Tuesday, June 21, 2011

TRAVELOG INDAH DI TANAH BAKKAH

Perjalanan ke bumi madinah dan makkah amat indah, segalanya dipermudahkan Allah. Rezeki ku juga murah. Pergi kesana hanya membawa bekal duit untuk sedikit perbelanjaan cuma. Tapi yang bersama dengan ku hmmm boleh kata semuanya kaya raya..ada doktor pakar , ada jutawan, ada tokey ikan patin, ada tokey kete mewah...buat sewa. fullamak...memang Allah itu Maha Penyayang. Makan sentiasa free..ada orang kaya sedekahkan. Makan dalam khemah arab..order kambing sekor, ayam lagi...masyaAllah sampai tak termakan, siap bungkus bawa balik  ke hotel bagi kat pekerja. Doktor pakar tu yang belanja..terima kasih doktor semoga dimurahkan lagi rezkinya. Naik bas ke miqat pun ada gak orang sedekah tolong bayarkan. bahagia sungguh menjadi tetamu Allah.
Sampai sahaja  di makkah jam 1 pagi dari jeddah..terus niat umrah wajib masa kat miqat bir ali..terus buat umrah , ramai nyaaaaaaaaaaaaaa orang. dalam dua hari buat umrah 3 kali.dua untuk aku satu tu untuk ruh wan...masyaAllah kejang nya betis...rasa tak larat nak sa'ie...tapi gagahkan juga...4.7 km darab 3...12 km lebih berjalan dalam dua hari..mana tak kejang betis..balik bilik apa lagi mengurut la. Tapi malan kedua ada peristiwa menarik yang berlaku..sedang mengurut kaki kat atas tilam..tiba-tiba..terpandang kalimah Allah terbentuk di kain selimut ku.  Urat-urat kain selimut itu membentuk kalimah Allah dalam  bahasa Arab...apa lagi aku amik kamera klik..klik amik gambar. mesti simpan nih. Tunjuk kat kawan sebilik...hmm dia senyum jer...tu la tanda kekuasaan Allah.

Saban waktu diisi dengan ibadah..hampir setiap waktu solat fardhu aku buat tawaf sunat..seronok rasa bila bertawaf beramai2 dengan saudara seagama yang datang dari seluruh pelosok dunia. zohor pukul 12..so perg pukul 11..tawaf dulu...then lepas asar selesai solat asar...tawaf lagi..then sebelum maghrib pukul 7.09 minit malam pergi jam 6 pm tawaf sunat lagi...lepas isya' kadang tawaf lagi...tak terasa lapar ...walau pun hampir 8 jam tak menjamah apa sekadar minum air zam-zam. Allahu Akbar.
Itulah nikmat ibadat di tanah bakkah makkatul Mukarramah.

Pernah suatu ketika selepas asar semasa berdoa di multazam...di sini aku cuma membaca doa-doa ma'thurat...doa dari ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa yang dibaca oleh Baginda Rasulullah SAW dari buku doa yang aku beli semasa pesta buku di kota bharu Kelantan. Buku tu dalam bahasa arab...memang berguna sungguh.

Tetiba...suspen ...terasa macam berada di bawah payung..teduh...sesekali terasa angin sejuk menyentuh tubuh dan pipi...walaupun suhu 52 C...itulah keajaiban di tanah suci...yang hanya boleh dirasa sesiapa yang sampai ke sana...yang menjadi tetamu jemputan Allah...terasa seperti tetamu agung Yang Maha Esa.

Saat yang paling indah...dua malam sebelum berangkat pulang ke tanah air...aku mengalami mimpi yang amat indah...aku mimpi ubun-ubunku dicukur...kerana setiap kali aku bertahallul bahagian itulah aku gunting rambutku...setelah selesai...tertulis kalimah Lailahaillah Muhammad Rasulullah di ubun-ubunku. Dan dalam mimpi ku itu ku melihat ibuku lantas aku mennunjukkan kepadanya kalimah agung itu. akhirnya aku tersedar...jam sudah menunjukkan jam 3.15 pagi...aku bergegas bangun  membersihkan diri untuk ke masjidil haram...untuk solat subuh jam 4.07 minit pagi. selesai solat subuh aku melakukan tawaf sunat...berdoa di multazam dan melakukan sujud syukur...Allahu Akbar
Saat mengunjungi makan para syuhada uhud...tercium bau wangi kasturi..angin bayu yang lembut membawa bau wangi itu ke hidungku semerbak...tanya ahli ronmbongan yang lain ada bau ka?  depa jawab ..tak dak lak. hmmm rezeki aku la

No comments:

Post a Comment