...:::::BERSEDIAKAH KITA SEMUA UNTUK ALAM KEMATIAN:::::...
Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati.
Hanya Allah jua yang maha mengetahui.
Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.
Antara persediaan yang boleh dilakukan :
- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
- Sediakan wasiat.
- Banyakkan amal jariah.
- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
- Lunaskan hutang piutang.
- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
- Sentiasa berperasaan khauf dan raja' (harap-harap cemas).
- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.
Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah  amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang  bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)
Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda:  Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal  untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)
"Tiap-tiap diri akan  merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari  kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam  syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di  dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)     
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment