Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah? 
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gather...ing di sebuah restoran mamak……
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ? 
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ? 
Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. 
Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab  panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah  tersenyum …. 
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?
Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ? 
Missionary : Awak tak ada jawapan ? 
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang  awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya  dapati awak kurang siuman. 
Missionary : Mengapa awak caka begitu ? 
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan  tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I  love you mom” …
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi. 
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak. 
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan  telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan  marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ? 
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ? 
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95  tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah  menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke  muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut  ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii ….. Merah padam muka Missionary menahan  marah. Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum …. 
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone. 
Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah  maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan  teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ? 
Pendakwah :  Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH.  Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam  menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH  mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga  bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. Begitu juga dengan awak dan  telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini  bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat  telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak  melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung  antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun  emak awak tiada dalam handphone tu. Kemudian Pendakwah bangkit dari  kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada  Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah  terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin  dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala  persoalan berbanding agamanya ……
 
No comments:
Post a Comment