Bismillahirrahmanirrahim,
Sebagai manusia biasa kita selalu memikirkan sebelah pihak saja bila berlaku permasalahan, jarang kita berfikir hikmah disebalik masalah atau ujian yang Allah berikan. Kalau pelajar gagal..maka kita katakan dia tak belajar, kurang belajar, malas...hikmah disebalik kegagalan itu? pernahkah kita fikirkan. sama juga dalam masalah rumahtangga...kadang Allah nak mengajar kita agar berfikir dalam skop yang lebih luas. Mungkin boleh direnungkan dari sebuah kisah dalam masyarakat hari ini.
Perkahwinan Marina dengan Badrul bukan tidak bahagia...cuma mungkin badrul terleka dengan kehidupan zaman bujang yang biasa keluar malam, bersembang dengan kawan-kawan hingga larut malam, anak isteri dirumah tidak berapa diambil endah segala permasalahan diletakkan atas bahu Marina. Marina tidak pernah menyesal berkahwin dengan Badrul. bahkan bersabar dan sering berdoa kepada Allah agar mengubah sikap dan cara hidup Badrul, beberapa kali nasihat diberikan kepada Badrul namun tidak diendahkan, akhirnya Kerana selalu dibiarkan keseorangan Marina berkenalan dengan Khalid melalui laman sembang di alam maya. Mungkin boleh dikatakan sebagai cinta siber. Akhirnya Marina minta diceraikan. Menyedari keadaan ini Badrul menyesal, berubah menjadi seorang suami yang penyayang. Badrul berpendapat Khalid hanyalah mengambil kesempatan. Marina tertekan membawa diri ke tanah suci untuk memohon kepada Allah agar memberi pilihan yang terbaik antara bersama atau berpisah dengan Badrul.
Sebagai manusia biasa ramai yang berpandangan bahawa Khalid adalah satu watak jahat yang cuba memporak perandakan rumahtangga Marina dan Badrul. Namun disebalik watak jahat Khalid sebenarnya dia memberi kebaikan. Cuba fikirkan ..kalau tanpa kehadiran Khalid dalam hidup Marina, pasti Badrul tidak akan mengubah sikapnya menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.Dan mungkin jika Khalid tidak muncul dalam hidup Marina mungkin Marina belum berpeluang ke tanah suci sebagai tetamu Allah. Inilah kelemahan kita. Selalu hanya memikirkan sebelah sudut semata. Sedangkan sebagai hamba kita seharusnya berfikir dari berbagai sudut yang positif. Inilah yang dinamakan perancangan Allah. Doa marina dikabulkan dengan menghadirkan khalid sebagai sebab untuk Badrul berubah sebab kalau dengan hanya nasihat biasa tidak memberi kesan kepada Badrul. maka dengan kehadiran orang ketiga di antara mereka barulah Badrul tersedar dari mimpi yang panjang. Dan bila Allah menghendaki kebaikan maka dia akan menjadikan sebab yang lain pula agar Marina dan Khalid berpisah. Disinilah tanda kekuasaaan Allah yang jarang kita fikirkan. Disebalik kejahatan dan keburukan tersembunyi sejuta kebaikan.
No comments:
Post a Comment