Monday, September 12, 2011

LAU KA NA BAINANA



menonton program "Lauka na bainana" di tv alhijrah....sebuah rancangan yang membicarakan sunnah rasulullah saw dalam kehidupan seharian menyentuh jiwa ku. pastinya airmataku akan mengalir. Secara tiba2 datang perasaan rindu kpd Baginda Saw.
Ya RAsulullah saw, alanngkah bahagianya andai kau ada di sini si saat ini, namun pastinya engakau akan menangis melihat keadaan umat mu yang di akhir zaman ini tidak beramal dgn apa yang kau tingggalkan..ajaran quran dan sunnahmu. Memang ada mrk yang berjuang menegakkan kitab suci dan sunnahmu namun ditentang habis habisan.

Ya RAsulullah saw, mendengar kisahmu melaya kerenah anak2 dan para isteriimu selalu menyentuh perasaanku.Betapa tidak aku temui semua itu di dalam rumahtangga ku, kalau ada pun cuam brp peratus sahaja. Aku rindu ya RAsulullah saw. Rindu yang bersangatan...

Alangkah indah andai di saat ini aku berada dimakammu di dalam masjid mu...bersolat di situ berdoa di Raudhah.

Ya Allah, andai sampai ajalku, ambillah nyawaku di bumi Madinah di MAsjidi Nabawi, agar dapat ku bersemadi dekat dgn baginda Saw.
Ku berdoa agar jasadku ini dikebumikan di baqi' bersama ahlul bayt yang lain. Tak ingin ku berjauhan dari mu ya Rasulullah saw. Ya Allah..masukkan aku ke dalam golongan dari kalangan yang dapat minum dari telaga al-Kauthar. 
Ya Allah ! aku sedar..aku hamba yang banyak dosa , maka ampuni aku ya Allah. Ya Allah , ku beli segala risalah, buku tentang Rasulullah saw..kerana atas rasa cinta dan rindu kpd Baginda saw.

No comments:

Post a Comment