
Di sini ingin saya kongsikan sedikit  cerita yang pernah saya dengari dari seorang sahabat saya yang pernah  menuntut di sebuah Universiti di Mesir suatu ketika dulu. Beliau ada  menceritakan pada saya mengenai Siapakah Al Mahdi sebenarnya kepada saya  yang suka banyak bertanya persoalan agama daripadanya. Saya amat  tertarik dengan salah satu cerita beliau mengenai kebangkitan Al Mahdi  dan di sini saya ingin kongsikan pada anda semua tentang sesuatu yang  tersirat dan tersurat disebalik kisah Al Mahdi yang banyak diperkatakan  oleh ramai orang terutama pada umat akhir zaman ini sehingga ada yang  terlalu taksub dan berani mengaku sebagai imam mahdi
Mengikut sejarahnya persoalan Al Mahdi  ini memang telah wujud semenjak zaman Rasulullah saw lagi, baginda  sendiri juga pernah banyak meriwayatkan banyak hadis tentang kewujudan  Iman Mahdi diakhir zaman selain daripada kebangkitan Dajjal dan juga  kedatangan Nabi Isa alaihisalam. Antara hadis yang mahsyur pernah di  sampaikanya mengenai Imam Mahdi adalah :
Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : “Sekiranya  dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah  memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari  keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama  bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan  saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “Aku  telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku  seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari  langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi  dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh  tahun dan akan berada di baitul Maqdis”. Hadith riwayat At-Tabarani. 
Di  antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang akan  memerintah dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh  kejahatan kerana turunnya Dajjal.  Walau bagaimanapun terdapat setengah-tengah pihak yang mempertikaikan  kemunculan Imam Mahdi. Mereka berpendapat ia adalah perkara dongeng yang  sengaja dicipta oleh orang-orang Yahudi dan Syiah.
Ceritanya  yang saya nak sampaikan ini sebenarnya bermula selepas 45 tahun  kewafatan nabi Muhammad saw iaitu apabila tercatat sejarah besar dalam  Islam ketika itu mengenai peristiwa berdarah Karbala di mana kita  sendiri pernah mendengar atau membacanya. Sayidina Husain telah terbunuh  bersama anggota keluarganya akibat kekejaman tentera Yazid bin Muawiyah  yang dikepalai oleh Ubaidullah bin Ziyad di dalam peristiwa itu
Perjalanan Saidina Hussin dari Mekkah Menuju Ke Kufah tetapi terhenti di Karbala kerana diserang oleh tentera Yazid 
Disini  saya ingin menceritakan sedikit siapakah dia saydina hussain dan  kaitannya dengan kisah imam mahdi ini, saya fikir semua orang islam  mengenali siapakan beliau tentunya cucu Rasulullah saw selain dari  saidina Hassan yang paling disayanginya. Mereka berdua adalah anak  kepada hulubalang Islam yang tersohor siapa lagi kalau bukan Saidina Ali  dan Ibu beliau adalah Saiditina Fatimah Az-Zahra anak perempuan  Rasullah dan Siti Khadijah.
Di pendekkan cerita saidina hussein  dalam perjalan ke Kufah dan keluarganya serta beberapa orang pengikut  yang lain telah dikepung oleh tentera Bani Umayah atas arahan pemerintah  ketika itu iaitu Yazid bin Muawiyah (Yazid I) di suatu kawasan padang  pasir yang bernama Karbala. Disana mereka telah dikepung selama beberapa  hari sehinggakan saidina hussain kehabisan bekalan makanan. Di dalam  peristiwa itu juga Yazid telah memberi peringatan kepada tenteranya  supaya jangan memberi atau membantu saidina hussain dengan memberi  makanan walaupun dengan seteguk air sekalipun, ini kerana katanya  sekiranya ia dapat minum walaupun setitis air pastinya awak semua tidak  bisa mengalahinya maklumlah anak hulubalang terkenal tentu hebat seperti  ayahnya. Selepas beberapa hari barulah tentera Yazid memberanikan diri  untuk mendekati saidina Hussain yang kelemahan untuk mempertahankan diri  dan keluarganya.

