Wednesday, June 22, 2011

Rezeki Lalat

Bismillahirrahmanirrahim,
Kita selalu mendengar kata-kata kiasan orang tua tua , REZEKI LALAT...kenapa agaknya ya? kalau kita lalat bila dia berkumpul mengerumuni makanan ramai yang akan datang, datang dan datang lagi dengan segala bala tenteranya...tetapi bila hilang seeokor pun kita tak namapak bayangnya. Sama juga selalunya kalau rezeki datang kepada kita..hmmm hujung bulan dapat gaji, lepas tu dapat pulak bonus, lepas tu ada lagi yang tetiba je..ntah dari mana durian runtuhnya..masa tu mewah bukan main lah sampai kita lupa nak beringat untuk masa tiada. Sepatutnya kita mengambil pengajaran dari kisah nabi Yusuf..bukan kah kita akan diuji dengan kemewahan 7 bulan, atau 7 hari atau 7 tahun...iyaaa...hmmm kena fikir juga ni. maka semasa mewah tu..simpanlah untuk 7 masa yang akan datang tak kiralah 7 hari ke, 7 minggu ke , 7 bulan ke atau 7 tahun. Sememangnya Allah telah mengajar kita bagaimana mahu mengatur kehidupan..belajarlah dari surah yusuf..iya surah yusuf. satu kisah seorang nabi yang lengkap sejarahnya diceritakan dalam Al-Quran yang mulia.

Dari usia kecilnya sehingga menjadi seorang hamba Allah yang berjaya sebagai menteri perbendaharaan MEsir. Soal cinta...hmmm memang tragis. Tetapi kalau sudah jodohnya telah ditentukan oleh Allah taala dengan zulaikha yang sebenarnya ibu angkatnya, jodoh itu tetap akan berlaku. walau jarak usia begitu jauh berbeza. Kalau ikut logik akal kita rasa tak munasabah bekas emak berkahwin dengan anak angkat. kan????cuba fikir..tapi  inilah kehendak Allah. Tiada yang mustahil disisiNYA. Soal Cinta...usia bukan penghalang. soalnya itu adalah QUDRAT DAN IRADAT ALLAH. manusia biasa pasti menyanggah takdir seperti ini..kerana itu kita diuji adakah benar kita beriman dengan QADHA' DAN QADARNYA??? Renungkan. Kalau kita tak dapat menerima hakikkat semua ini maka bermakna kita belum sepenuhnya berimana dengan QADHA' DAN QADAR ALLAH SWT. Iman kita masih lemah sebenarnya. Pengetahuan tentang Qadha' dan Qadar Allah itu maha luas. Buka lah minda. Kalau kita menerima semua Qadha dan Qadar Allah maka kita tidak akan kecewa dalam hidup. Kerana kita redha dengan kehendakNYA yang Maha Kuasa.

Ramai manusia yang kecewa, putus asa hari ini, hingga ada yang menjadi gila, hingga ada yang sangggup membunuh diri kerana tidak menerima qadha' dan qadar Allah. Allahu Akbar...redha lah..renungkan dengan penuh keimanan segala yang berlaku dalam kehidupan kita. renungkan hikmahnya. HIKMAHNYA disebalik setiap peristiwa yang berlaku. Ambil lah pengajaran dari kisah Nabi Yusuf alaihissalam.

hmmm berbalik kepada rezeki lalat..melencong pula sebentar dari topik sebenar. Saya berfikir mengenai kerja-kerja disekolah yang tak pernah habis...ada sahaja. lepas tu kalau datang ...serentak. contohnya sekarang ni..guru kelas kena siapkan markah, buku rekod kemajuan pelajar untuk hari terbuka hari jumaat ini, kemudian kena siapkan pula senarai nama dan nombor pelajar untuk larian 1 malaysia pada 2 julai ni. lepas tu sukan sekolah 7 julai, dalam masa yang sama juga kena siapkan markah Penilaian berasaskan sekolah . Pentaksir nak datang minggu depan...Ya Rabbi..kalau tak di susun satu-satu ..jadi bingung tak tahu mana satu nak mula dulu sebab semuanya berlau dalam masa terdekat. Pening....pening....lepas tu..minggu depan juga Ketua Panitia nak mencerap P&P. Nak kena bersedia juga tu. Allahu Akbar. kalau yang macam ni nak panggil apa ya..KERJA LALAT ??? boleh ke? entah la. Apapun ini berkait dengan QADHA' DAN QADAR ALLAH JUGA. SO..terima saja amanah yang diberikan dengan hati yang terbuka dan banyakkan berdoa agar dipermudahkan. Saya teringat doa yang diajar oleh nenek..kata nenek..selalu baca doa ni agar dipermudahkan segala urusan.

"ALLAHUMMA LA SAHLA ILLA MA JA'AL TAHU SAHLA, WA ANTA TAJ'ALUL HUZNA IZA SYI'TA SAHLA"

WASSALAM

No comments:

Post a Comment