 Allah  SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah  menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara  timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah  itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:- “Wahai Tuhanku,  adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Allah  SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah  menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara  timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah  itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:- “Wahai Tuhanku,  adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”Lalu Allah swt berfirman yang  bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat  kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000  tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang  bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang  bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku  seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang  seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia  mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu  mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka  dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang  bermacam-macam dan dosa mereka  pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu  dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari  solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan  kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya  Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan  ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan  Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian Jibrail as  meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail  as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan  mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua  sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah  malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah  dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon  dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah swt berfirman yang  bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun  dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang  engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu  lakukan,  nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa  perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan  solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :-
- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat keberkatan daripada ilmu ini.
Wallahualam
 
 
No comments:
Post a Comment