isteri...bakal isteri..bertuahnya isteri mereka.

             Hotel tempat kami menginap di Madinah dekat dengan masjid...Depan Masjid pulak tu dari pintu Saidina Usman. Aku berdoa agat diketemukan dengan Rasulullah saw..tapi belum rezeki. Pengalaman yang tak dapat aku lupakan di madinah ialah aku kehilagan kasut, dan jam serta purdah yang aku letak ditempat letak kasut depan pintu masuk masjid...Tak tahu pulak aku ada pencuri yang amik kasut dekat rak, terpaksalah balik jalan kaki ayam , seingat aku tak terlintas pun pasal kasut hilang ka ...nak kata terlintas. Allah nak uji aku sabar ke tidak. So aku redha je la. NAsib baik aku bawa duit semasa ke masjid...so beli la selipar yang dijual oleh peniaga2 depan masjid, yangmacam-m,acam ragam, semuanya dah tahu bahasa melayu..lima riyal..sepuluh riyal...itu memang harga famous setiap barang kat sana. aku beli selipar sepuluh riyal, jam yang hilang tu harganya 10 riyal. jubah 25 riyal..cantik gak. main lambak atas jalan jer dia puya tokey...baru ! baru! jeritnya..murah!murah! sesekali dia sebut dalam bahasa urdu...Aku hilang selipar waktu solat zohor..then time waktu asar..aku hilang lagi sekali selipar yang baru dibeli...hari jumaat lak tu. Ya Rabbi...aku terkejut time nak amik wudhu untuk solat maghrib...rasa nak buang air kecil...so  nak pegi ambil selipar agak jauh susah nak keluar, mak cik2 pakistan , iran dan macam2 lagi bangsa memenuhi laman masjid.masyaAllah terkejut aku dibuatnya., nampak macam berkelah. Ada kanak2 siap main kasut roda lagi, Aku di beritahu pada hari jumaat mereka akan berpuasa dan akan berbuka di perkarangan masjid. Subhanallah..sampah di merata-rata tempat , tapi aku respek dengan pekerja masjid..pagi esoknya semua bersih. lansung tak ada sampah , mereka memang cekap membersihkan masjid, dan pekerjanya kebanyakannya dari Pakistan.

          Lepas solat isya' nak balik..cari selipar tak ada...aih hilang lagi....aku tak marah..ujian Allah. 10 riyal je. so aku beli lagi selipar baru dan selipar itu kekal aku pakai sampai hari nak balik ...ada pulak selipar ada..plastik yang aku guna utk letak selipar hilang..he he..depa nak buat apa ngan plastik gelenya tu...hairan jugak aku..ujian yang melucukan. Mengembirakan hati aku.

No comments:

Post a Comment