Di  saat itulah berlaku perbalahan antara tentera Yazid siapakah yang  berani berdepan dengan saidina Hussain kerana Yazid telah memerintahkan  hukum bunuh kepada saidina Hussain dan kepalanya mesti dipersembahankan  dihadapan Yazid di Damsyik sebagai bukti saidina Hussain telah dihukum  bunuh. Semua tentera Yazid gentar untuk menjalankan perintah Yazid  kerana sememangnya saidina hussain amat gagah perkasa seperti ayahnya  dan juga kerana mengenangkan beliau adalah cucu junjungan besar nabi  Muhammad saw. Akhirnya salah seorang tentera Yazid yang bernama Muawiyah  bin Abi Suffian telah memberanikan diri menghampiri dan memenggal  kepala saidina Hussain. Di riwayatkan sebelum kepalanya dipenggal,  saidina hussain sempat berteriak memanggil abangnya saidina hassan yang  ketika itu jauh berada di kota Mekah, tetapi dengan izin Allah saidina  Hassan dapat mendengarnya lantas dia mula merasakan bahawa adik saidina  hussain dalam kesusahan atau kemalangan. Tanpa berfikir panjang saidina  hassan telah membawa bersamanya pedang peninggalan arwah ayahnya saidina  Ali dimana mengikut sirahnya saidina Ali sebenarnya memiliki dua pedang  sakti iaitu salah satunya adalah hadiah dari Rasulullah sendiri.  Mengikut riwayatnya sebelum saidina Ali meninggal dunia beliau sempat  memberi amanat kepada kedua anaknya iaitu saidana hussain dan hassan  supaya mencampakkan kedua-dua pedang tersebut ke dalam laut merah tetapi  apa yang berlaku hanya satu pedang saja yang dicampaknya manakala yang  satu lagi pedang pemberian Rasulullah iaitu datuknya disimpan kerana  mereka terlalu sayangkanya kerana itulah satu-satu harta peninggalan  arwah ayahnya dan baginda. Pedang yang bernama Dzulfikar atau Dhu  al-Faqar itu di bawa oleh saidina hassan bersama dengan seekor kuda  peninggalan saidina ali yang menjadi tunggangannya ketika berperang di  zaman Rasullulah. Diriwayatkan kuda saidina Ali yang ditungang oleh  anaknya saidina hassan bergerak sepantas kilat seperti kakinya tidak  mencecah ke bumi.
Apabila  saidina hassan sampai sahaja di karbala di dapatinya adiknya saidina  hussain serta keluarga telah dibunuh oleh tentera Yazid. Apabila melihat  kekejaman tentera Yazid yang menyepak dan menendang kepala adiknya  saidina hussain yang kepalanya telah terpenggal, saidina hassan telah  mengamuk dan membunuh hampir semua tentera Yazid di situ dengan hanya  menggunakan pedang ayahnya itu. Diriwayatkan bahawa pedang saidina Ali  tersebut tidak bermata tetapi apabila dihayun atau dipukul maka saujana  mata memandang semua yang ada di depannya akan mati terkena pukulan  pedang yang maha hebat itu. Apabila Allah melihat ramai yang telah  terkorban dan apabila bumi karbala bermandikan darah dan juga dek kerana  begitu ramai yang terbunuh dengan amokan saidana hassan maka Allah  telah memerintahkan Malaikat untuk turun ke bumi dan membawa saidina  hassan keluar dari medan pertempuran yang maha hebat itu dan  disembunyikan kesebuah kawasan gua yang tiada siapa dapat melihatnya.  Hikmah dari kejadian itu mungkin Allah ingin memberi bukti kepada umat  Islam bahawa kejadian Karbala itu benar-benar berlaku kerana selepas  kejadian itu ada tentera Yazid datang membawa kepala saidina hussain  untuk di persembahkan kepadanya, pada mula Yazid begitu gembira dengan  kejayaan itu namun selepas itu dia menangis kerana mengenangkan kepala  yang dipersembahkan kepadanya itu adalah kepala cucu kepada baginda  Rasullulah saw.
Kaum Syiah Mempercayai Imam Mahdi tersembunyi di sini tetapi sejauh mana kebenaranya ?
Kesimpulan  dari cerita ini adalah dimanakah perginya saidina hassan ? diamanakah  ia disembunyikan ?. Ada yang meriwayatkan saidina hassan bakal muncul  dan keluar dari tempat persembunyianya di satu hari nanti sebagai Imam  Mahdi kerana beliaulah waris Rasulullah yang masih tinggal dan bakal  memerangi tentera Dajjal di akhir zaman nanti. Logiknya saidina hassan  disembunyikan bersama dengan pedang Dhu al-Faqar dan kuda saidina ali  yang maha hebat itu, mungkin pedang itulah yang bakal membunuh Dajjal  sebagai mana sabda Rasulullah saw :
Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda: 
“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia dalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam sayuti
Menurut  riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin  Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan  bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang  diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,
“Telah berkata Ali sambil  memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid  sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan  lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai  baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan  bentuk.”Hadits  ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam  kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al  Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi  Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam  kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.
Abu  Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu  Daud),   memetik kenyataan Al Hafiz Imanuddin yangmenyebut bahawa  hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait  Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk  kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)
Di dalam riwayat yang lain :
“Bahawa Al Mahdi  ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah di sebelah  Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu al-Faqar) sebagai bukti  bahawa ia membawa kebenaran.”
Sehingga kini belum  dapat kepastian yang tepat di manakah makam saidina hassan kalaulah  benar-benar ia telah meninggal dan pekara yang sama juga berlaku kepada  keseluruhan keluarga saidina Ali yang lain iaitu saidina Hussein  jasadnya dikatakan tak langsung dikebumikan manakalan ibunya saiditina  Fatimah Az-Zahrah juga tidak diketahui dimana makamnya. Yang  pasti Al Mahdi pasti akan muncul, tetapi beliau bukanlah calang-calang  manusia kerana kehebatannya mungkin sehebat ayahnya hulubalang agung  saidina Ali ra.
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT tunjukkan kebenaran itu kepada kita. Jangan sampai kita menjadi penentang yang tidak dapat menerima maka sikap tawakuf ( tidak menyetujui dan tidak menolak, melainkan menunggu dan terus mempelajari) adalah lebih baik. Lebih selamat bila kita tidak menyanggahnya, sebab siapa yang  menyanggah kebenaran dari Allah akan terhina di dunia dan akhirat.
 
Allahualam,



 
 
No comments:
Post a Comment